Bab 18

86.6K 5K 1.6K
                                    

ADRIAN menjeling wanita cantik di hadapannya yang sedang khusyuk membuat kerja dengan menggunakan tab.

Sesekali tangan si wanita bergerak ke arah pinggan dihadapan lalu kek coklat moist itu dioles dengan sudu lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Sekali lagi Adrian mencebik. Wanita di hadapannya kini langsung tidak mempedulikan kewujudannya. Dasar lu Anjay!

"Love, buat apa ajak I keluar kalau you asyik buat kerja?" Setelah sekian lamanya berdiam diri, akhirnya Adrian bersuara.

Dengar sahaja pertanyaan daripada kekasih, Inara memandang Adrian lalu sengihan tidak bersalah ditayangkan.

"Sorry lah sayang..I lupa pasal projek ni haritu lagipun you sendiri suruh I serius bila bekerja kan?"

Okay dia salahkan Adrian pula. Baguslah!

Adrian mencebik. Memanglah dia ada bagi ceramah dekat Inara yang tidak serius tentang kerja pejabatnya. Boleh pula perempuan tersebut masuk pejabat 2 kali seminggu sahaja?

"Yes of course. But not when you're with me.." Tab yang dipegang oleh Inara ditarik lalu ditutup.

Inara memcebik tanda merungut namun Adrian mengendahkan sahaja. Tidak mahu dan tidak akan jatuh ke dalam perangkap tersebut!

"Miss, Head Chef gave this.." Tiba-tiba seorang pelayan wanita datang dengan sepinggan brownies.

Adrian mengangkat sebelah kening kepada Inara.

"Auw once again? Cakap kat dia I cakap thanks!" Sejurus Inara berkata sedemikian, pelayan wanita itu terus beredar dengan senyuman.

Ini kali ketiga dia dapat brownies free daripada Ketua Chef di kafe ini. Kali pertama dengan Adrian, kali kedua ketika dia datang bersama mummynya, Puan Sri Frida.

"Sayang! Ingat tak haritu kita lunch kat sini pun dia bagi jugak?" Inara memandang Adrian yang sudah menyepikan diri.

"Ingat.." Inara memcebik lalu bahunya diangkat. Merajuk konon!

Baru sahaja Inara mahu merasa sedikit brownies tersebut, Adrian dengan laju mengambil sudu lalu sepinggan brownies itu ditelan laju olehnya.

Kan dah cakap kalau dia boyfriend Inara, dia akan habiskan semua brownies tu? Ingat tak?

Adrian mengerutkan kening menahan rasa manis dan pahit yang mencengkam tekaknya. Brownies itu tidaklah terlalu manis namun bagi seseorang yang kurang gemar dengan makanan yang manis, itu amatlah tidak menyenangkan.

Inara ketawa melihat gelagat Adrian. Comelnya! Aummm...

Opps opps opps! Mesti korang tertanya-tanya kan dah berapa lama I dan Encik Sayang menjalinkan hubungan?

Jawapannya ialah hampir masuk satu bulan. Bye korang single!

Dalam masa sebulan ini jugalah, Adrian yang banyak menasihati Inara tentang pekerjaan. Hasilnya, Inara yang hanya 2 kali dalam seminggu masuk ke pejabat sudah menjadi 4 kali.

Alhamdulillah,makin menjadi orang...

Dengan laju, Inara menghulurkan air mineral yang terletak di hujung meja kepada Adrian. Tahu bahawa Adrian tidak tahan makan makanan manis.

"Are you being jealous right now?"

Adrian memcebikkan bibir.

"Takde masa nak jealous. Tekak ni rasa nak makan brownies.." Lehernya ditunjuk menggunakan jari.

"Eleh... Tapi kan sayang, sedap kan brownies tu? Haritu I makan sampai sekarang terngiang-ngiang rasa dia.." Inara menongkat dagunya menggunakan kedua-dua belah lengan.

His Eternal Love Where stories live. Discover now