Bab 57

69K 3.8K 1.4K
                                    

TUBUH Adrian yang masih dibaluti dengan selimut tebal itu ditepuk dengan kuat. Inara menggulingkan mata ke atas.  Sesekali Adrian bergerak rapat ke arahnya terus wajahnya itu disembamkan ke atas peha Inara yang sedang bersimpuh di atas katil.

Inara tersenyum melihat karenah Adrian. Rambut Adrian diusap lembut. Sejak dua menjak ni Adrian memang nakal dan juga manja!

"Sayang! Bangun lah.. Hari ini kita nak pergi majlis resepsi Shah kan."

"Hmm.."

"Fine! Kalau you tak nak bangun tak apa. I boleh je pergi sendiri.." Terus segar mata Adrian.

Matanya disajikan dengan Inara yang sudah siap bersolek tipis. Matanya jatuh pula pada baju yang dikenakan oleh isterinya. Cantik!

"Reti pun bangun. Cepatlah! I dah siapkan baju tau.. Harini kita pakai pink!"  Ujar Inara ceria.

"Pink? No way! There's no way I akan pakai warna pink!" Sebal Adrian. Dia yang macho ini disuruh pakai warna merah jambu? No!

"Alah please.. I tak ada baju lain lah. Lagipun, bukannya hot pink. Just dusty pink. Please, baby.."

"No!"

"I tak ada baju colour lain." Inara mengerdipkan matanya ke arah Adrian. Berharap Adrian akan terpujuk. Tidak! Inara silap!

Adrian yang dulu bukanlah yang sekarang.

Dengan pantas, Adrian terus melangkah ke arah almari dan beberapa jenis pakaian yang berbagai warna dikeluarkan dan diletakkan di atas katil.

"Ini apa ni? Kucing?" Sindir Adrian.

Bukan main banyak baju, boleh dia cakap tak ada?

"Sayang!" Marah Inara. Adrian yang sedang bercekak pinggang itu dijeling geram.

"Yang warna hitam ni cantik." Pujuk Adrian berharap isterinya itu mahu memakai baju tersebut.

"No! I dah pakai masa majlis kahwin abang Irham tahun lepas!"

Mulut Adrian terbuka dan kepalanya yang tidak gatal digaru. Macam tu pula? Tahun lepas dah kut?

"Ni." Abaya yang berwarna kuning cair dihulur kepada Inara yang sedang menjelingnya.

"You lupa ke? I dah pakai masa majlis akad nikah Shah minggu lepas. Takkan nak ambil gambar pakai baju sama lagi." Bibir dicebik. Adrian ni pun satu! Takkan tak faham.

Ya tak ya juga. Masa majlis akad nikah Shah, mereka berdua sudah sedondon pakai warna kuning.

"Love, please.. Not pink."

"Correction, husband. Dusty pink." Tekan Inara.

"Lagipun, buat apa kita beli baju colour pink hari tu kalau tak nak pakai?" Cuba menyakinkan Adrian yang sedang menggaru kepala.

"Fine."

"Aw thankyou, sayang.. You bersiap dulu ye nanti terus turun bawah tau." Bibir Adrian dicium sekilas membuatkan Adrian tersenyum lebar.

Kalau itu ganjaran yang dia dapat selepas turuti segala permintaan Inara, dia sanggup..

Siap mengenakan baju yang telah disediakan oleh Inara, Adrian terus menilik tubuhnya yang bersarungkan baju melayu celak musang yang berwarna dusty pink tersebut.

Not bad.

Songkok diletakkan di atas kepala dan samping yang membaluti pinggangnya dibetulkan sedikit.

Haih!

Tidak menunggu lama, pintu bilik utama itu terus dibuka dan dia terus menjerit memanggil Inara.

His Eternal Love Where stories live. Discover now