Bab 31

83.6K 4.3K 823
                                    

"ISH Nara ni! Kak Min dah cakap tinggal je pinggan mangkuk ni. Kau pergi lah layan laki kau!"  Bebel Amina sambil bercekak pinggang. Macamlah dia tak tahu anak majikan dia ni mengelak tidak mahu naik ke bilik. Sekarang sudah hampir pukul 10 malam, tetapi Inara masih tercongok di dapur.

"Alah! Nara tak biasa lah.." Keluh Inara perlahan.

"Nara.. Tak baik buat suami tertunggu-tunggu. Apa Inara ingat semua lelaki tu gelojoh ke? Ada juga aku hempuk dengan senduk ni karang!" Senduk di tangannya diangkat tinggi mahu memukul kepala anak majikannya itu.

"Nara malu lah." Sekali lagi mulut Inara tercebik malu. Dia merungut untuk sekian kalinya.

"Aik? Tak naik atas lagi?"  Tanya Puan Sri Frida yang baru sahaja menapak masuk ke ruangan dapur.

"Dia cakap dia malu, Puan Sri.." Amina tolong menjawab bagi pihak Inara.

Terhambur gelak tawa Puan Sri Frida. Ada-ada je lah anak dia yang sorang ni!

"Selama ni mengorat Adrian kat pasaraya tak malu pula?" Sengaja dia mahu mengungkit peristiwa dimana saraf malu Inara tidak bersambung.

Dah kahwin baru nak malu anak perempuan dia yang sorang ni...

"Haa okay lah! Nara naik dulu.. Doakan Nara tau? Fuhhhhh!" Nafas dihembus kuat lalu kakinya mengorak langkah naik ke tingkat atas. Takut!

Hilang sahaja kelibat, Puan Sri Frida cuba untuk membuka topik perbualan baharu dengan Amina.

"Mina, awak tahu tak pasal ustaz ebit lew dengan caprice tu?"

"Huwaaaa!! Mengantuk lah pula Puan Sri.. Saya masuk bilik dulu, ye? Esok kita sambung bergosip." Pamit Amina sambil menguap besar. Dia malas sebenarnya.. Malas mahu melayan majikannya yang kaki gosip tu!

"Potong gaji baru tau.." Gumam Puan Sri Frida geram. Orang tak boleh tidur kut? Haih! Tak ada ke orang nak teman dia bergosip sampai pagi?




DENGAN perlahan-lahan pintu bilik miliknya dibuka. Kepala dijenguk masuk. Fuh! Gelap! Maksudnya, Adrian dah tidur..

Bibir bawahnya digigit perlahan dek kerana rasa bersalah. Perasaan bersalah mula bersarang dalam hati kerana membiarkan suaminya tidur sendiri tanpa dia disisi. Belum apa-apa dah jadi isteri derhaka. Ish ish ish...

Kaki mula menapak masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup dengan perlahan-lahan tidak mahu menghasilkan sebarang bunyi yang akan menganggu lena si suami.

Langkahnya dibawa ke arah meja lalu laci dibuka. Sebiji ubat tidur diambil lalu ditelan lalu badannya direbahkan di atas katil secara perlahan. Selimut ditarik sehingga ke paras dada lalu dia tidur mengiring membelakangi tubuh Adrian..

Baru beberapa saat dia menutup mata cuba untuk tidur, terasa lingkaran disekeliling pinggangnya. Tubuh Inara menggigil. Alamak! Malunya...

Tilam bergerak menandakan ada pergerakan daripada belakang. Adrian merapat tubuhnya ke arah Inara sambil tangannya tidak lepas memeluk pinggang si isteri.

Kepalanya direhatkan di belakang leher Inara sambil menghidu wangian rambut Inara. Inara gugup. Dapat dirasakan setiap hembusan nafas Adrian di lehernya..

"Sayang.." Adrian bersuara dalam nada suaranya yang serak menggamit perhatian Inara.

"Hm?" Gumam Inara perlahan.

"You masih ambil ubat tu?"  Inara memalingkan badan menghadap tubuh Adrian. Dapat dilihat dari biasan cahaya bahawa mata Adrian masih segar menandakan lelaki itu belum mengantuk lagi.

"Ubat?"

"Ubat tidur.." Perlahan-lahan Inara menganggukkan kepala. Dia tidak boleh jika tidak mengambil ubat tidur. Setiap kali dia menutup mata, bayangan lelaki pada malam itu senyiasa menghantui tidurnya.

His Eternal Love Where stories live. Discover now