Bab 10

81.2K 4.8K 703
                                    

MELIHATKAN beberapa orang pekerja butik yang sibuk memunggah baju-baju yang dipesan olehnya tadi membuatkan Inara tersenyum sinis ke arah Adrian.

"Encik, boleh bayar di kaunter ya." Seorang pekerja butik datang menyapa Adrian yang sibuk bermain telefon.

"Oh dah siap dah? I rasa tak nak semua tu so I cancel. Eh, wait! I rasa nak derma dekat mana-mana yayasan ibu tunggal." Inara menyampuk

Wajah Adrian dipandang. Adrian sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang seolah-olah tidak percaya dengan perkara yang baru sahaja berlaku.

Tanpa banyak soal, Inara terus mengatur langkah kelur dari butik mewah tersebut.

Jadi tadi Adrian baru sahaja memandang rendah terhadap dia ? Apa Adrian ingat dia tidak mampu nak beli? Memang lah dia tidak mampu, tapi bukankah Adrian terlalu rendahkan dia?

Adrian memandang tubuh Inara yang melangkah keluar dari butik tersebut.
Lengan Inara yang berlapikkan blouse berlengan panjang itu dipegang membuatkan Inara menghentikan langkahnya.

"You samakan I dengan perempuan lain?" Adrian mengeluh.

Silap dia juga. Dia salah menilai seorang Inara.

"Okay I'm sorry. I thought you're just the same with others yang nak dekat dengan I sebab harta."

Inara melepas keluhan berat. Kunonya mamat depan dia ni?!

Kenapa kau suka dia eh Inara?

"Whatever." Inara menarikkan bebola matanya ke atas. Menyampah betul dia dengan Adrian ni.

Walaupun dia rasa serba salah dengan pekerja butik tadi, tapi dengan cara itu sahaja dia boleh buktikan bahawa dia tidak sama dengan perempuan lain.

Inara terus berpaling lalu meninggalkan Adrian. Kelibat Firdaus dicari.. Mana mamat sotong ni pergi, hah?!

Adrian pula membiarkan sahaja pemergian Inara tanpa rasa langsung mahu menyekat. Kenapa mahu sekat pula? Orang dah nak balik kan?



ADRIAN membelek-belek gambar di dalam album recentnya atau lebih tepat gambar selfie Inara beberapa hari lepas.

She's really something yet interesting.

Adrian tersengih. Banyak gambar diambil yang dikenakan dengan bermacam-macam gaya. Ada gambar Inara yang tersenyum biasa, memuncungkan mulut, mencebikkan bibir dan banyak lagi gaya.

Jarinya yang sedang sibuk digeserkan ke skrin dihentikan pada sebuah gambar Inara yang sedang makan. Gambar yang diambil olehnya senyap-senyap ketika mereka sedang makan tengah hari di kafe minggu lepas.

Suatu perasaan aneh mula bertandang jauh di sudut hatinya.

Tetapi dia sudah mempunyai pilihan hati sendiri.

Mikaeyla.

Dia masih menunggu wanita itu.

Dia langsung tidak tahu mengapa nama Mikaeyla melekat di hatinya. Seperti love at the first sight. Padahal dia hanya bertemu Mikaeyla sekali sahaja sebelum gadis itu menghilangkan diri.

Kau memang gila lah Adrian.

Tanpa berkira-kira, gambar tersebut dimuatnaik ke instagram story miliknya dengan caption "psychopath."

Beberapa minit, Storynya itu mendapat terlalu banyak reply. Ada juga yang bertanya adakah itu teman wanitanya.

Adrian tergelak. Chat-chat yang diterima olehnya itu dilihat sahaja tanpa ada rasa mahu menjawab.

His Eternal Love Where stories live. Discover now