Bab 64

72.9K 3.6K 803
                                    

SETELAH dua hari dia tak jumpa isteri dan anaknya di rumah akibat kerja di luar, akhirnya Adrian pulang juga kerumah.

Dia tersenyum lebar sebaik sahaja masuk ke dalam bilik utama. Apa yang terhias di ruangan matanya itu cukup membuatkan segala penat lelahnya selepas pulang dari kerja hilang.

Inara yang sedang tidur bersama Kayra di atas katil empuk itu didekati. Ciuman didaratkan pada dahi dan bahu Inara yang agak terdedah.

Kayra yang tidur agak dengan posisi agak buas itu dibetulkan sedikit kedudukannya dan dia mengucup pipi gebu tersebut.

Mahu dikejutkan Inara, dia yakin Inara penat. Kalau tidak, tak adanya sampai tertidur kerana dia tahu Inara bukanlah jenis yang tidur petang.

Adrian membuka satu persatu butang bajunya dan dia meletakkan baju tersebut di dalam bakul pakaian kotor.

"Abang?" Inara terpisat-pisat bangun dari tidurnya.

"Ye, love.."

"Abang baru balik?" Tanya Inara kemudian dia dekati Adrian yang tidak berbaju tersebut.

"Baru je tadi." Dahi Inara dicium lagi.

"Nak peluk.." Inara mendepakan tangannya ingin memeluk tubuh Adrian. Tak menunggu lama, Adrian terus mendakap tubuh Inara.

"Aww rindunya bau abang.." Rengek Inara manja.

"Rindu sayang juga. Abang terseksa tau terpaksa berpisah dengan sayang dua hari.."Adu Adrian. Tepi pinggang Inara diramas lembut olehnya.

"Drama lah abang ni!" Tangan Inara bermain pula dengan belakang tubuh Adrian yang terdedah. So sexy!

"Abang nak mandi ni tau. Jangan nak goda abang sangat." Ujar Adrian. Inara tak sedar ke yang dia sudah tergoda.

"Sayang tertidur tadi. Sorry, abang.." Adrian tersenyum. Minta maaf pula..

"Kayra meragam ke hari ni?" Inara menganggukkan kepala. Entah apa yang tidak kena dengan Kayra hari ini. Rindu daddy dia lah kut..

"Nak mandi sekali tak?" Tanya Adrian sambil tersenyum gatal.

"Abang ni! Tanya-tanya pula, mestilah nak!" Inara mengoyakkan senyuman. Hidung Inara dicuit oleh Adrian. Nakalnya dia!

"Cepat! Nanti Kayra bangun tak—" Ayat Adrian terhenti apabila Kayra yang berada di atas katil mula bergerak.

"Shhh.. Nanti Kayra sedar kita tak boleh mandi sekali.." Jari telunjuk Adrian diletak ke bibir Inara.

"Cepat.. Cepat.."

"Da-dda.." Suara Kayra mula memanggil Adrian. Adrian mengeluh. Nampaknya tak boleh mandi dengan isteri lah hari ni!

Terhambur gelak Inara apabila riak wajah Adrian terang-terang menayangkan kekecewaan.

"Yes princess.." Adrian terus mendekati Kayra yang berada di atas katil. Tubuh anaknya itu didukung.

"Manja daddy ni.." Pipi Kayra dicium olehnya berkali-kali. Kalau nak dibanding, Kayra memang lebih manja dengannya.

"Rindu daddy tak?" Kayra tersengih melihat Daddy-nya yang sudah berada dihadapan mata.

His Eternal Love Where stories live. Discover now