Bab 34

76.5K 3.8K 210
                                    

TALI leher lelaki dihadapannya dibetulkan dan dikemaskan. Sebaik sahaja berpuas hati dengan penampilan lelaki dihadapannya, tangannya naik menepuk dan mengusap dada si suami.

"You memang kena pergi ke?" Tanya Inara sambil matanya ralit merenung wajah kacak si suami.

"I need to, love. Don't worry, just a week.. Promise you I'll be back as soon as possible." Pelukan di pinggang Inara dikemaskan.

Sudah masuk sebulan dia dan Inara berpindah masuk ke dalam rumah ini. Hubungan mereka selama sebulan ini juga lebih banyak manisnya daripada pahit.

"Janji jangan mengurat mana-mana perempuan kat sana?" Pipi Adrian ditekup lembut.

Sengaja bergurau dengan si suami walhal dia tahu betapa penting dan besarnya projek yang baru sahaja di peroleh oleh syarikat suaminya. Dia faham betapa pentingnya kehadiran Adrian dalam mesyuarat di Singapura tersebut sebagai Chief Executive Officer.

"Sayang, I pergi sana bekerja tahu bukan cari madu you."

Kalau ikutkan memang tidaklah dia mahu ke luar negara tinggalkan isterinya keseorangan di rumah, namun disebabkan komitmen dan tanggungjawabnya sebagai majikan, dia akur.

"Berani you nak cari perempuan lain." Wajah kacak Adrian dijeling. Langkah mayat diva ni dulu!

"Are you sure tak nak tidur rumah daddy? I risaukan keselamatan you."

"Yup! Pretty sure.. I nak lah juga rasa duduk seorang diri. Percayakan I, okay? Lagipun, Kak Laila dengan husband dia kan ada." Mata dikerdipkan ke arah Adrian memujuk lelaki itu. Apa ingat dia ni budak kecil ke?

Laila merupakan jirannya. Hubungan dia dan wanita bernama Laila yang tua empat tahun daripanya itu juga boleh dikatakan semakin rapat sejak dia berpindah masuk ke dalam rumah ini.

"Lagipun, I nak balik jenguk ibu nanti senang sikit. Kalau dekat rumah daddy jauh pula nak kena drive. Ibu mesti dah rindukan I kan?" Tambah dia lagi. Sudah 2 minggu dia tidak menjenguk ibu mertuanya itu. Dia rindu layanan mesra ibu mertua dan juga kenakalan adik-adik iparnya.

"Mummy tak rindu pula?" Usik Adrian.

"Mummy baru je datang buat spotcheck kelmarin kat sini.." Perut Adrian dicubit perlahan.

Serta-merta tawa Adrian terletus. Bukan main gelabah lagi mereka kelmarin apabila dikhabarkan Puan Sri Frida ingin membuat spotcheck di rumah mereka secara tiba-tiba.

Tidak dinafikan bahawa sebelum ini pun rumah mereka memang kemas dan bersih namun kata Inara, Puan Sri Frida langsung tidak boleh dilihat walau sedikit habuk di pasu, mulalah kerjanya mahu membebel.

"Okay, baby.. But, if anything happened, do call me right away." Tegas Adrian dalam menuturkan kata.

Inara tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala patuh akan arahan Adrian.

"Jom breakfast. Nanti you terlepas flight.." Lengan Adrian dipeluk lalu langkah mereka berdua dibawa ke arah meja makan.



INARA mengeluh perlahan. Baru 2 hari Adrian pergi ke Singapura namun rasanya seperti sudah dua minggu. Malam ini, dia tidur tidak berpeluk lagi. Dia baru sahaja menamatkan panggilan video dengan Adrian tadi. Melihatkan keadaan Adrian yang agak kepenatan itu membuatkan dia membiarkan lelaki itu tidur. Comel!

Tiga hari tanpa Adrian dan tiga hari itu jugalah badannya terasa lemah dan panas. Kerjanya diambil cuti. Inara tergelak dalam hati. Alang-alang dah malas tu, kita ambil lah cuti seminggu..

Jam dikerling menunjukkan hampir masuk pukul 12 malam namun entah mengapa mata masih tidak lagi boleh dilelapkan. Baru sahaja dia mahu menutup mata memaksa diri untuk tidur, bunyi kaca pecah dari tingkat bawah terus membangkitkan Inara daripada baringannya.

His Eternal Love Where stories live. Discover now