Special Chapter 2

47.5K 3.1K 100
                                    

LANGKAH kakinya dibawa masuk ke dalam bangunan tinggi itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. Hari ini Adrian sudah berjanji dengannya untuk makan tengah hari bersama-sama.

Tapi senyuman itu terus mati tatkala terihat Adrian sedang berbual dengan seorang perempuan.

Ee tengok perempuan tu gedik-gedik je dengan laki kite?!

"Zara.." Lengan Zarra yang berada di meja receptionist itu dicuit oleh Inara.

"Eh, puan?!" Terkejut Zara dibuatnya apabila melihat isteri majikannya disitu.

"Shhh.." Jari telunjuk dibawa ke bibir meminta Zara perlahankan suaranya.

"Ye, kenapa puan?"

"Tu.. Siapa perempuan dengan husband I tu?" Mata Zara terarah pada tempat yang dtunjuk oleh Inara.

"Oh.. Itu Cik Roza, accountant baru Quoré."

"Single?"

Zara menganggukkan kepala, "Yes, single and available."

Cemberut wajah Inara dibuatnya.

"Eh tapi Puan jangan risau! Puan lagi cantik!" Zara mula memuji Inara setinggi yang boleh.

"Eee tengok tu dia berkepit dengan laki I, tak suka la," rungut Inara dengan wajah yang sudah bertukar masam.

Tawa kecil terlepas dari bibir Zara. Comel pula isteri bos dia ni.

Inara menjeling pasangan yang sedang berbual di lobby tersebut. Huh! Gelak-gelak pula.

"Puan datang sini nak lunch dengan boss ke?" tanya Zara dengan senyuman.

"Tak."

Tak apa lah! Tak jadi makan tengah hari dengan Adrian. Merajuk!

Black yang baru sahaja keluar dari lif tersebut mendapat perhatian Inara.Terkejut bukan kepalang Inara tatkala matanya bertembung dengan anak mata gelap dan dingin milik Black. Nampak gaya seperti sedang menuju ke arahnya.

Dengan cepat, Inara terus duduk menyorok di bawah meja Zara.

Zara yang melihat aksi Inara itu juga turut duduk di bawah meja. Takkan lah nak biarkan isteri bos dia je yang menyorok?

"Eish! Kenapa you ikut I menyorok juga?"

"Oh tak boleh eh?" tanya Zara polos.

"Tak boleh lah! Nanti Black pelik.."

"Okay.. Okay.." Zara membetulkan kedudukan bajunya kemudian dia keluar dari tempat soroknya.

"Aku rasa aku nampak Inara tadi," gumam Black sendiri apabila dia sudah sampai ke meja Zara.

"Hah? Siapa?"

"Inara."

"Sebenarnya, Puan Inara ada dekat.." Mata Zara menyorot turun ke bawah kakinya. Inara mendengus kasar kemudian dia keluar dari meja tersebut.

His Eternal Love Where stories live. Discover now