Bab 63

71.7K 3.7K 1.7K
                                    

TANGAN Inara digenggam erat. Cengkaman pada lengannya yang kuat itu dihiraukan sahaja kerana di tahu sakit yang dirasai olehnya sekarang tak tertanding sakit yang dialami oleh Inara.

Dahi Inara yang mula merembes peluhan dingin itu dilap dan diusap. Mulutnya tak berhenti melafazkan zikir dan selawat.

"Abang." Inara sudah kehabisan tenaga. Sakit yang teramat.

Kini dia sedang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya dan Adrian.

"Sikit lagi, sayang.."

"Puan, teran lagi.. Kepala bayi dah mula keluar."  Doktor wanita yang itu mula bersuara.

Inara menggelengkan kepalanya sambil meraung. Sakit.. Tangan Adrian dicengkam sekuat mungkin untuk mengurangkan segala kesakitannya sekarang.

"Sikit lagi, puan!"

Inara menggelengkan kepalanya tidak tahan dengan kesakitan sekarang. Nyawanya terasa seperti berada di hujung tanduk sahaja sekarang.

Adrian mengusap dahi Inara itu dan beberapa ciuman diberikan disitu.

"Abang.. Sakit.." Air mata sudah mula keluar dari tubir mata.

Adrian disebelah cuba untuk menenangkan Inara yang sedang bertarung melahirkan anak mereka. Mulutnya tidak lepas daripada mengalunkan ayat-ayat suci al quran sejak dari tadi.

Dengan satu teranan yang amat kuat, seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan daripada rahimnya. Inara melepaskan nafas kelegaan.

Namun itu hanya sementara apabila dia langsung tidak dengar suara tangisan bayi.

"The baby is not breathing!" Suara doktor dan jururawat di dalam bilik bedah itu mula kedengaran agak kalut.

Adrian mengusap dahi Inara yang sedang cuba untuk mengangkat wajah memandang bayinya. Dahi Inara dicium lagi apabila melihat Inara yang sudah tidak tenang, "Love..."

"Abang..." Tangisannya pecah. Dia meraung dan menangis di situ juga.

"No!" Kepala digelengkan sambil meraung.

No.. Not again..

"Shhhh, love.."  Dahi Inara dicium beberapa kali dan tanpa sedar air matanya juga turut menitis.

"Anak kita..." Inara merintih lagi apabila melihat keadaan di dalam bilik bersalin itu agak kelam kabut. Doktor dan jururawat disitu sedang bertungkus-lumus cuba untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.

"Uwaaa."

Tangisan bayi yang mula kedengaran itu membuatkan Inara melepaskan nafas lega manakala Adrian pula menitiskan air mata kegembiraan. Syukur.

"Ya Allah.." Dahi Inara yang sedang menangis kegembiraan itu dicium beberapa kali. Tak tertanding rasa bahagianya sekarang.



TUBUH kecil bayi perempuan itu didukung oleh Adrian. Sedaya upaya air matanya ditahan daripada mengalir. Apabila melihat wajah suci tanpa dosa itu, dia kembali teringatkan perjuangan Inara di dalam bilik bersalin tadi.

Bagaimana isterinya itu bertarung nyawa hanya demi melahirkan seorang zurniat berbintikan namanya.

Tubuh kecil Kayra diangkat hingga ke paras mukanya kemudian tubuhnya dipalingkan ke arah kiblat.

"Allahuakbar Allahuakbar.." Adrian mengiqamatkan anak kecilnya itu. Bacaannya perlahan sahaja.

Setelah meng'iqamat'kan bayi di telinga kanan, tubuh kecil itu dialihkan kemudian dia membaca iqamat di sebelah kiri pula.

His Eternal Love Where stories live. Discover now