Bab 26

77.5K 4.3K 932
                                    

FAIL di tangannya dihempas kuat ke atas meja kaca pejabatnya. Interkom ditekan dan dia menyeru Black agar masuk ke dalam biliknya.

Masuk sahaja Zayn ke dalam bilik Adrian, terus dia disoal oleb Adrian keras.

"Dah jumpa lelaki tu?" tanya Adrian.

"Belum." Zayn menundukkan kepala. Dia tahu sekarang lelaki itu agak serabut. Adrian meraup kasar rambutnya ke belakang.

"Damn! He touched my Inara! My damn Inara!" Amuk Adrian. Wajahnya jelas menunjukkan betapa marah dan serabutnya dia dalam satu masa.

"Bagi saya masa, bos." Perlahan sahaja suara Zayn menjawab.

Adrian mengerling ke arah Black yang sedang bersandar di pintu pejabat miliknya. Black yang hanya diam itu sekadar memerhati.

Namun mereka tidak sedar, Black sanggup lakukan apa sahaja untuk keluarga Adrian, rakannya.

Bagi Black, sesiapa yang berani menyentuh ahli keluarga Dato' Khuzairi, sama sahaja seperti menempah maut daripadanya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk keluarga elit tersebut.

Black is a dangerous man.

"Find him and tear him apart."



ADRIAN masuk ke dalam rumah agam Tan Sri Irshad setelah dijemput oleh Puan Sri Frida lalu punggungnya dilabuhkan di sofa ruang tamu rumah tersebut.

"Adrian tunggu sini sekejap.. Mummy panggil Inara."  Adrian menganggukkan kepala lalu senyuman diberikan.

Sunyi sahaja rumah agam ini selepas Irham berpindah dan kejadian hitam yang membuatkan Inara mengurungkan diri. Tan Sri Irshad pula semakin sibuk, buktinya dia tiada di rumah buat masa sekarang.

"Adrian nak minum air apa? Kak Min nak pergi buat ni."

"Tak apa lah.. Saya singgah sekejap sahaja ni." Jawab Adrian.

Amina mengangguk lalu badannya dibawa ke dapur.

"Ya Allah, Inara! Adrian! Tolong!" Jeritan Puan Sri Frida di tingkat atas membuatkan Adrian segera berlari naik ke atas.

Apa yang tertayang dihadapannya ini ialah Inara yang terbaring kaku sambil dipeluk erat oleh Puan Sri Frida yang mula menghamburkan tangisan itu.

"Adrian! Tolong Inara.." Terus tubuh Inara yang berada di dalam pelukan Puan Sri Frida itu diangkat dan dicempung olehnya. Keretanya dituju lalu terus dia memasukkan tubuh Inara ke dalam kereta diikuti juga Puan Sri Frida yang sudah memboloskan diri ke dalam kereta milik Adrian.

Semoga tidak ada apa-apa..

Kereta milik Adrian meluncur laju di atas jalan raya menuju ke arah sebuah hospital yang berdekatan.

Sampai sahaja dihospital, terus dia mencempung tubuh Inara lalu pintu wad kecemasan dilaluinya. Sekumpulan jururawat perempuan mula berlari ke arah Adrian yang sedang mencempung tubuh Inara sambil membawa sebuah katil pesakit. Badan Inara diletakkan dengan perlahan-lahan lalu dia berpaling ke arah Puan Sri Frida yang sudah terketar-ketar tangannya.

"Anak mummy...." Bahu Puan Sri Frida yang bergetar itu dipeluk oleh Adrian berharap Puan Sri Frida mampu bertahan.

Hampir satu jam mereka menunggu di wad kecemasan tersebut, akhirnya seorang doktor lelaki yang amat Adrian kenali menyapanya.

"Inara okay?" Terus soalan itu meluncur keluar dari mulut Adrian berharap jawapan yang bakal diterima olehnya itu positif.

"Don't worry. Everything's okay cuma buat masa sekarang Inara perlukan rehat yang secukupnya. Nanti saya akan pindahkan Inara ke wad biasa."

His Eternal Love Where stories live. Discover now