Bab 54

64.3K 3.6K 330
                                    

TANGAN mulus Inara dipegang dan dipimpin manakala sebelah tangannya lagi memaut erat pinggang isterinya.

Inara tidak membantah, dia cukup faham dengan perangai Adrian yang sering mementingkan keselamatannya.

"Home sweet home." Ujar Adrian lalu tepi kepala Inara dicium kejap.

Inara tersenyum tipis namun senyumannya itu terus mati apabila matanya berhenti di hujung tangga. Tempat dia kehilangan anaknya.

Adrian yang perasan akan pandangan Inara itu terus berdehem cuba menarik perhatian Inara.

"Jom naik bilik." Tubuh Inara dicepung. Ah dia tak harap mahu biarkan Inara berjalan sendiri menaiki tangga.

Sampai sahaja didalam bilik, tubuh ramping Inara diletakkan perlahan-lahan di atas katil empuk tersebut.

Baju Inara disingkap perlahan namun dengan pantas Inara menghentikan perbuatannya.

"I mandikan ye, love?"  Ujar Adrian lembut. Inara ragu-ragu namun dia tetap menganggukkan kepala. Tangan Adrian mula bergerak membuka baju yang dipakai olehnya.

Tuala diambil dan disarungkan ke tubuh yang terdedah itu, "Jom."

Tubuh Inara dicempung masuk ke dalam tandas. Siap memandikan Inara, rambut isterinya itu dikeringkan menggunakan tuala kemudian disikat dengan lembut.

Rambut Inara yang sudah rapi disikat itu diusap dengan jemarinya lembut.

Selepas menyiapkan Inara, Adrian terus turun ke tingkat bawah dan dapur ditujui. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan sebuah dulang yang terdapat sepinggan nasi dan ikan bakar.

"I bakar sendiri tau ikan ni."

"Buka mulut, makan.." Ujar Adrian sambil menyua sesuap nasi ke mulut isterinya.

Inara menggelengkan kepalanya lagak orang bisu. Dia tak mahu makan.

"Love..." Panggilannya dileretkan cuba untuk menakutkan Inara namun isterinya itu masih keras disitu.

Kepala kembali digelengkan tanda tidak mahu manakala tangannya bertindak menolak perlahan tangan Adrian yang sedang menyua nasi ke arahnya.

Adrian melepaskan keluhan kemudian dia menguntumkan senyuman yang tawar. Sabar Adrian..

"Nak tidur." Tolak Inara perlahan membuatkan Adrian mengeluh sekali lagi.

"Tak apa lah kalau macam tu.. I bawa turun ke bawah dulu dulang ni.."

Ciuman didaratkan di dahi kemudian dia mengusap lembut rambut Inara yang sudah menutup mata itu.

Bunyi sahaja pintu bilik ditutup, Inara terus membuka matanya. Adrian sudah pergi..

Tubir matanya terasa hangat dan tangisannya pecah. Adrian pasti terasa dengan layanannya itu.







ADRIAN mengelamun sendiri. Baru 3 hari dia jaga Inara di rumah, namun dia sudah berada amat letih. Entah mengapa..

Mungkin kerana perangai Inara sudah berubah. Langsung tidak mahu bercakap, makanan langsung tidak disentuh. Dipaksa olehnya makan barulah Inara mahu buka mulut. Itupun hanya sesuap sahaja.

"Kau kenapa ni?" Harris dihadapan bertanya penuh prihatin.

"Inara."

"Kenapa dengan isteri kau? Setahu aku dia dah discharge tiga hari lepas kan?" 

Adrian mengangguk, "Aku buntu lah, Ris.. Sekarang ni, dia dah berubah. Bukan Inara yang aku kenal."

"Itu normal lah, bro.. Mana-mana ibu yang kehilangan anak pun aku rasa macam tu. Dia akan rasa yang dia gagal jadi ibu."

His Eternal Love Where stories live. Discover now