Bab 55

65.1K 3.7K 386
                                    

ADRIAN menghentikan keretanya betul-betul dihadapan kafe milik Shah. Inara yang memerhatikannya disebelah dipandang dan sebuah senyuman diberikan.

"You tunggu dalam kereta sekejap, I nak ambil kek." Inara mengangguk. Keluar sahaja Adrian dari kereta tersebur, punat kunci ditekan dari dalam. Peristiwa yang lepas cukup mengajarnya agar lebih berhati-hati walaupun hanya untuk sementara.

Pintu kaca Kafe ditolak oleh Adrian. Langkah kakinya dibawa ke arah kaunter kafe tersebut.

"Adrian Khalaf." Nama disebut dan pekerja tersebut terus menyemak data pesanan di skrin hadapannya.

"Pesanan encik sudah siap." Adrian menganggukkan kepala lalu sebuah kad hitam dihulurkan. Pembayaran dibuat dan serentak itu, Shah keluar dari dapur sambil memegang sebuah kotak berwarna putih ditangan.

"Ni, Ad.. Aku buat special picnic set untuk kau dan Inara."

"Thanks, bro.."

"Small matter. Goodluck!" Ujar Shah dibalas anggukkan oleh Adrian.

Kakinya dibawa ke arah kereta yang sedang terparkir dihadapan. Tubuhnya diboloskan ke dalam dan kereta tersebut mula bergerak ke sebuah taman tasik.

Inara melemparkan pandangan ke arah luar kereta. Mengelamun memikirkan keadaan kandungannya sebelum ini. Kalau dia tak marah Anis, semua ni tak akan jadi..

"Love.." Tangan Inara digenggam lembut dan dicium mesra.

"Hmm?" Kini tumpuan Inara beralih sepenuh kepada Adrian yang fokus dalam pemanduan.

"You tak happy kita nak keluar picnic?"

Kepala digelengkan, "Happy." Sepatah yang dijawab olehnya seperti biasa.

"Love you.." Tiada balasan daripada Inara membuatkan Adrian tersenyum tipis.

Matanya naik memandang isterinya yang sudah kembali mengelamun ke luar tingkap.

"Kita dah sampai!" Ujar Adrian cuba untuk menceriakan suasana.

"Jom keluar.." Serentak itu mereka berdua keluar dari kereta tersebut.

"Kita jalan-jalan dulu.." Tangan Inara dipegang erat dan mereka berdua berjalan bersama-sama.

"You ingat tak apa jadi dekat taman ni?" Tanya Adrian sambil tersengih memandang Inara yang hanya mendiamkan diri.

"Dekat sini you gaduh dengan seorang budak tu. Boleh pula you gaduh dengan dia sebab berebut aiskrim.. I macam tak percaya masih wujud perempuan macam you dalam dunia ni."

Inara tersenyum mengingati kejadian tersebut. Masakan dia boleh lupa tentang memori tersebut.

"Kan cantik tu dah senyum." Pipi Inara diusap.

Sedang elok dia menghayati kecantikkan Inara, terasa hujung baju yang dipakai olehnya ditarik.

Adrian menundukkan badan dan dia melutut memandang kanak-kanak lelaki bertubuh gempal dihadapannya itu.

"Betul lah kan ni uncle hensem dengan aunty parrot?" Berkerut dahi Inara memandang kanak-kanak lelaki tersebut.

"Oh awak ni budak yang berebut aiskrim dengan isteri uncle tu ye?" Teka Adrian. Laju budak lelaki itu menganggukkan kepalanya.

His Eternal Love Where stories live. Discover now