Bab 44

54.7K 3.2K 2K
                                    

WAJAH inara terpaksa dimaniskan apabila kelibat Anis mula kelihatan di ruang dapur. Hari ini dia ingin memasak nasi goreng sebagai sarapan.

"Morning, Anis.. Awalnya you bangun, tak penat ke? Semalam kan you baru sampai?" Sapa Inara sengaja bermesra dengan Anis. Perihal 'abang' semalam sudah dilupakan. Yang penting jangan menggedik panggil Adrian dengan suara manja, kalau tak memang aku ganyang hidup-hidup.

"Saya dah terbiasa bangun awal pagi. Lagipun, tak elok perempuan macam kita bangun lewat.." Terasa seperti dihempap batu lah pula.

Tapi itu kisah dulu, ye? Dia sudah berubah sejak bergelar Mrs. Khalaf.

"Erm awak masak apa ni?"

"As you can see, I nak masak nasi goreng. You makan kan?" Anis mengangguk bagi menjawab persoalan Inara.

"Erm kenapa tak letak banyak planta? Saya lagi suka kalau letak planta banyak, bau pun sedap.." Tangan Inara berhenti menggaul bahan-bahan di dalam kuali.

"Tak payah kut. Adrian tak suka nasi goreng taruh planta banyak."

"Erm tak apa. Biar saya yang buat." Belum sempat dia ingin membalas, senduk kini bertukar tangan dan Inara hanya membiarkan sahaja.

Aduhai..

Anis memasukkan sayur-sayuran dan ayam yang telah dibasuh oleh Inara ke dalam periuk yang berisi nasi goreng planta tadi.

Inara memandang Anis yang sedang bertungkus lumus menggaul nasi goreng itu dengan ekor mata. Lantas dia bergerak ke arah kabinet dan beberapa pinggan diambil.

Setiap pinggang disusun di atas meja tidak lupa juga cawan. Teko diambil dan dia mula membancuh teh panas. Adrian dan dia memang tidak gemar minum kopi oleh itu teh menjadi pilihan utama mereka.

"Kenapa awak buat teh? Abang Adrian kan suka minum kopi?" Tanya Anis yang dari tadi memerhati.

Inara mengangkat wajah memandang Anis dan dia tergelak halus, "Tiga bulan I kahwin dengan dia, Abang Adrian you memang tak suka minum kopi pagi-pagi.."

Sengaja ditekankan perkataan 'abang'. Huh! Menyirap pula hati dia apabila dengar Anis memanggil Adrian abang.

Anis mencebik faham.

"You tak nak cuba cari kerja dekat syarikat lain ke?" Tanya Inara tiba-tiba. Tumpuan Anis kini terarah sepenuhnya kepadanya yang sedang mengacau air.

"Awak tak kisah kan kalau saya tinggal kat sini sebelum saya dapat kerja?" Soalan dibalas dengan soalan. Inara memandang Anis dan dia tersenyum tipis. Saya kisah awak.. Tersangat-sangat kisah..

"I tak kisah pun, Anis.. Lagipun, memang betul KL ni susah sikit nak dapat kerja. Take your time." Anis menganggukkan kepala setuju dengan pernyataan Inara.

"Morning, nenek.." Sapa Inara kepada Hajah Khadijah yang baru sahaja turun.

"Morning.." Sapaan Inara dibalas dengan senyuman yang tipis.

"Inara naik atas dulu nak tengok Ad.." Pamit Inara lalu langkahnya dibawa menaiki anak tangga menuju ke arah bilik tidur mereka.

"Sayang, lama lagi ke?" Sebaik-sahaja pintu bilik dibuka, Inara terus bertanya kepada Adrian yang sedang berdiri dihadapan cermin.

He's struggling with his tie.

"Sini I buat.." Jari runcingnya naik memegang tali leher Adrian dan dia mula mengemaskan ikatan tersebut.

Sambil tengok Inara mengemaskan tali leher miliknya, Adrian mendaratkan ciuman diubun-ubun Inara.

Dada tegap dan bahu lebar Adrian ditepuk perlahan oleh Inara menandakan dia sudah siap.

His Eternal Love Where stories live. Discover now