Bab 53

67.8K 3.6K 1.5K
                                    

SEHARI berlalu dengan pantas namun Inara masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedarkan diri. Adrian yang sentiasa berada di sisinya sejak dari petang kelmarin hanya berdoa agar Inara membuka mata.

"Ad, pergi office dulu. Biar Mummy yang tengokkan Inara."

"Tak apa, mummy.. Inara lebih penting dari kerja." Jawab Adrian enggan beralih dari tempatnya.

"Adrian masuk pejabat buat apa yang patut dahulu.. Dengar pesan mummy. Bila Inara dah sedar, mummy akan terus telefon Adrian. Jangan risau." Bahu Adrian yang tetap berdegil itu ditepuk perlahan.

Adrian mengangguk akhirnya. Eloklah juga dia balik bersihkan diri dan ke pejabat terlebih dahulu untuk memaklumkan kepada Black.

Dahi Inara dicium, "I balik dulu, love."

Kemudian dia bersalam dengan Puan Sri Frida yang berada di sisinya pula. Langkah dibawa keluar daripada wad yang menempatkan isterinya dan dia bergegas pulang ke rumah.

Sampai sahaja dirumahnya, pintu bilik utama dibuka dan dia melabuhkan punggung di atas katil. Keluhan berat dilepaskan.

Almari dibuka dan laci bawah yang terdapat banyak baju bayi yang sudah disusun kemas oleh isterinya itu dibuka. Baju yang baru sahaja dibeli beberapa hari lepas sebaik sahaja mereka pulang dari pemeriksaan.

Tangannya bergerak mengambil sehelai baju bayi tersebut dan dia mula menghamburkan tangisan untuk kesekian kalinya. Tubuhnya disandarkan di almari besar itu kemudian perlahan-lahan dia melorot jatuh.

"Maafkan daddy.." Bergetar suaranya. Air matanya mengalir dengan laju. Dia gagal..

Sekali lagi.. dia gagal lindungi Inara.

Sedangkan dia sudah berjanji untuk menjaga isterinya itu denga sepenuh hati. Namun dia tetap seorang yang gagal.

"Love.. I'm sorry.."

Dia tak kisah orang cakap dia lemah.

Dia gagal lindungi isteri dan juga kandungan isterinya.. Lelaki jenis apa dia ini?

Dia yang merupakan seorang lelaki, suami dan ketua keluarga juga tidak mampu menghadapi ujian ini, apatah lagi isterinya? Dia tahu, isterinya itu berkali ganda lebih sedih.

Air mata dilap dan dia melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.






MATA dicelikkan perlahan. Sinaran mentari mula menghiasi ruang mata. Sesekali matanya berkedip dek kerana sinaran yang memancar terus ke matanya.

"Inara!" Suara teruja mummynya mula kedengaran di deria pendengarannya.

"Inara dah sedar?Ada sakit kat mana-mana? Nara okay tak?" Tegur Puan Sri Frida bertubi-tubi disebelah. Kepala Inara diusap lembut kemudian dia mendaratkan sebuah ciuman disitu.

Inara menganggukkan kepalanya lalu dia tersenyum tipis.

"Adrian?" Tanya Inara.

"Adrian balik pejabat sekejap, sayang.." Tangan Inara diusap lembut..

"Mummy nak call Adrian, ya?" Puan Sri Frida terus mengeluarkan telefon bimbit daripada tas tangannya lalu nombor Adrian didail dengan perasaan teruja.

"Assalamualaikum, Ad.. Inara dah sedar." Ujar Puan Sri Frida kepada Adrian melalui panggilan telefon tersebut.

"Ad selesaikan apa yang patut dulu baru datang ye? Jangan tergesa-gesa."

"Waalaikumussalam." Panggilan telefon ditamatkan dan kini tumpuan Puan Sri Frida tertumpu sepenuhnya pada Inara yang berwajah pucat itu.

"Happy betul Adrian bila tahu isteri dia dah sedar. Terus nak batalkan mesyuarat." Ujar Puan Sri Frida. Rambut Inara diusap sayang..

His Eternal Love Where stories live. Discover now