Bab 6

80.9K 4.7K 61
                                    

UNTUK hari ini, Inara hanya mengenakan sepasang suit berwarna coklat muda yang berpetak halus. Jam tangan berwarna gold yang terdapat di atas meja dicapai lalu dipakai. Rambutnya yang melepasi paras dada diikat sanggul.

Hari ini Inara dapat merasakan ada vibe positive. Tiba-tiba dia teringatkan Encik Sayang yang sudah sebulan tidak ditemui.

Rindu!

Inara tersenyum sendiri memandang cermin.

"Happy working, si cantik." Tidak lupa satu pujian dilontarkan untuk diri sendiri.

Inara bergegas turun ke bawah.

"Bye mummy daddy!" Tangan kedua ibu bapa dicium.

"Sarapan lah dulu." Puan Sri Frida sudah bising.

"Tak sempat! Hari ni Inara kena buat sesuatu urgent."

Kasut tumit tinggi berwarna nudes dicapai lalu terus disarungkan ke kaki. Tanpa berlengah, Inara terus memboloskan diri ke dalam kereta Audi yang berwarna putih.

Puan Sri Frida dan Tan Sri Irshad menggelengkan kepala. Inara memang seorang yang kecoh dan kelam kabut. Tapi, perangai divanya itu tetap tidak boleh ditinggal.

Gedik je!

Tak lama kemudian, Irham turun dengan keadaan yang serabai. Rambut yang belum disikat dan tali leher yang belum diikat.
Kaki Irham terus dihayunkan ke arah Puan Sri Frida meminta pertolongan.

Puan Sri Frida yang faham terus mengikat tali leher anaknya itu dengan teliti.

"Harini Irham ada meeting kat luar, daddy" Kopi yang tersedia di dalam cawan diteguk.

Tan Sri Irshad menganggukkan kepala. Faham sangat keadaan Irham yang semakin sibuk dengan projek di luar negara.

Manakala dia hanya goyang kaki sahaja. Semua urusan pejabat diserahkan kepada Irham. Hanya perkara penting sahaja akan dihandle olehnya.

Kedua-dua pipi Puan Sri Frida dicium irham lembut manakala tangan Tan Sri Irshad dicium.

Anak mithali.



Sebelum masuk pejabat, Starbucks disinggau terlebih dahulu. Sengaja di beli 5 untuk rakan-rakan sekerjanya juga. Nasib baik dia keluar rumah awal, sekarang sudah masuk pukul 9 pagi. Mesti dia akan dileteri Irham kerana selalu masuk lewat hanya disebabkan secawan Starbucks Coffee.

Bukan Inara kalau tidak gila.

Sampai sahaja di pejabat, Inara terus membuat kerjanya yang tertangguh dengan tekun. Sesekali dia melencong ke department lain untuk bergosip.

Tak syok rasanya kerja kalau tak bergosip dengan Kak Lia di pantry.

Kakinya laju sahaja dibawa ke pantry. Kelihatan Kak Lia dan beberapa pekerja lain sibuk berbual.

"Amboi curi tulang,eh?" Inara datang menegur secara tiba-tiba.

"Opocot! Hang ni Nara!"  Kak Lia yang terperanjat itu terus memukul lengan Inara.

"Ish kau ni Inara! Terkejut kitorang tahu tak?" seorang staff berbangsa Cina bernama Jenny itu bersuara.

"Kus semangat! Aku ingat Encik Irham tadi!" seorang lagi pekerja yang bernama Adira bersuara. Tangannya sibuk mengusap dada.

His Eternal Love Where stories live. Discover now