"Daddy, abang Irham.. What do you call a flying moose?"

Krik Krik Krik

"Moose-tahil" Inara menjawab teka-tekinya dengan sendiri.

Ketawanya dibuat-buat. Tahu hambar.

"K.."

Akhirnya Inara hanya berdiam diri sahaja sampailah dia menghabiskan nasi di dalam pinggannya.

Namun perjuangan Inara tidak sampai disitu sahaja malah dia sambung mengusik Amina di dapur.

Dia bernyanyi kecil sambil membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki.

"Aku rasa kau boleh pergi jauh...." Amina menggantungkan ayatnya membuatkan Inara berkerut.

"Jauh dari mic.." Amina meninggalkan inara yang terkebil-kebil dihadapan sinki.

Hek eleh macam lah dia tidak tahu Mummy dia dengan Amina sedang bergaduh. Nak tahu sebab apa? Sebab Puan Sri Frida merupakan exo-l manakala Amina pula Army. Akhirnya, mereka bergaduh yang mana kumpulan lelaki korea yang lagi hebat.

Inara menggelengkan kepala. Nampaknya aku je yang paling normal dalam rumah ni..

"Abang ceritalah dekat Inara. Bolehlah Nara nasihatkan Sarra tu."

Inara cuba memujuk Irham. Irham memang seorang yang suka menyelesaikan masalah dengan sendiri tapi bukan kali ini. Inara memang mahu tahu perkara yang berlaku dan dia sendiri yang akan masuk campur jika perlu.

"Tak ada apa-apa." Irham masih berkeras tidak mahu bercerita tentang perkara yang berlaku.

Inara menjeling Irham lalu kakinya dihentakkan ke lantai tanda protes. Kenapa ya semua orang nak moody malam ni?




"ABANG!" Suara Arissa yang menjerit dari tingkat bawah menghentikan lamunan Adrian. Adrian tidak berkata banyak, namun dia terus turun ke tingkat bawah. Dia menjongketkan keningnya ke atas apabila matanya bertemu dengan mata Arissa.

"Tolong hantar orang pergi mall jap. Kereta hantar bengkel." Arissa mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Aariyan mana?"

"Takde.."

"Kalau along tak nak hantar pun tak apa, suruh lah Black yang hantarkan.." Kata Arissa tersenyum penuh makna. Bolehlah dating dengan Black..

Adrian membuat muka menyampah.

"Gatal! Baru 20 tahun dah menggatal dengan kawan aku.."

"Hish! Banyak cakap sebabtu masih single. Umur 27 pun masih tak kahwin lagi.. Sekarang ni, along nak tolong Arissa ke tak?"

Arissa menampar lengan Adrian.

"Call grab je la?"

"Mana boleh! Tak class langsung!"

Adrian mencebikkan bibirnya. High Class la sangat!

Kaki Adrian dibawa naik keatas untuk bersiap. Alang-alang dia mahu menghantarnya adiknya ke mall, tidak salah rasanya dia mahu berjalan-jalan.

Dia hanya mengenakan Plain Shirt yang berwarna hitam yang dipadankan dengan seluar slim fit berwarna coklat cair.



ADRIAN menjeling perempuan yang tidak diundang dihadapannya. Geram pula dibuatnya! Sudahlah tidak diundang, lepastu suka hati dia sahaja duduk dikerusi kosong dihadapannya.

Apa tak ada meja kosong dah ke dekat cafe ni?

"Oh please Mr.Adrian, dont give me that look. You creeps me out!"

His Eternal Love Where stories live. Discover now