Adrian menutup telefonnya lalu muka disembamkan ke bantal. Waktu asar macam ni sedap kalau boleh tidur. Baru sahaja matanya mahu lelap, telefonnya berdering minta diangkat.

Unknown number

Adrian menjawab panggil tersebut tanpa berfikir dua kali. Kalau bukan scammer, pasti Inara.

Yalah, kan Inara ada missed callnya haritu.
Jadi sudah tentu Inara mempunyai nombor telefonnya.

Panggilan diangkat lalu terdengar suara seorang perempuan.

"Hello, ini Encik Adrian kah? Kami dari pihak Bumi Berhad Sdn. Bhd memerlukan pengesahan encik atau kereta encik akan disita. Sila dail-"  Adrian bergegas turun ke dapur tanpa menghiraukan scammer yang sedang mengacau waktunya.

Telefonnya diletakkan di atas meja lalu button speaker ditekan. Sebuah besen besi diambil lalu dilekap pada telefon itu lalu senduk dicapai.

Tanpa banyak soal, senduk tersebut dipukul sekuat hati menghasilkan bunyi yang bising.

Setelah puas berbuat sedemikian, Adrian mencapai telefonnya kembali. Namun yang aneh, scammer tersebut masih tidak menamatkan panggilan.

"Hey hello! You nak i pekak ke?!" Inara menggosok telinganya yang sakit. Dasar lelaki tak guna betul!

Adrian terkesima. Namun dalam hati dia sudah gelak jahat. Padan muka!

"Kenapa call?" Tidak berselindung, terus Adrian bertanya.

"Kenapa you post gambar I dekat story you eh? You suka I ke?" Sengaja mahu mengusik Adrian.

Adrian tersenyum sinis. Jadi Inara view storynya tadi?

"You yakin tu gambar you?"  Adrian mula memanjat tangga untuk naik ke biliknya.

"Eh mesti! Bracelet yang i pakai tu only one in Malaysia tau so, isn't it obvious? That is me!"  Kedengaran angkuh tapi itulah sifat sebenar Inara.

Selain gila, dia juga berlagak.

"Disebabkan you dah post gambar I without my permission, you kena keluar dengan I." 

Adrian berdecit. Ah perempuan ini! Haritu bukan main lagi marah akannya takkanlah harini tiba-tiba mahu berbaik?

Namun ada juga baiknya jika dia menerima pelawaan Inara. Dia sudah buat gadis itu tersinggung tempoh hari. Ingatkan lepas dari kejadian di Mall, Inara akan berputus asa. Rupanya tidak...

"Cool."

Inara tersengih lebar. Finally!

"By the way do you know a fun fact about psychopath?" Inara di hujung talian bertanya.

"What is it?"

"A psychopath can't love anyone except for their ownself. And there's no way a psychopath could fall in love."

Mulut Adrian mula membentuk huruf O. Fun Fact yang dia baru tahu harini.

"But- Inara is not a psychopath. She's in love right now.. " Sambung Inara menyebabkan Adrian terkedu. Inara maksudkan dia ke?

"Bye, Encik Sayang!"

Inara akhirnya memutuskan talian mereka.

Aplikasi Instagramnya dibuka lalu Story miliknya ditekan. Viewers yang hampir mencecah 10k padahal baru sahaja story itu dipost 20 minit yang lalu itu diteliti perlahan-lahan.

Matanya dibuka luas-luas untuk mencari username yang bermula dengan nama inara.

Tidak sampai 5 minit dia meneliti viewers story miliknya, akhirnya dia mengalah. Gila ke nak bersengkang mata semata-mata nak cari username perempuan tu?

Balasan daripada seorang pengikutnya di instagram dibuka.

    @/adriankfanclub :   ini bukankah  
                                          @/inara.tsi ?

Terus username @/inara.tsi ditekan. Got you... Profile Instagram Inara diperiksa. Wow, famous. Semua Highlights Story nya hanya dihiasi dengan bendera-bendera yang berlainan negara.

Satu fakta tentang Inara yang Adrian sudah tahu ialah dia merupakan seorang yang suka melancong.. Telefonnya ditutup lalu mata dipejam rapat.

Baru sahaja mahu melelapkan mata, telefonnya berdering sekali lagi membuatkan sebuah dengusan kasar terletus dari bibirnya.

"Apa dia lagi, Harris?"

"Ad, sumpah weh aku geram dengan perempuan tu. Masa aku tengah syok makan, dia boleh pula datang dekat aku dan tuang sepinggan spaggeti atas kepala aku."

"Perempuan mana ni?" Adrian melayan sahaja rungutan si Harris.

"Ex aku lah!"

"Ex kau yang mana satu? Farah? Sofia? Hanna? Marissa? Ziana? Chacha? Nur? Komariah? Senah? Zubaidah?" Dahi Adrian berkerut sambil menyebut satu-persatu nama bekas kekasih Harris.

"Jantan bebal ni. Ex aku yang mana lagi, si Ziana itulah!" Harris berdecit. Yang si jantan bebal ni sebut nama bekas kekasih dia yang sejak zaman sekolah lagi dah kenapa?

Cis! Komariah dengan Zubaidah pun aku tak kenal siapa.

His Eternal Love Where stories live. Discover now