Tengku Adrian Mikhail✓

3.6K 90 3
                                    

Tengku Adrian Mikhail.

Itu.. nama aku. Mummy dan daddy yang bagi nama tu. Kalau dakat rumah family aku panggil aku, Ryan. Pronounce as Rian. Sedapkan?

  Nama penuh aku, Tengku Adrian mikhail bin Tan Sri Tengku Adam Mikhail. Berdarah kacukan inggeris sebelah mummy dan melayu sebelah daddy.

Aku ada seorang abang and seorang kakak. Abang sulung aku nama dia Tengku Farrizh Mikhail. Kakak aku pula Tengku Azrinna Marissa. Aku memang rapat sangat dengan abang and kakak aku ni. Yelahkan dah itu sahaja adik-beradik yang aku ada.

Bila dah besar, kakak aku kerja di Paris sebagai pereka fesyen. Abang aku pula. Ada tu ha dekat Mikhail Holding. Saja menyemak sambil jaga anak syarikat. Orang hulur jawatan besar tak nak. Nak juga buka conpany sendiri. So biarkanlah dia..

Aku ni jenis yang agak tegas dan nak semua benda settle tanpa kesalahan. Perfect! No error!

Orang kata.. Wajah aku handsome. Dan aku tak nafikan sebab aku ada strong jaws line, bulu mata lebat, hazel eyes, sharp nose, dan berambut perang . Dah kata pun ada darah kacukan tu yang rambut aku perang tu.

Sejak zaman persekolahan pun ramai pelajar perempuan kat sekolah minat dekat aku. Tapi aku tak berapa suka dengan budak perempuan dekat sekolah tu sebab semuanya mendekat untuk mendapatkan kepentingan. Bukan duit ataupun harta. Sebab sekolah tu sekolah persendirian yang menempatkan pelajar berduit dan bijak saja. Sebagai bakal pemimpin di masa hadapan. Jadi setakat harta tu mereka tak akan kejar. Tapi populariti, nama dan kemegahan bila bersama dengan pelajar yang memang menjadi perhatian.

Aku ada seorang kekasih. Tapi cuma dalam mimpi. Kalau aku berangan lebih dapatlah jadi boyfriend dia. Kalau tak.. Aku cuma bertekak mulut dengan dia jelah. Itu je cara nak biar dia sedar akan kewujudan aku.

Dialah pengarang jantung yang paling aku sayang sejak kecik. Nur Rania Miyasarra.

Lima tahun lepas.. Ada sesuatu terjadi antara kami sampai dia pergi. Tapi bila dia kembali.. Dia bawa satu kejutan buat aku. Aku terpanar. Aku terluka. Tapi aku masih mencintai. Dan aku.. Akan terus mencintai dia walaupun hadir orang lain dalam hidupnya.

Dia cinta pertama aku tapi.. Aku tak pasti kalau dia sudi jadi yang terakhir.  Aku nak jadi kenangan terindah yang pernah hadir dalam hidup dia. Tapi aku tak mampu..

“Mungkin satu hari nanti.. Aku berjaya cantumkan serpihan kenangan kita, Sweetheart! Aku tunggu kau..”

###
Edited

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now