Bab-1✓

4.1K 99 2
                                    

Bab-1

Hari ahad yang menenangkan. Bebas dari cengkaman sekolah. Hari yang memang dinantikan oleh Rania kerana dia dan abang-abangnya akan pergi menonton wayang dan ber'shopping'.

Rania berdiri di anak tanga terakhir. Dia

"Mama, abang Nish mana? kata nak pergi tengok wayang. " Tanya Rania kepada mamanya, Datin Sri Anida.

Langkah kaki mula diatur ke ruang tamu. Kepalanya pula menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Danish, abang ketiganya itu. Mana pulak abang aku ni!

"Entahlah, baby! Mama pun tak tahu. Tadi ada je dekat dapur tu ha. Cuba cari dalam bilik dia." Datin Sri anida menjawab.

Tangannya lincah memotong duri pada batang bunga ros. Sempat mengerling kearah anak perempuan tunggalnya yang sedang tercekak pinggang menghala kearah lif.

"Hesy! Mana abang aku ni. Nak pergi ke tak nak ni. Kang aku tido karang!"

Rania sudah membebel seorang diri sambil menekan butang lif untuk ke tingkat dua. Datin Sri Anida hanya menggelengkan kepala melihat keletah anak gadisnya yang seorang itu membebel. Kemudian dia kembali melakukan kerjanya yang tergendala tadi.

Ting!

Rania keluar dari perut lif. Dia berjalan ke bilik di sebelah kiri. Setibanya di depan pintu bilik Danish, dia terus memulas tombol pintu tanpa mengetuk atau memberi salam terlebih dahulu.

"Abang cep!!"

Tiba-tiba...

"Mamaaaa!!!!!!!!"

"Arrggghhhh!!!!!"

Danish menjerit sambil memanggil Datin Sri Anida. Dia terus menutup bahagian badannya yang terdedah menggunakan kedua-dua belah tangannya kerana dia hanya memakai boxer sahaja. Sebenarnya dia terkejut beruk. Baru nak separuh bogel dalam bilik sendiri sekali kena terjah dah!
Privasi aku mana privasi!

Sementara Rania pula menjerit dan terus menutup mata menggunakan kedua-dua belah telapak tangannya. Suara mereka yang menjerit serentak itu bergema di seluruh pelosok rumah empat tingkat itu. Mau bergegar juga Seis De Chateau dibuatnya.

Datin sri Anida yang terkejut mendengar jeritan Rania dan Danish bergegas naik ke atas.

"Kenapa ni Danish? Baby?" Datin sri Anida bertanya cemas.

"Mama tengok abang Nish ni.. Sexy gila. Eee tak malu eh?"

Rania menuding jari kearah abangnya yang 'sexy' itu.

"Eleh dia yang tak malu! Masuk bilik orang dah lah tak ketuk pintu bagi salam pun tak.. Main terjah aje kan dah ternampak badan sado abang Nish ni ha." Danish mneyelar.

Dia menjelirkan lidah kearah Rania sambil membuat gaya ala ahli bina badan.

Datin Sri Anida rasa nak pelangkung aja manusia depan dia ni. Penat dia berlari naik ke atas. Ingatkan kenapa tadi. Sekali..

"Korang berdua ni kan... Ada-ada jelah." Gumam Datin Sri Anida. Danish dan Rania hanya tersengih.

"Ingatkan ada apalah tadi. Dahlah mama nak sambung kerja dulu. Jangan main jerit-jerit lagi. Faham!"

Sempat dia mengertak kedua orang anaknya. Dia berpusing untuk melangkah turun ke ruang tamu dan menyambung kerjanya.

"Faham!" Rania dan Danish menjawab serentak.

"Abang Nish.. cepatlah siap, kata nak pergi tengok wayang. Tengok Baby dah siap dah! Abang tu je yang lambat!" Rania merengek manja. Dia goyang-goyangkan badan Danish.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now