Bab-40✓

1.2K 35 2
                                    

Bab 40.

Rania berlari anak di lobi syarikat ZNDR Global Empire. Skirt labuh dan kasut tumit tinggi yang dipakai sedikit sebanyak membataskan pergerakannya. Dia terpaksa memegang sedikit bahagian atas skirtnya agar dia tak terpijak saat berlari. Kalau tak niaya je. Nasib baik beg sandangnya awal-awal lagi, dia dah silang di dadanya.

Dia tersenyum nipis kepada penyambut tetamu yang menegurnya. Rasanya dia ingat-ingat lupa nama wanita itu. Zila ke Mila yek. Eh malaslah aku nak fikir. Aku dah lambat ni!

Langkahnya tergesa-gesa. Fail kulit keras berwarna biru ditangannya dipegang erat. Dalam hati tak henti-henti membebel. Dah lah dia baru balik photoshoot. Tak sempat rehat lagi Zhafran dah menghubunginya. Bukan sekali malah lebih sepuluh kali agaknya.

Zhafran cakap dia tertinggal fail kertas kerja diatas perpustakaan mini dirumah. Fail itu penting untuk mesyuarat pukul 2:30 petang nanti. Jadi Zhafran menyuruh Rania membawakan Fail itu ke syarikatnya. Syarikat papa maksud dia. Ceit.

Jam dipergelangan tangan dikerling untuk kesekian kalinya. Sekarang sudah pukul 2:20 petang. Ada lagi sepuluh minit. Larian semakin dilajukan. Dengan kasut tumit tinggi entah berapa inci. Dalam hati dia berdoa agar tidak tersandung di mana-mana.

Butang lif ditekan. Saat pintu terbuka Rania terus masuk ke dalam. Butang nombor 20 ditekan. Bukan sekali malah berkali-kali. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Lelah rasanya bila terpaksa berlari dari parkir kereta hingga ke dalam ZNDR G.E.

Sementara menunggu lif sampai di tingkat 20. Rania bersandar lemah pada dinding lif. Pelipis di picit perlahan. Sakit dikepala yang semakin berdenyut-denyut dia abaikan. Sekarang ni dia cuma harap fail biru ditangannya ini sampai kepada Zhafran secepat mungkin.

Abangnya itu sengaja buat Migraine dia menyerang. Penyakit yang dialami sejak terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lepas. Itu yang doktor cakap. Dia pun tak pasti sangat. Sebab waktu tu dia tak ingat apa-apa. Orang putih cakap totally lost! Eh dah macam kereta pulak dah. Heh!

Ting!

Sebaik pintu lif terbuka, dia terus melangkah keluar. Tanpa disedarinya, dia telah melanggar seseorang. Seorang lelaki lebih tepat. Terjatuh fail biru ditangannya. Nasib baik tak berterabur kertas-kertas tu semua.

Fail ditangan lelaki itu turut terjatuh. Masing-masing terkesima sebentar. Tetapi Rania pantas mencapai failnya kerana dia sedar dia sudah terlambat.

"Sorry Encik! Saya tak sengaja. Saya dah lambat. Sorry again!" sempat Rania memohon maaf. Tak sempat langsung nak menjeling wajah lelaki yang dia langgar tu. Bukan dia nak bertingkah biadab ke apa ke. Tapi, Masa semakin suntuk. Langkah diatur ke bilik Zhafran. Dahlah dia sakit kepala. Ditambah lagi dengan sakit dibahunya. Aduhhh!

Tangan lelaki itu terhenti dari mencapai failnya saat suara halus itu menyapa halwa telinganya. Suara tu!
Kepalanya ditoleh mencari kelibat gadis tadi tetapi sudah hilang. Ya Allah. Perasaan apakah ini? Dia memegang dadanya yang berdegup pantas.

Alamak aku dah lambat. Baik pergi bilik meeting cepat. Zhaf pun satulah. boleh pulak main tinggal-tinggal fail. Dah aku kena jalan sorang-sorang. Ish! Bebel lelaki itu dalam hati.

Rania memulas tombol pintu dan melangkah masuk.

"Assalamualaikum." Zhafran berasa lega saat melihat wajah Rania di hadapannya. Rania cuba meneutralkan kembali nafasnya yang semakin pendek.

"Waalaikumsalam. Baby... Sampai pun!" Zhafran separuh menjerit. Tadi resah jiwanya bila Rania masih belum munculkan diri. Sampai berpeluh-peluh.

Rania menghulurkan fail biru kepadanya. Zhafran menyambut huluran tersebut. Tangan Rania sedikit menggigil.

"Kenapa ni baby?" Zhafran perasan keadaan adiknya. Risau pula dia dengan keadaan adiknya. Kalau bukan sebab kecuaian dia. Rania tak perlu menghantar fail itu sampai ke sini.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now