Bab-20

1.2K 30 1
                                    

Bab-20

    Rania masuk ke dalam perut Lamborghini Tengku Adrian. Diikuti lelaki itu sendiri. Dia menghidupkan engin dan memandu kenderaan itu keluar dari perkarangan sekolah.

    Sesekali Tengku Adrian menoleh Rania yang sedang memandu itu. Pelbagai persoalan muncul di mindanya. Kalau dilihat dari cara pemanduan gadis itu, dia sudah dapat agak yang Rania bukan baru belajar memandu. Tetapi mungkin sudah lama.

   “Sejak bila kau pandai bawak kereta ni?” Akhirnya terpacul satu soalan dari bibir Tengku Adrian.

   Dia memegang kejap tali pinggang keselamatan yang dipakainya. Walaupun dia tahu Rania mampu mengawal Lamborghini miliknya, tetapi dia masih berasa kurang yakin.

   “6 bulan lepas. Abang Zhaf yang ajar. Tapi kadang-kadang tu kalau ada masa, Abang Ziem dengan Abang Nish pun ada ajar jugak” Jawab Rania bersahaja. Matanya fokus kearah jalan raya. Dia tahu mesti Tengku Adrian terkejut beruk.

   Dahek!! baru 6 bulan lepas!

   Tak sangka yang sangkaannya meleset sama sekali.

   Tapi mesti Ryan boleh kena serangan jantung kalau dia tahu yang setiap dua minggu sekali abang-abang aku  bawak aku race kereta! Fikir Rania.

   Tempat tersebut merupakan salah sebuah litar lumba terkenal di Petaling Jaya. Dan yang paling gila sekali dia tak ada lesen memandu!

   Tengku Adrian disebelah hampir terjojol biji mata mendengar jawapan Rania. “ gila!” gumamnya perlahan. Dia terdiam seketika.

   Diaorang ajar Mia guna kereta apa?

   Tengku Adrian membayangkan kenderaan-kenderaan yang berada di garaj Rumah Rania. Dia cuba mengingati jenis kenderaan yang terparkir disitu. Lamborghini, Ferrari, Maserati, Alphard, Lotus Evora and... Aston Martin... Gotcha! mesti dia ajar guna Aston Martin Abang Danish punya tu! Dia berkata dalam hati. Sebenarnya banyak lagi kereta yang terparkir di dalam garaj rumah keluarga Rania. Malas nak fikir banyak-banyak.Dah Itu sahajalah kereta paling 'koman' yang ada dekat rumah tu.

   Ah! nanti jelah aku tanya!

   Tengku Adrian sudah tenggelam dalam dunianya.

   “Oii! berangan” Sergahan Rania mengejutkan Tengku Adrian dari lamunannya. Dia memandang Tengku Adrian sekilas sebelum menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan Lamborghini yang dipandu.
Nasib baik tak ada banyak kereta.

   “Mia!!! sloww... Slowww.. Oiii” pekik Tengku Adrian cemas. Dia baru tersedar dari lamunannya bila dia rasa kenderaan itu semakin laju. Jantungnya macam nak gugur. Laju siak! Dia memandang panel instrument di hadapan Rania. Hah? gila...
240 k/j!!!

   Rania tidak menjawab. Dia memfokuskan dirinya. Haih. Nasib baik auto. Kalau manual, memang dah jadi kereta drift dah Sarra ni!

    Dia menggelar Lamborghini milik Tengku Adrian sebagai Sarra. Sebenarnya dia yang menemani Tengku Adrian membeli Lamborghini baru untuk menambahkan koleksi kereta sport Tengku Adrian. Dia yang memilih Lamborghini Berwarna biru matelic ini. Jadi akhirnya dia berikan nama hujungnya kepada kenderaan itu.
   Tengku Adrian jangan cakaplah. Dalam hati dia lagi suka. Rania beri nama sendiri dekat keretanya. Rasa nak lompat bintang pun ada. Memang Si Sarra jadi kereta kegemaran akulah jawabnya.

   “Sweetheart! Slow.. Please!!! Ya Allah kau selamatkanlah aku. Aku belum bertaubat lagi Ya Allahhh!!!!.... ” Doa Tengku Adrian kuat. Rania terus memperlahankan sedikit kenderaannya.

   Dia memandang muka Tengku Adrian disebelahnya. Dia memberi signal dan memberhentikan kenderaan itu dibahu jalan. Dah tak tahan dah!

   “Hahahahahah” Rania menghamburkan tawanya. Akhirnya... Misi berjaya!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now