Bab-66✓

1.3K 37 10
                                    

Bab 66.

       Dato Sri Amin rancak berbual dengan Tan Sri Adam di ruang tamu sambil menonton rancangan entah apa-apa yang di siarkan di TV. Dah hampir sejam lebih mereka begitu.

Macam-macam benda berkisar dalam perbualan mereka berdua. Apa saja yang tak di ceritakan kalau dah duduk semeja macam ni. Dari cerita pasal satu acara lumba kereta yang pertama kali diadakan di Malaysia sehinggalah cerita tentang hal anak-anak mereka.

“Pejam celik-pejam celik dah besar-besar dah anak-anak kita. Anak kau pun dah nak kahwin dah. Sekejap betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku nampak si Nia tu jatuh parit. Tapi sekarang dah nak kahwin dah budak tu.” ujar Tan Sri Adam. 

Kepala digeleng-geleng beberapa kali bersama senyuman yang terhias dibibir. Macam tak percaya semuanya berlalu dengan pantas. Hampir tersembur air yang baru diteguk Dato Sri Amin. Mujur dia cepat-cepat telan. Kalau tak lencun muka kawan tu.

Rania baru turun dari tangga tingkat dua. Nak tergelincir dia bila ada orang throwback cerita dia jatuh parit dulu.

Berdiri di anak tangga terakhir. Dia bercekak pinggang. Amboi-amboi.. Uncle Adam ni. Sengaja tau. Yang pi throwback cerita jatuh parit tu pasai pa. Malu cheq na. Mana cheq nak letak muka! Gumamnya perlahan.

“Kaulah perangai macam haram.. Tapi, Ingat lagi kau.. kan?” soal Dato Sri Amin. Terletus gelakan dari bibirnya.

“Mestilah aku ingat. Sebab kejadian tulah aku kena marah dengan isteri aku sebab tak tolong anak kau. Macam-macam dia bebel tau. Kalau lemaslah, kalau luka teruklah, kalau itulah inilah. Rentung aku kena sembur tahu tak?” adunya. Dato Sri Amin cuma tergelak lucu. Memori dulu menerjah ingatan.

Waktu itu mereka semua pulang ke kampung Tan Sri Adam di Perak. Ada majlis kenduri. Esoknya selepas semua selesai. Dato Sri Amin dan  Tan Sri Adam duduk melepak di pangkin. Mereka berbual kosong sambil melihat Rania dan Tengku Adrian bermain. Adalah parit kecil depan rumah tu. Memandangkan Rania tu degil, Dato Sri Amin minta Tan Sri Adam tengokkan Rania sekejap sebab dia nak ke tandas. Rania pula tengah main kejar-kejar dengan Tengku Adrian. Lepas tu Rania tergelincir dalam parit. Walaupun tak dalam mana tapi basah kuyup juga budak tu. Tengku Adrian yang bawa Rania naik ke atas.  Tengku Adrian dokong Rania yang menangis-nangis dibelakangnya. Nasib baik Rania cuma luka kecil je dekat siku.

“Kau buat apa dengan anak aku, Dam!” Dato Sri Amin lantang. Dia meluru kearah Rania.

“Yang kau nak marah pahal! Aku tengokkan dialah! Mana ada aku buat apa-apa.” Balas Tan Sri Adam selamba. Dia dah kesat air mata Rania guna lengan baju.

“Sebab kau tak buat apa-apalah aku marah, Setan. Dah nampak anak aku jatuh tu.. tolonglah. Yang kau pergi gelakkan kenapa?”

“Dah kau cuma suruh aku tengokkan, kan? So.. Aku..” tak habis cakap. Selipar jepun Dato Sri Amin mendarat di badan Tan Sri Adam. Menggelupur dia sebab selipar tu boleh tahan sakit. Berbirat belakang badan dia selepas itu.

“Sakit bodoh!”

“Mati aku kalau Nida tanya. Aku nak jawab apa. Kaulah ni!” bebel Dato Sri Amin. Dia mendakap tubuh Rania yang waktu itu baru berumur empat tahun.

“Papa minta maaf ye sayang. Papa tinggalkan sayang dengan uncle Adam tak guna ni.” pujuknya sambil mendodoi Rania. Lantaklah kalau baju dia basah dan bau parit sekalipun. Sekarang ni yang paling penting adalah cinta hatinya ini.

Tengku Adrian cuma berdiri di sisi daddynya. Tan Sri Adam pun cuba memujuk Rania.

Saat tangisan anak perempuannya itu dah reda. Dia melutut di hadapan Tengku Adrian. Kepala anak kecil itu diusap perlahan.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now