Bab-10

1.6K 44 0
                                    

Bab 10

   

"Lajunya kau lari, sayang! Dahlah lari macam lipas kudung. Pakai kain pulak tu. Kalau jatuh nanti aku jugak yang susah."" ujar Tengku Adrian termengah-mengah. Dia baru acah Rania sikit je. Terus cabut. Bukannya nak peluk betul-betul pun. Kang kalau betul-betul aja dia keja cop buat sexsual harrasment pulak.

Rania yang dah berhenti berlari tersentak. Boleh tahan laju dia menyaingi lariannya.

“Kau gila. Yang kau nak peluk aku pahal.”

“Mana ada aku nak peluk kau. Aku saja je. Kau nampak gebu sangat...” sebelah mata dikenyit pada Rania.

“Makan penampar sia-sia hidup kau hari ni nanti.” ugut gadis itu menyampah.

"Gurau je kan.. Ke kau saja nak main kejar-kejar dengan aku ni.. Alah! Lain kali cakap jelah tak yah segan-segan.”

"Tak ingin aku nak main kejar-kejar dengan kaulah sengal. Cuba jangan perasan boleh tak?” marah Rania tak puas hati. Ada dia tuduh kita nak main kejar-kejar dengan dia. Gila agaknya!

“Kau nampak comel sangat bila marah. Cair aku!” seloroh lelaki itu tiba-tiba. Memerah muka Rania. Dia tak bersedia langsung untuk serangan Tengku Adrian yang ini.

Tengku Adrian hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Mimik muka Rania yang marah begitu comel baginya.  Tak sangka Rania boleh jadi secomel ini. Hati Tengku Adrian sudah berbunga-bunga sebenarnya dapat bergurau senda macam ni dengan pujaan hatinya yang satu ini.

     Weyh crush aku bercakap dengan aku weyh siapa tak happy! Comelnya bakal isteri aku!

'Astagfirullahalazim! Jangan berangan wahai Tengku Adrian' Hatinya berkata-kata, Tapi kalau jodoh tak kemana kan!

“memang aku comel pun kan? Kau tu je yang hodoh.” selamba Rania mengutuk. Tudung dikibas ke belakang.

    Tengku Adrian menjegilkan matanya kearah Rania. Sampai hati cakap dia hodoh. Punya melambung dia puji Rania. Hodoh je yang dia dapat? How could you Sayang!

   Gadis itu apa lagi buat muka selamba katak dia sajalah.

“Dah la malas nak kawan kau. Aku nak merajuk dua minit!” Rajuk Tengku Adrian. Dia berpeluk tubuh dan berlalu meninggalkan gadis itu di belakang.

Rania tergelak kecil. Nada suara Tengku Adrian mengada-ngada betul. Gedik!

Saat gelakan itu menyapa halwa telinga. Ada senyuman nipis terlukis di bibir. Tak percaya Rania boleh menganggap perangai dia menghiburkan.

Alhamdulillah. Aku bersyukur kepadamu ya Allah! Dalam diam dia bersyukur kepada Allah. Hubungan mereka yang keruh sejak 5 tahun lalu semakin jernih.

    Ya! dia akui bahawa memang dirinya yang bersalah, namun jauh disudut hatinya dia berharap Rania akan memaafkan dia.

“Ya. Bichoessoe? sejak bila Tengku Adrian gila ni dah pandai merajuk. Menyampahnya aku.  macam pondan tau tak?” usik Rania. Gelakan masih bersisa.  (Gila ke)

   Pondan pun pondanlah asal dapat tengok senyuman kau tu Mia oi!

“Gila kau panggil aku. Aku yang handsome lagi macho ni kau kata pondan. Aku rasa baik kau gi klinik cek otak kau tuh. Mana tau ada fius yang rosak ke kan!”

Rania membuat gaya nak termuntah mendengar Tengku Adrian membangga diri plus mengutuk dirinya. Aku sepak mamat ni laju-laju nanti baru tau!

“Uwekk!! Menyampah aku. Dah lah masuk bakul angkat sendiri. Eh, Hello! Unta dekat Zoo korea sana lagi handsome dari kaulah!” usai berkata Rania sudah melarikan diri. Takut kena sekeh barangkali. Apa kau ingat ni filem hindustan ke hah nak main lari-lari? Lainlah kalau kau tu pelakon fIlem Dil to pagal hai!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now