Bab-57✓

997 46 2
                                    

Bab 57

Tengku Adrian menutup fail berwarna merah hati selepas menurunkan tandatangannya di muka surat terakhir. Fail itu diletakkan di sisi kanan meja kerjanya. Tujuh dah settle.. Tinggal enam lagi!

Dia menekan butang interkom berwarna hijau. "Im.. Fail Penara Trinal yang aku suruh kau edit tu dah siap?" soalnya.

"Dah bos." Jawab Naim di hujung talian.

"Good. Bawa masuk fail Penara sekali dengan fail Imperial." arah Tengku Adrian.

Dari pagi tadi dah hampir lima enam kali Naim keluar masuk biliknya untuk menghantar fail-fail yang dipinta. Almaklumlah dah berapa bulan tak masuk ofis. Bila dah masuk. Nah.. Bertimbun kerja yang menunggu untuk mendapatkan pengesahannya.

Daddy dia kata nak tolong take over kerjanya semasa dia outstation. Tapi hampeh. Boleh pulak orang tua tu pergi berdating dengan Puan Sri Bella dekat Thailand. Jangan dicarikan mak baru untuk mereka tiga beradik sudah. Ada yang kena kejar guna kuali Teffal Puan Sri Bella nanti.

"Baik Bos." Jawab Naim. Dia mencapai Fail warna kuning cair dan biru muda yang tersusun rapi disamping beberapa fail yang sudah di semak. Tinggal dapatkan pengesahan Tengku Adrian je. Lepas tu dia boleh submit ke setiap jabatan. Dia masuk ke dalam bilik Tengku Adrian setelah mengetuk pintu sebanyak tiga kali.

"Nah bos. Fail Penara dan Imperial." Naim menghulurkan fail tersebut. Fail bertukar tangan.

Tengku Adrian mengucapkan terima kasih. Dia sandarkan badannya agar lebih selesa dan terus menyemak fail berwarna biru cair. Dia membaca laporan Projek Imperial Resort yang sedang di jalankan di Johor. Projek itu sudah 45 peratus siap sejak dimulakan beberapa bulan yang lalu.

"Ada apa-apa lagi ke bos?"

"Tak. Kau boleh keluar, Im."

Naim memandang Tengku Adrian. Rasa lain bila ada jambang yang menghiasi wajah lelaki itu. Bukan sebab Tengku Adrian makin kacak. Tapi nampak lebih menggerunkan. Ni kalau first time jumpa ni maunya orang ingat Tengku Adrian tu ketua gangster. Dengan parut kecil di keningnya. membentuk satu garisan melintang yang sedikit terjongket.

"Err.. Bos okey?" Naim bertanya. Serba salah. Sekejap dia garu keningnya. Sekejap dia garu belakang tengkuk. Sejak tadi sebenarnya dia nak tanya. Tapi tak terluah. Melihatkan Tengku Adrian yang begitu khusyuk membuat kerja. Dia takut nak tanya. Tapi bila lelaki itu sudah lebih santai. Barulah rasa nak bertanya itu menggunung tinggi.

Tengku Adrian memanggung kepala dan angkat sebelah kening. Anak matanya menari-nari di wajah Naim.

"Okeylah. Apa yang tak okeynya?"

Dahinya berkerut sedikit. Tiba-tiba pula si Naim ni tanya soalan macam tu. Muka aku ni macam orang sakit ke?

"Taklah.. Muka bos tu macam orang frust menonggeng je. Dengan jambang bagai. Tu yang pelik sikit. Muka dah macam ketua gangster dah saya tengok." Naim garu lagi kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. Sempat pula tu dia mengutuk Tengku Adrian depan-depan.

Muka frust menonggeng kau kata aku, Im? Bukannya muka orang sakit ke apa? Tapi, celah mananya muka aku macam ketua gangster? Soal Tengku Adrian dalam hati.

"Putus cinta ke bos?"

Selamba badak persoalan yang satu itu meluncur dari ulas bibirnya. Naim menelan liur sendiri.

Laillahailallah.... Mati aku! Mati!! Makk.. Kalau Im tak balik minggu depan mak tolong sedekahkan Al-Fatehah untuk anak mak ni ye..

Dia tersengih seperti kerang busuk bila Tengku Adrian memandangnya tajam. Liur yang ditelan terasa tersekat di kerongkong bila kena tenung macam tu. Rasa nak terkucil pun ada. Seram mak!

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now