Bab-59✓

1.2K 41 5
                                    

Bab 59

     Kringg!  Kringg!

    Rania tersedar bila jam locengnya berbunyi nyaring. Dia meraba sisi meja nightstand untuk menghentikan bunyi yang membingitkan telinga itu.

Rania bangun dan meregangkan sendinya. Berkrak-kruk bunyinya. Lega!

“Huarghhhh!!” Rania menguap besar. Dia melangkah malas ke bilik air. Usai mandi dan solat subuh. Rania melepak di atas katil. Masih ada satu jam setengah sebelum waktu pejabat. Masuk hari ini sudah tiga hari dia mula bekerja di ZNDR.G.E. Demamnya tempoh hari cuma berlarutan selama dua hari setengah. Zhafran dan Danish pula cuma sehari saja. Keesokan harinya mereka sudah bekerja seperti sedia kala. Rania je yang macam mayat hidup dekat rumah. Sehari tu dalam dua tiga kotak tisu dia habiskan buat lap hingus. Bersin tak berhenti. Mujur tak kena resdung. Kalau tak.. Niaya je!

Saat jarum jam sudah mencapai angka 7:15 pagi. Rania mengenakan pakaian pejabatnya pada tubuh. Solekan tipis menghiasi wajahnya. Minyak wangi jenama Victoria Secret menjadi pilihan. Haruman yang terhasil membuatkan dia tenang.

Rania turun ke bawah untuk bersarapan bersama keluarganya. Kemudian, dia meminta diri untuk ke pejabat. Rania masuk ke dalam garaj. Dia mencapai kunci superbike yang tergantung bersama kunci-kunci kenderaan yang lain. Tak ada mood nak bawa kereta. Jalan dahlah jem!

  
Rania hanya mengambil masa sepuluh minit untuk sampai ke pejabat. Bila tiba di hadapan meja Suzy. Dia menyapa setiausaha abangnya itu dengan senyuman manis.

“Morning Kak Ji..”

Good morning Cik Sarra.” Suzy membalas mesra. Tangannya lincah mencatat sesuatu pada diari hariannya.

“Kak Ji. Abang Zhaf ada dekat dalam ke?”

“Tak ada, Sarra. Encik Zhafran keluar jumpa Klien.”

“Siapa?” Soal Rania ingin tahu.

Suzy buat muka geli.
“Datuk Mahmud gatal tu.” Ujarnya. Meremang bulu roma bila teringat dekat Datuk seorang tu.

  “Owh.. Petapa gatal tu!”

Rania terbayang muka miang Datuk Mahmud. Orang tua gatal nak mampus tu bukannya betul sangat pun. Nampak gadis cantik sikit terus nak masuk line. Tak sedar umur sudah masuk sebaruh abad. Perut boroi. Isterinya pula sudah tiga orang. Ini dalam proses nak cari calon keempat. Entah dah dapat ke belum. Dia pun tak tahu.

Rania teringat waktu Zhafran bawa dia jumpa Datuk Mahmud. Sumpah dia cakap. Orang tua tu memang miang. Berapa kali dia kena kenyit mata dengan Dato Mahmud. Siap lirikan gatal dan senyuman miang. Sejak tu Zhafran dah tak bawa dia jumpa Datuk tu lagi. Kata Zhafran Datuk Mahmud sibuk bertanyakan dirinya. Dah berpunya ke belum, bujang lagi ke. itu ini. Ah buat dia seram sejuk je.

“Ha.. Tak apalah Kak Ji. Saya masuk dulu.” Ujar Rania. Tangannya memulas tombol pintu. Namun terhenti sebentar bila Suzy memanggilnya.

“Eh! Sarra.. Nanti lepas lunch hour Encik Zhafran ada meeting dekat Mikhail Holding. Dia suruh Cik Sarra ke sana. Pukul dua something macam tu.” Suzy Baru teringat. Dia menyelak helaian diarinya.

“Okey. ” jawab Rania sepatah seraya masuk ke dalam. Pintu ditutup rapat.

                           *****

   Selepas makan tengah hari bersama Suzy. Rania bergegas ke Mikhail Holding. Jalan sedikit sesak membuatkan dia lambat sampai.

        Usai memarkir superbike. Rania terus menarik keluar Ray-ban dan diletakkan pada batang hidung. Dalam cuaca panas terik begini. Dia hampir tak nampak jalan dek pantulan cahaya matahari yang menyilaukan. Dia khusyuk membaca detail pesanan whatsApp Zhafran. Langkah kaki diatur ke lif.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now