Bab 26

1K 34 0
                                    

Bab 26

"Rania Miasarra!!"

"Ya Allah budak ni! Boleh cepat sikit tak?" Jerit Zhafran kuat. Dah naik panas punggung dia menunggu Rania.

Dia melabuhkan duduknya pada sofa.

"lambatnye adik kau. Ziem..." matanya dipusatkan kearah cerita Tom And Jerry yang ditayangkan di tv.

"Well said. Perempuan dan lambat berpisah tiada." Balas Naziem.

Coming!”

    Dia mengalas beg silang dibahu. Tangannya sempat mencapai kunci motorsikal yang tersangkut pada dinding. Kaki menapak masuk dalam lif.

Bunyi pintu lif terbuka menarik perhatian dua beradik itu.

Rania memakai seluar jean. Baju t-shirt di dipadankan dengan jaket kulit berwarna biru Pekat. Dia mengenakan shawl dikepala.

“Comel Ziem adik kau.” Seloroh Zhafran. Macam ni lah baru keperempuanan sikit. Eh selama ni adik aku ni memang keperempuanan apa? Cuma tulah kasar sikit!

“Tengoklah abang-abang dia! Kacak bergaya.” Naziem menepuk dada sendiri. Bangga gamaknya. Zhafran mengangguk tanda setuju.

Lets go bebeh!” Naziem terus menapak bersama Zhafran meninggalkan Rania di belakang.

Seronoklah Rania kerana Zhafran dan Naziem tidak bekerja hari ini. Bolehlah dia meluangkan masa bersama abangnya.

Mereka masuk kedalam garaj bertutup yang menempatkan kenderaan dirumah mereka.

Baby naik dengan abang Zhaf ke dengan Abang Ziem?” Tanya Naziem. Tangannya mencapai aksesori keselamatan seperti Halmet,sarung tangan kulit dan jaket.

“Jeng je jeng!” Rania menggoyang-goyangkankan kunci motorsikal jenis BMW S1000RR miliknya.

“Nak bawak Cik Sarra ke?” Tanya Zhafran dengan kening berkedut. Demand  betul adik dia sorang ni nak namakan motorbike dia tu Cik Sarra.

Rasa macam pernah dengar pulak nama Cik Sarra ni kan?

Rania sudah tersengih mengangguk. Tak nak dia duduk dekat belakang. Buat sakit pinggang je. Baik dia bawak sendiri lagi puas.

Tiba-tiba Rania teringat masa mula-mula papa dia paksa ambil lesen motor. Datang dia selamba badak curi-curi tukar lesen motor kelas B2 kepada lesen B penuh guna duit elaun yang papanya bagi tiap bulan. Nasib baik lepas dah dapat lesen tu baru terkantoi. Tu pun bila mereka tengok huruf yang sepatutnya tulis B2 jadi B penuh.

Ketiga-tiga orang abangnya juga sering membawa dia pergi lumba motor dan kereta dekat litar. Kadang-kadang dua minggu sekali mereka bawak Rania lumba kereta. Zhafran dah ajar Rania menunggang motosikal sejak gadis itu berumur 13 tahun. Tapi mereka merahsiakan perkara itu dari pengetahuan orang tua mereka. Tak pasal-pasal je nanti papa campak diaorang kat kolam buaya.

Bila ada tiga orang abang dan dia seketul je anak perempuan memanglah dia punya perangai pun seperti lalaki. Kasar. Kasar-kasar manja gitu.

“Tak nak naik dengan abang Zhaf ke?” Zhafran berbasa basi. walaupun dia dah tahu Rania tetap dengan pendirian dia. Dah kalau dia bawak kunci motor tu sampai sini takdenye dia nak naik dengan orang lain.

“Tak naklah. Baby dah lama tak merempit. Dia mencapai halmet dan sarung tangan kulit berwarna hitam yang tergantung di dinding garaj itu.

Zhafran dah menjegilkan biji mata.

Nak bersyarah la tu! Fikir Rania. Dah tau dah perangai abang dia yang sorang ni. Kuat membebel!

Namum belum sempat dia membuka mulut Rania dah bersuara dulu. “Baby ada lesen. Baby janji tak bawak laju-laju. Tak memotong lampu isyarat dan tak berlumba dengan abang Ziem.” Rania mengangkat tangan separas dada. Gaya berjanji. Dia tersenyum jahat dan mengenyitkan sebelah mata kearah Naziem.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now