bab 16

1.2K 44 0
                                    

   “Even thought people said don't judge a book by its cover. Tapi hati manusia lain-lain kan. Dari segi penghayatan juga berbeza. Ada je orang yang tak memilih tapi kalau contents dia tak best rasa nak baca tu pun hilang. Trust me, Cover depan dan sinopsis memainkan peranan yang penting dalam pemilihan sesebuah novel tu.

    Kalau reference books tu boleh la dibelek-belek kandungan dia. Novel tak boleh sebab ada sampul dia. Tapi novel english ade jugak yang tak ade sampul. So boleh buka la. Yang melayu punya je tak boleh. Kang kalau bukak kang tak memasal je kene marah dengan pekerja dia! Faham? Well said, that is from my perception ” sambungnya lagi.

     Tengku Adrian mengangguk-anggukan kepalanya. Penjelasan Rania itu sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang berlegar-legar dimindanya.

Yes ma'am! Okey jom window shopping Sweetheart... I will buy you something goods. Just choose it.” ajak Tengku Adrian. Mereka sudah selesai berbual sambil melepak di dalam Starbuck.

Gosh!... Man you really know how to appreciate girl don't you?
Okey then... I should accept it right?”

    'This girl really know how to make joked don't she? Sebab tu lah kau sentiasa membuatkan aku gementar bila berada bersama kau, Mia... Aku janji dengan diri aku sendiri. I'll never lost you. I mean it and I will keep my promised. Ya Allah, Semoga kau permudahkanlah jalan hidupku dengan gadis ini. Amin!' monolog Tengku Adrian di dalam hati. Ya, dia benar-benar tidak mahu kehilangan Rania.

   “Then what about you girl? you really know how to use my money very well ha?” usik Tengku Adrian. Dia tersenyum sinis sambil memandang Rania. “Eleh! of course la. dia yang offer tadi!”

   Seronok melihat kedua-duanya bergelak ketawa. Seperti sepasang kekasih yang sedang bergurau senda.

   “Mia... Apa kata kita pergi main ice skate dekat tempat lain? Not here” tanya Tengku Adrian.

   Tanpa berfikir panjang Rania pantas menjawab. “Lets go”

                        *****

  Tengku Adrian sedang sibuk membasuh kereta-kereta kesayangannya. Entah apa mimpinya semalam. Awal pula dia bangun hari ini. Selepas solat subuh tadi dia tidak tidak boleh melelapkan matanya. Sudah puas dia bergolek kesana dan kesini di atas katil. Namun masih tidak dapat melelapkan matanya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mandi dan membantu mummynya memasak sarapan.

    Alangkah indahnya dunia apabila melihat sekujur tubuh seorang gadis muda yang sedang sibuk mengacau sesuatu didalam kuali. Mummynya pula sedang memotong sayur.

     Cantik pula Rania Miyasarra apabila mengenakan sehelai baju T-Shirt lengan panjang dan seluar panjang berjenama Adidas itu. Tanpa berlengah dia terus memberi salam.

    “Assalamualaikum”

   “Waalaikumussalam” sahut kedua-duanya serentak. Rania yang sedang mengacau sambal udang didalam kuali pantas menoleh kebelakang.

   Jantungnya tidak semena-mena berdegup kencang. Kadang-kadang dia tidak faham kenapa jantungnya harus berdegup laju apabila Tengku Adrian ada bersamanya. Dia bagaikam terkena sumpahan.

   Sumpahan apa yang kau kenakan dekat aku ni Ryan!

Tengku Adrian memandang Rania. Satu senyuman manis diberikan. Jantungnya juga sudah berdetak kencang.

  “Umm... Sedapnya bau. Mummy masak apa ni?” tanya Tengku Adrian. “Masak nasi lemak sambal udang. Ryan.”

   “Wahh!! My favourite.” dia berkata. Tengku Adrian mendekati Rania. Bersinar matanya melihat udang-udang besar yang bersalut sambal merah itu. Memang menjadi kegemarannya.

    Rania sedikit tersentak. Bau shower foam dan shampu yang digunakan Tengku Adrian menusuk rongga pernafasannya.
Rambut lelaki itu juga masih basah. Dia cepat-cepat menegur lelaki itu.

   “Oii...pak cik tepi sikit le. Orang nak masak ni” seloroh Rania. Dia menunjukkan senduknya kepada Tengku Adrian.

     Tengku Adrian merampas senduk itu. Perlahan. “Bak sini
Biar Chef Adrian yang masak”

   “Eleh, tinggal kacau je sambal tu boleh la” sindir Rania. Dia tergelak kemudiannya.

    Tengku Adrian memberikan senyuman hot smirknya kepada Rania. “Look what I can do, baby!” bisik Tengku Adrian perlahan. Ditelinga gadis itu.

“Let's see what you can do, my dear!” cabar Rania. Dia membuat wajah comelnya dihadapan Tengku Adrian. Siap menjelirkan lidahnya lagi.

   Puan Sri Bella masuk semula ke dalam dapur.

     Dia menggelengkan kepala melihat telatah Rania dan Tengku Adrian. Seperti budak-budak sedangkan masing-masing sudah besar.

   “Ya Allah, budak-budak ni. Kalau tak bergaduh tak boleh ke ha?” tanyanya lembut. Tergelak mereka berdua. “Dia ni aunty. Kacau Nia je.” Rania berpura-pura mengadu.

“Ryan... Cuba jangan kacau Nia..” Rania sudah tersenyum senget melihat Puan Sri Bella memarahi Tengku Adrian.

“Oh! come on Mummy.” rajuknya. Sempat dia mengenyitkan sebelah matanya.

“Dah-dah. Cepat tolong mummy hidang makanan ni. Nanti sejuk. Lepas tu Ryan panggilan Daddy dengan Rizh turun ye.” Arah Mummynya. Cepat-cepat dia mengikuti arahan mummynya. Well perut pun dah berkeroncong minta di isi ni!

  “Oii!!!... Berangan!!...” Sergah Rania. Kuat.

   Terkejut Tengku Adrian. Terlepas water jet yang dipegangnya.

“Terkejut doh aku! kau ni bagi la salam dulu ke apa. Buatnya gugur jantung aku ni tadi. Jadi anak dara tua kau nanti”
Tengku Adrian melontarkan pandangannya kearah Rania yang sedang memegang perutnya sambil ketawa.

   Rania tidak mendengar bicara Tengku Adrian kerana sedang sibuk ketawa.

“Uiishhh minah petir ni! kau sedap-sedap gelakkan aku eh. Memang nak kena ni!”

   Tengku Adrian terus sahaja mencapai water jet yang terjatuh tadi. Dia membuka air dan terus menyimbah Rania yang masih menghabiskan sisa ketawanya.

   Terkejut Rania apabila ada air menyapa dirinya.

“Aarhhhh.... Ryan stop it!!!..”
jerit Rania. Dia berlari disekeliling kereta Tengku Adrian untuk mengelakkan dirinya dari disimbah air.

   Malangnya Tengku Adrian tetap juga mengejarnya dari belakang.

   Rania terus mencapai satu lagi water jet yang belum digunakan disebelah kereta Tengku Adrian.

   Dia turut menghidupkannya dan menyembur lelaki itu dengan air.

Mereka berkejar-kejaran sambil menyiram air kearah satu sama lain sambil bergelak ketawa.

   Perlakuan kedua-duanya diintai mama dan papa Tengku Adrian.

   “Seronok kan darling tengok budak dua orang tu. Saya harap Nia tu dapat jadi menantu kita. Saya berkenan sangat dengan Nia tu.” Seloroh Puan Seri Bella.

   “Insya Allah sayang. Kalau ada jodoh tak kemana kan! kita doakan yang baik-baik untuk diaorang ye.” kata Tan Sri Adam. Dia memeluk bahu isterinya.

   “Saya bersyukur mereka dah tak gaduh-gaduh lagi”

   “Alhamdulillah” sambut Tan Sri Adam.

    Mesra sungguh hubungan mereka suami isteri.

  Siapa sangka dalam diam-diam ada yang mendoakan kebahagiaan Tengku Adrian dan Rania.

                         ****
Sory kepada semua sebab sis dah lama x update SKK ni.
thanks for reading this novel

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now