Bab-64✓

1.1K 38 7
                                    

Bab 64

aktiviti karaoke dan BBQ sedang rancak berlangsung di halaman rumah Encik Jefri. Bunyi riuh rendah dan gelak ketawa memeriahkan lagi suasana petang itu. Tiga buah kanopi terpasang di tengah-tengah laman yang luas. Melindungi tubuh dari panas mentari.

Lepas habis solat Zohor tadi, kru-kru AZF mula bergerak ke rumah Encik Jefri. Semua orang diajak untuk menghadiri 'parti' kecil berkonsep layan diri yang dianjurkan olehnya. Dia nak meraikan semua kru-kru dan pekerjanya yang bertungkus lumus menjayakan photo-shoot selama dua hari di sini.

Semua kru AZF dan pekerja DRALLs kelihatan gembira. Ada yang tengah menyanyi. Ada yang sedang menikmati makanan dan ada juga yang sedang sibuk mengipas ayam sambil berbual. Macam-macam menu yang Encik Jefri sediakan. Steamboat, Buah-buahan, jus, nasi. Semua ada. Ayam, daging dan makanan laut pula Tinggal bakar dan makan saja. Mereka bergilir-gilir membakar ayam.

Rania mendekati Azhan yang baru mengambil alih tugas membakar ayam dari Zan. Pinggan di tangan dia hulurkan pada Azhan.


"Han.. You dah makan?" Soalnya.

"Dah.. Itu yang I ganti Zan."

Azhan ambil dan letak dua ketul peha ayam, sosej dan daging. Rania tersengih bila tengok bahagian 'feberet' dia dalam pinggan.

"Thanks Han." Mereka berborak seketika. Tak lama Rania minta diri untuk mendapatkan Athira.

Semakin dekat, baru Rania perasan Athira tengah bercakap dengan seseorang dalam talian.

Dia labuhkan punggung di hadapan Athira.

Baru nak meratah ayam. Dan-dan Athira hulurkan smartphonenya kepada Rania. "Nia.. Nah!"

Sibuklah. Orang baru nak makan!

Rania sambut menggunakan tangan kiri bersama kerutan di dahi. Tangan kanannya pula mencapai ayam di dalam pinggan. Dia ngap ayam bakar dengan penuh nikmat. Sedapnya!!

"Siapa?"

"Hello jelah." gesa Athira. Menyedut jus tembikainya. Dia sambung makan kemudiannya.

Rania teragak-agak untuk seketika. Bila Athira semakin memaksa. Dia lekapkan juga smartphone pada telinga. Tak tengok pun nama siapa yang menghubungi.

"Er.. Hellooo.." ujar Rania dengan mulut yang penuh. Tak senonoh betul.

Biarlah! Orang lapar ni!

"Ehem.. Assalamualaikum, Sweetheart."

Kedengaran suara seseorang memberi salam di hujung talian. Suara seorang lelaki lebih tepat. Mata mengerling Athira sesaat sebelum dialih ke skrin smartphone. Jelas nama Ziqri tertera di situ. Tapi suara Tengku Adrian pula yang menyapa halwa telinga.

"Ryan?"

Athira angkat bahu. Berbisik tanpa mengeluarkan suara. "He miss you!"

Rania buat muka. Mengarut je kau ni!
Namun, perlahan-lahan. Terbit senyuman di bibir Rania bila sekali lagi Athira berbisik. "Dia rindu kau.. Serius!"

"Waalaikumsalam.. Ryan?"

"Yaa."

" You rindu I sangat ke sampai tak sempat nak guna phone sendiri?" soal Rania. Terpercaya pula dengan Athira. Senyuman kecil masih menari-nari di bibir.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now