Bab-41✓

977 31 0
                                    

Bab-41

Usai menjamu selera di Denali's. Mereka semua membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

Rania masuk ke dalam perut kereta. Hanya dia dan Danish. Zhafran dan Naziem menaiki kereta sendiri. Danish meninggalkan keretanya di ZNDR G.E. Risau keadaan adiknya yang diserang migrain tadi.  Dia menawarkan diri memandu kereta Maserati Granturismo keluaran tahun 2018 milik Rania. Kereta baru tu yop. Hadiah sebab Rania dapat SPM dulu straigh A dan Dekan tiga kali berturut-turut semasa belajar di U!

Rania dengan senang hati menerima pelawaan Tersebut. Memang dia tak mampu nak memandu. Denyutan di kepala masih bersisa. Walaupun tidak seteruk tadi.

Rania memandang ke luar tingkap. Dia melihat Tengku Adrian bersalaman dengan Zhafran dan Naziem sebelum hilang dalam perut kereta Lamborghini berwarna biru metallic. Cantik! Desis hatinya.

Dia tertarik dengan warna Lamborghini itu. Rasa macam kenal sangat dengan kereta tu. Walhal ini kali pertama dia melihatnya. Dia cuba mengingati kalau-kalau dia ada ternampak kereta itu di mana-mana sejak dia kembali dari luar negara. Tapi tiada apa yang muncul. Memang ni first time aku tengok kereta tu!

“Abang Nish.. Sapa lelaki tu?” tanpa sedar terpacul satu soalan dari bibir Rania. Matanya masih melekat pada kereta Lamborghini yang terparkir tidak jauh dari Maseratinya. Cermin Lamborghini yang bertinted gelap itu menyukarkan Rania untuk melihat apa yang Tengku Adrian sedang lakukan.

Seandainya Rania tahu yang Tengku Adrian juga sedang menatapnya dari dalam kereta. Pasti anak matanya sudah dilarikan sedari tadi. Tapi disebabkan cermin sisi Lamborghini Tengku Adrian bertinted gelap. Dia tidak nampak itu yang sedang berlaku. Kereta Rania tidak bertinted terlalu gelap. Jadi pandangan Tengku Adrian senang saja menembusi tingkap kereta itu. Memandang raut wajah cinta hatinya.

Tak berkelip mata Tengku Adrian yang sedang memandang Rania. Tanpa sedar satu senyuman lebar terhias di bibirnya. Rasa bahagianya itu sampai dia hantukkan kepala di setereng beberapa kali. Takut kalau ianya hanya sekadar mimpi.

Sweetheart... I miss you so much!

Aku tak pernah sangka satu hari nanti aku akan bertemu kau semula. Dan inilah harinya. Bertahun kau pergi. Bawa hati aku sekali. Tapi.. tak sekali pun kau pulangkan!

Kereta Maserati milik Rania sudah membelah jalan. Tapi kereta Tengku Adrian masih lagi statik di situ. Rania mengalihkan pandangan bila keretanya semakin jauh meninggalkan kafe itu.

“Abang Nish. Siapa lelaki tadi tu?” Tanya Rania untuk kali ke dua.

Mungkin Danish tak dengar soalannya tadi. Sebenarnya lagi tadi lagi dia nak bertanya perihal Tengku Adrian tapi terbantut saja niatnya.

Danish cuba merangka jawapan yang sesuai. “Kawan kita.. Our childhood bestfriend.” Tenang Danish menutur kata. Matanya dipusatkan pada jalan raya di hadapan. Dia dengar soalan Rania dari yang pertama lagi. Tapi dia memilih untuk diam. Cuba merangka ayat.

Lampu jingga bertukar merah. Danish menekan brek. Apabila kereta sudah berhenti sepenuhnya . Dia menarik brek tangan  dan menolak tombol gear ke N. Brek kaki dilepaskan.

Dia menoleh pada Rania. Rania seperti tengah berfikir sesuatu. “Are you thinking something?” Danish kerutkan dahi.

Yea.. Just thinking.. Betul ke dia kawan kita masa kecil? but I don't recall anything about him. Like it is my first time seeing his face.”

Muka hansem dia maksud kau? gurau hati kecilnya.

shut up!

Yes he is. Kalau Abang Nish cakap dia orang yang penting dalam hidup baby.. Baby percaya tak?” Danish sengaja menduga. Nak melihat reaksi Rania. Pandangan Rania ditala kearah Danish. Pantas. Ada riak tak percaya terlakar diwajahnya. Orang penting dalam hidup aku?

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now