Bab 37✓

916 29 1
                                    

Bab 37

BUMMM!!!!

Bunyi dentuman kuat terhasil saat tubuh Rania dilanggar. Ternaik dan berguling  diatas bumbung kereta lalu terhempas di jalan tar. Seluruh sendinya terasa kebas. Perlahan-lahan rasa sakit mula menjalar pada tubuhnya. Terlalu sakit!

Tengku Adrian yang sudah berada di belakang Rania tak sempat menyelamatkan gadis itu. Tubuhnya turut dilanggar apabila kereta itu hilang kawalan selepas melanggar Rania.

Dia terjatuh. Kereta jenis Toyota itu  berhenti mengejut sebelum membuat pusingan U. Lantas meninggalkan tempat itu.

Tengku Adrian bangun. Darah yang menitis di dahi dikesat kasar. Dia abaikan rasa sakit di tubuhnya.  Sekarang ini keadaan Rania lebih penting.

Sekuat tenaga dia merangkak ke arah Rania. Kalau tadi hanya hatinya yang disentap pergi. Tapi kini dia rasa separuh nyawanya turut disentap melayang.

Mia!!

Hampir gugur jantungnya saat melihat tubuh gadis kesayangannya terbaring kaku. Berlumuran darah. Dia menerpa ke arah Rania. Darah pekat likat mengalir dari kepala gadis itu.

Tengku Adrian memangku kepala Rania. Perlahan. Setiap batukan kecil yang terhasil ada darah yang keluar dari mulut gadis itu. “Mi.. Miaaa...”

“Tolong.. Tolong!!” Jerit Tengku Adrian. Meminta pertolongan.

“Dik.. Saya dah callkan ambulans. Kejap lagi sampai sabar ye!” Seorang lelaki berbaju biru yang berada disitu menepuk bahu Tengku Adrian. Menenangkannya.

“Terima kasih bang!” Tengku Adrian bersyukur. Ada orang yang pantas bertindak menghubungi ambulans.

Ramai orang mula berkerumun. Ingin melihat gerangan yang menjadi mangsa. Ada juga yang sudah mengeluarkan telefon pintar. Mungkin hendak merakam ataupun mengambil gambar.

“Tolong! Tolong jangan rakam!” Bengis wajah Tengku Adrian. Saat dia mendongak, dia lihat orang sibuk memegang telefon pintar di tangan mereka.

“Minta tolong sangat.. Berhenti rakam or ambil gambar. Yang tak ada kena mengena boleh beredar dari sini.”  Sekali lagi lelaki yang membantu menghubungi Ambulans tadi cuba meredakan keadaan.

Meminta orang yang berkerumun meninggalkan tempat itu daripada menyibukkan diri sambil mengambil gambar dan merakam video. Atas kepentingan apa video rakaman tersebut? untuk diupload ke media sosial dan mendapatkan like?

Inilah penyakit yang dialami oleh masyarakat sekarang. Apabila berlakunya kemalangan pasti akan menjadi lebih teruk kerana sikap ingin tahu dan menyibuk yang ada dalam diri. Sehingga menyusahkan pihak tertentu untuk menjalankan tugas.

Lihat saja jika ada kemalangan yang berlaku di jalan raya. Pasti akan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk. Tak kisahlah di sebelah kiri ataupun kanan jalan. Kenapa? Sebab mereka mula memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan tersebut. Contohnya bila berlaku kemalangan di sebelah kanan jalan raya. Sepatutnya kesesakan hanya berlaku di sebelah kanan saja. Tapi kenapa sebelah kiri turut sesak? Sebabnya itulah. Mereka sama nak melihat kemalangan tersebut.

“Sila beri kerjasama ye semua. Terima kasih.” Ucap lelaki berbaju biru itu. Perlahan-lahan. Ada yang sudah mengangkat kaki.

Tengku Adrian menepuk perlahan pipi gadis itu. Dia masih cuba menyedarkan Rania. Tangannya terketar-ketar. “Mi-Mia!...Mia..” Dia tahu perbuatannya menyentuh Rania salah. Tapi dia hanya cuba menyedarkan gadis itu. Bukannya hendak mengambil kesempatan.

Tolonglah sedar, Sweetheart Tolonglah! Jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau!

Sehabis daya gadis itu cuba membuka mata. Samar-samar wajah Tengku Adrian menjadi santapan matanya. Rasa sakit tak terperi. Tubuhnya tak mampu digerakkan.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now