BAB-23

1K 30 3
                                    

BAB-23
(Imbas kembali)

    Just who's the heck that give you those fuckin' permission to use my damn car??? Aku baru keluarkan minggu lepas tau. It just freaking last week!” Marah Naziem tidak tertahan lagi. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya.

    Rania sudah tunduk menekur lantai. Air matanya jangan cakaplah. Sudah sipi-sipi nak gugur dari kelopak mata. Suara Naziem sudah naik beroktaf-oktaf tingginya.

“Sorry la Ziem. Dah kereta kau je yang manual. Aku just nak ajar je. Tak payah la marah. Nanti aku ganti la balik. Terseret sikit je tu. And kau tak payahlah marah sampai macam tu sekali. You just scared my little baby. You know?” Zhafran berbicara tenang, dia cuba menenangkan Naziem. Dia tahulah dia yang bersalah. Dia yang beria nak ajar Rania memandu. So Naziem tak sepatutnya marah Rania sekali. Walaupun adiknya itu yang menggesel bumper depan kereta Naziem pada roundaboard. Salah dia sebab tak ajar Rania betul-betul.

“Kereta aku je yang manual apenye!! Banyak lagi kereta lain kan. Kenapa kau tak guna yang lain je!” Bentak Naziem bengang.  Marah betul dia dengan Zhafran ni. Dahlah curi guna kereta orang. Lepas tu bagi alasan tak masuk akal dia pulak!

Zhafran hilang diksi sebentar. aiseh sengal kau Zhaf! boleh pulak kau bagi alasan bodoh macam tu!? Zhafran sedar diri. Nak je dia lepuk kepala sendiri.

“You know what happen to her before right? And I just freaking don't want her to injured or hurt again, brother. You understand me right? And it scared me half death. what if she got hurt?” sambungnya. Dia meluahkan rasa yang terbuku di hati. Dahlah Rania je adik perempuan yang dia ada. Adik yang paling dia sayang pulak tu. Dia tak nak apa-apa jadi dekat Rania.

Zhafran terhenyak seketika. Kenangan lalu kembali menjajahi ingatannya. Dia menarik nafas dalam-dalam.

   “Yes I know! And it won't happen again. Walau macam mana pun dia kena belajar jugak satu hari nanti. And aku just menyenangkan benda tu.” Zhafran membalas. Kali ini lebih lembut lagi suaranya. Dia sedar kesalahan dirinya.

Rania sudah tidak senang duduk. Dia tidak betah melihat pergaduhan abang-abangnya yang semakin menjadi-jadi.

“Abang Zhaf... Abang Ziem.. Dah lah janganlah gaduh lagi. Baby minta maaf. Baby tak sengaja.” Seloroh Rania. Bergetar suaranya menutur kata. Suaranya juga seperti orang hendak menangis. Sudah lama dia tidak melihat abang-abangnya bergaduh seperti itu. Dan dia rasa... Takut?

“Shut up baby!” Tersentak Rania bila Naziem meninggikan suaranya. Air mata yang ditahan sedari tadi terus menitis membasahi pipi mulusnya. Tak pernah sekali pun Abang-abangnya menjerkah dia seperti itu.  Dia terus berlari menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Air matanya tetap berjuraian walaupun sudah diseka beberapa kali.

Zhafran dan Naziem yang melihat Rania berlari mendaki tangga rasa macam nak berhenti jantung.

“Look what you have done!!! ” jerkah Zhafran.  Niatnya hendak berlembut dengan Naziem terbang melayang entah kemana saat Naziem meninggikan suaranya pada Rania. Jelas suaranya sudah naik satu oktaf. Dia mengejar langkah Rania.

Naziem tidak membalas pun herdikan Zhafran. Dia masih lagi memandang kosong tangga itu. Melihat kelibat abangnya hilang dari pandangan. “I'm sorry... Baby!” bisiknya perlahan.

    Ikutkan hati nak je lari menaiki tangga. Ingin turut mengejar Rania. Namun, kakinya seakan-akan sudah terpasak pada lantai. Lantas, dibatalkan saja hasrat itu. Dia tak nak Rania makin rasa bersalah. Akhirnya dia menghempaskan dirinya diatas sofa. Rasa menyesal kerana menjerkah Adiknya sebegitu.

    Tidak pernah sekali pun dia meninggikan suaranya pada Rania. Dia sedar dia telah membuat babynya itu memangis. Maafkan Abang Zhaf Baby... I'm really sorry.

   Tapi hari ini dia betul-betul marah. Sudahlah kepalanya serabut dengan assignment yang  hendak dibuat. Ditambah lagi bila dia balik kereta sport kesayangan dia dah cemeng sebelah dah bumper depannya. Dahlah depan mata dia pulak tu. Sakit hati aku!

   Sampai saja didalam bilik, Rania terus menghamburkan tangisannya. Dia meniarap diatas katil. Tersedu-sedan dia menangis.

    Zhafran yang baru sampai dihadapan bilik adiknya sudah dapat mendengar tangisan yang dihamburkan Rania.

Tok!
Tok!
Tok!

Zhafran mengetuk pintu bilik Rania.

“Baby... Sayang... Abang Zhaf Masuk eh.” Dia terus memulas tombol pintu dan meloloskan dirinya ke dalam bilik Rania.

Zhafran menghampiri katil Rania. Suara tangisannya meruntun hati Zhafran. “ Baby...” Panggilnya perlahan. Dia duduk dibirai katil.

“Baby... Sayanggg... Abang Zhaf minta maaf eh. Sebab abang, Baby kena marah dengan Ziem. Dahlah sayang.. Jangan nangis. Ziem tu tak sengaja nak marah Baby lah. He just stress out. He didn't mean it okey. ” Pujuk Zhafran perlahan. Dia mengusap- usap kepala Rania.

Rania masih lagi menangis. Dia rasa sedih. Dia rasa bersalah. Dia rasa dirinya adalah punca utama semua ini terjadi. Segala rasa bercampur-baur membuatkan dia tidak betah untuk menahannya. sudahnya dia hamburkan semua dalam tangisannya. semoga hati ini akan jadi lebih tenang!

Sudahlah dia merosakkan kereta Naziem. Lepas tu sebab dia juga kedua abangnya itu bergaduh. Makin kuatlah tangisannya bila dia memikirkan semua itu.

Zhafran sudah kebuntuan. Dia sudah duduk berselunjur disebelah tubuh Rania. Makin dipujuk makin menjadi-jadi pula tangisan adik bongsunya ini. Dia memicit-micit pelipisnya perlahan. Apa aku nak buat ni!

Akhirnya dia mencempung batang tubuh Rania yang sedang meniarap itu dan menariknya kedalam dakapannya. Dia gunakan cara yang selalu digunakan untuk memujuk adiknya jika gadis itu merajuk. Cuma itu saja cara terakhir yang ada.

Rania tersentak sedikit sebelum
merangkul leher Zhafran. Dia sudah duduk mengiring diatas pangkuan abangnya. Dia belum berhenti menangis. Kepalanya disorokkan di dada bidang abangnya. Tersedu sedan dia menahan tangisan.

Zhafran memeluk pinggang Rania. Dia menggoyang-goyangkan tubuhnya perlahan. Mendodoikan adiknya.

“Shuuu... Sorry baby.. I'm really sorry. Please stop crying. It hurt me. Naziem didn't angry with you. Okey sayang abang. He just shock. Its all. ” Pujuk Zhafran lagi.

  Rania mengangguk perlahan dan mengeratkan pelukannya dileher Zhafran sebelum matanya terpejam rapat. Akhirnya dia terlelap diatas pangkuan abangnya.

Keesokkan paginya, Rania tersedar dan dia sudah enak beradu diatas katil empuknya. Dia rasa semalam dia tertidur atas pangkuan Zhafran.

                               ***

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now