Bab-73✓

978 42 12
                                    

Bab 73

  
          Ryan.. Bosan...”

Tengku Adrian menoleh kearah Rania. Terhenti aktiviti memberi makan ikan Koi di dalam kolam.

“Pergilah teman mummy dekat dalam.”

Rania menggeleng seraya memuncungkan bibir kearah Tengku Adrian.

“Tak nak.. Mummy tengah dating dengan Daddy.”

  Lelaki itu sembunyi senyum.

Rasa nice sangat dengar Rania bahasakan Puan Sri Bella dan Tan Sri Tengku Adam dengan panggilan Mummy dan Daddy.

“Bosan! Bosan! Bosaaannnn...” Rengek Rania.

Kaki gatal nak mengocak air dalam kolam ikan. Ini kalau Puan Sri nampak ni, Tengku Adrian tak tahu apa yang akan jadi. Tapi memandangkan kolam ni dia yang reka dan ikan dekat dalam pun,  dia yang beli.  So kira separuh kolam ni hak milik dialah. Jadi dia berhak biarkan Rania hanyirkan kaki sendiri.

“Jom masuk dalam..” ajaknya. Rania segera bangun. Mungkin Tengku Adrian ada idea untuk menghilangkan kebosanannya.

Sesejak ni dia selalu sangat habiskan masa dengan Tengku Adrian. Kemana saja mesti dengan lelaki itu. Itu yang dia boleh sampai kerumah lelaki itu. Kadang tu dia saja datang nak minta Puan Sri Bella buatkan biskut kegemarannya.

Tengku Adrian berhenti dan pusing belakang. Pinggang dicekak sambil pandang Rania.

“Pergi basuh kaki dulu, Sweetheart. Hanyir!” Marahnya bila Rania menonong nak ikut dia masuk dalam. Kang kena perambat dengan Mummy  baru tahu!

Gadis itu tersengih manja.

“Oppss! Sorry.. Lupa!”

Naik ke tingkat dua, perpustakaan gergasi di dalam rumah ini dituju.

Nak buat apa dalam ni? Membaca?

Dia memerhati setiap gerak geri lelaki itu. Duduk.. bukak fail..

Mata membulat besar bila tengok gelagat Tengku Adrian.

What?! Sambung buat kerja?!

“Ala.. Apa ni?” rungutnya nak puas hati. Dia henyak punggung atas kerusi depan meja kerja Tengku Adrian.

“Hilangkan bosanlah!”

“Hilangkan bosan apanya. Duduk tengok kau buat kerja apa dapat?”

“Ada aku suruh kau duduk tengok aku buat kerja ke? Kau pergilah cari buku-buku yang boleh dibaca. You like books, right?

“Hari ni tak suka!” riak muka memang tak puas hati.

“Aku lagi suka kau.. ” tuturnya perlahan. Ingatkan Tengku Adrian dengar. Lepas tu pandang dia. Tapi..

Pandang Tengku Adrian, rupanya lelaki itu dah hanyut dalam dunia sendiri. Rania buat muka merajuk. Cepatnya.. Rungutnya dalam hati.

Tak boleh jadi ni. Kang sia-sia aku datang sini!

Fail di tangan Tengku Adrian segera dirampas. Kemudian dipeluk erat.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now