Bab-45✓

966 35 1
                                    

Bab-45

Usai makan malam. Mereka semua berpecah. Ada yang di ruang tamu, ada juga masih di dapur.

Tan Sri Adam berbual-bual dengan Dato Sri Amin. Mungkin berbincang pasal perniagaan mereka. Biasalah tu orang bisness kan..

Manakala Puan Sri Bella 'membawang' di dapur bersama Datin Sri Anida. Mungkin Berbincang pasal nak kenenkan anak-anak mereka. Amboi! Tak pun bergosip tentang perkara lain.

Rania bercadang nak masuk ke dalam bilik yang dihuninya sewaktu dia tinggal di rumah ini. Dia masih ingat jalan ke bilik itu. Lagipun dia dah minta izin dengan Puan Sri Bella.

Auntie.. Baby nak naik atas kejap boleh tak? Rindu pula dengan bilik tu.”

“Pergilah sayang. Nak lama-lama pun boleh.”

Dengan senang hati Rania memanjat tangga rumah agam itu. Mendaki sehingga ke tingkat tiga. Malas nak naik lif! Dah makan banyak kan tadi. So sekarang.. Kita eksesais la pulak!

Pintu dikuak perlahan. Salam diberi. Dia menekan suis lampu yang berada di sebelah kirinya. Matanya dilarikan ke segenap ruangan bilik tidur itu. Masih sama. Tak ada sedikit pun yang berubah!

Bilik yang bertemakan warna pink itu memang direka khas untuk Rania. Punyalah sayang Puan Sri Bella dengan Rania sampai dia renovate balik bilik tu mengikut warna kegemaran Rania. Padahan gadis itu hanya tinggal sebulan dua saja.

Ini kalau dapat buat mak mentua ni. Sumpah tak curang dengan orang lain. Ingat senang ke nak dapat mak mentua macam ni. Lainlah kalau kau tengok drama pukul 7, pukul 9 dengan pukul 10.. Hahahah.. Kesian weyh!

Rania mendekati balkoni. Sliding door ditolak perlahan. Dia berdiri berpeluk tubuh. Angin malam yang menyentuh tubuhnya terasa sejuk. Tak lama. Dia terus melayan perasaan. Mata dipejam. Seingatnya dia paling suka duduk di sini untuk mengambil angin. Sambil melepak dekat balkoni ini dengan seseorang. Bergurau senda, Bergaduh dan menikmati angin malam. Ingatan itu terlayar di fikirannya saat dia menjejakkan kaki di balkoni luar bilik yang pernah menjadi kamar beradunya.

Pada waktu yang sama di tempat lain pula. Tengku Adrian, Naziem, Danish dan Zhafran berada di gaming room. Mereka berborak sambil bermain pelbagai permainan yang ada. Dah macam dekat syurga game. Dari lumba kereta sehinggalah yang virtual reality. Semua ada!

Tengku Adrian mencari kelibat Rania. Mana tahu mungkin gadis itu akan menyertai mereka. Tapi hampa. Bayang-bayang pun tadak!

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Alamak! E-mail aku!

“Korang mainlah dulu. Aku nak amek handphone jap. I'm expecting an important mails.” ujarnya. Dia tergesa-gesa keluar dari gaming room.

Aduh! macam mana aku boleh lupa pasal E-mail tu?

Tulah kau khusyuk sangat pandang muka sweetheart kau!

Tengku Adrian tersengih. Memang tak dinafikan. Waktu makan malam tadi, anak matanya ini gatal sangat. Asyik nak mencuri pandang wajah Rania. Adalah beberapa kali jugak anak mata mereka bertembung. Bila bertembung je Rania cepat-cepat larikan anak matanya. Malu mungkin. Tambahan pula, Rania duduk betul-betul di hadapan dia. Macam mana dia tak asyik nak curi pandang, pemandangan indah yang tersaji depan mata kan.

Sudahlah hari ini dia rasakan Rania sangat cantik. Sampai bergetar tulang dan segala sendi tubuh dia. Dia punya cantik tu tak boleh bawak bincang!

Tengku Adrian bergegas masuk ke dalam biliknya. Smartphone dicapai dan dia menekan butang On. Tadi sebelum pulang dia ada suruh Naim E-mailkan satu folder yang dia belum siap semak. Usai membaca isi folder dalam bentuk PDF itu. Tengku Adrian matikan semula smartphonenya. Diletak kembali di tempat asal.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now