Bab-74✓

1.4K 52 29
                                    

Bab 74
  

     What the.. Seriously!

      “Macam mana kau.. Boleh ada dekat sini? Bukan kau dah balik ke tadi?” soal Rania bingung.

Dia yakin sangat lepas keluar dari kereta, dia nampak Tengku Adrian undur kereta dan berlalu pergi. Dah tu, sejak bilanya dia ada dekat sini balik?

Rania pandang Tengku Adrian atas bawah. Segak mengenakan pakaian untuk photoshoot. Denga kemeja berwarna putih dan seluar slack warna hitam.  Rambutnya digayakan ala messy hair. Dan yang paling mengoncang jiwa Rania tu bila rambut dia berterbangan bila ditiup angin. Fuh! Bergetar jantung.

Ryan.. Why you're so handsome ni! suara hati menyoal gedik. Cik jantung pula terlebih aktif mengepam darah.

“Aku pergi cari air tadi. Haus..” Jawab lelaki itu ringkas. Padahal dia cari parkir kereta.

“Dah tu kenapa datang balik?”

“Sebab kau datang dengan aku. Jadi kau kenalah balik dengan aku.” Jawabnya selamba. Dia meneguk jus epal dalam botol yang tersedia di meja refreshment.

Betul jugak. Bisik hati Rania.

Mengerling Azhan, dia pandang photographer profesional itu atas bawah. Apa jampi yang Han guna sampai Ryan boleh setuju?

“You guna jampi apa, Han? Sampai dia boleh setuju nak jadi model you ni?” soal Rania skeptikal. Dia bukan apa. Tapi, this is Tengku Adrian kot yang sedang diperkatakan.

Dua minggu lepas, waktu dia shooting iklan untuk satu  jenama fesyen. Ada orang bertanyakan Tengku Adrian kalau-kalau lelaki itu nak jadi duta jenama mereka. Sebab mungiin mereka nampak Rania dan Tengku Adrian. Itu yang mereka tanya pada Rania. Jadi Rania yang baik hati ni tolonglah tanyakan. Tapi haram lelaki itu nak setuju. Ada dua tiga kali jugalah situasi yang sama berlaku. Dan jawapan Tengku Adrian tetap sama. Tak nak! Full stop! Noktah! Titik!

Why?

Rania sendiri tak ada jawapan untuk itu. Jadi kesimpulan dia. Tengku Adrian tak terima offer walaupun dibayar harga yang sangat mahal selain bersama model-model antarabangsa yang terkenal. Sebab tulah dia pelik. Apa Azhan dah tawarkan sampai Tengku Adrian setuju.

“I cuma.. tanya?” Azhan tersengih sambil garu belakang kepala. Serba salah.

Really? Itu je? Takkanlah itu je.” Rania tak percaya.

Well.. I did said your name actually..  Tapi dia kawan you kan? Why not..” Azhan tergelak kecil. Dia toleh tempat lain sambil garu kening pula.

Hurm.. Patutlah. Jual nama Rania Miyasarra rupanya. Memanglah Tengku Adrian setuju.

“You ni kan..” Rania tak sambung ayat. Sebab dia sendiri tak tahu dah nak cakap apa. Alih-alih dia cuma tenung  Tengku Adrian yang sibuk menjamu selera dengan refreshment yang tersedia. Tak endah langsung tentang dirinya yang tengah jadi topik perbualan antara Rania dan Azhan.

So handsome tak partner you ni?”

Handsome la.. Eh!” Rania tersedar. Muka dia bertambah merah. Dan kerana kelancangan mulut dia yang tak ada insuran itu. Rania terus-terusan dikenakan oleh Azhan dan Lina.

“Uwaaa.. Dalam diam eh.”

“Tah tu. Dapat partner handsome terus cair.”

“Kan.. Entah-entah dia dah tak sabar nak shooting sama ni.”

“Dah jangan nak kenakan I lagi. Sengaja tau korang ni!” marah Rania. Tapi Azhan dan Lina masih sama Muka terasa bahang. Dah di kipas guna tapak tangan pun masih merah lagi.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now