BAB-3✓

2.4K 68 4
                                    

Bab-3

  “Beb! Tak baik doh kau buat macam tu tadi. Buatnya dia denda kau lagi nanti macam mana?”

“Ah! Padan muka dia. Tulah cari pasal lagi. Sapa suruh. Berani dia nak denda aku. Hell no lah!”

Rania mempertahankan tindakannya tadi. Terletus gelakan besar dari ulas bibirnya saat mengenangkan kejadian dia menyandung kaki Tengku Adrian sehingga hampir jatuh.

Ini Rania Miyasarralah! Setakat si gila poyo tu I tak heran langsung. Nak denda? Hah! Ingat aku kesah ke? Bring it on!

Athira menggelengkan kepala melihat gelagat sahabat baiknya itu. Macam-macamlah kau ni, Nia!

“Haih! Nasib baiklah aku sayang dekat kau. Kalau takkkk.... ” Athira menggantung ayatnya. Dia jengkel dengan Rania. Dia menunjukkan pemumbuknya yang digenggam erat.

“Dah lama aku seligi kepala kau tu tau tak? Biar keluar  segala agenda jahat dalam tu! Dah! jomlah masuk kelas. Dah nak habis rehat dah ni.” sambungnya.

Dia menarik tangan Rania. Rania tersenyum simpul. Selalunya kalau dia buat kerja jahat macam tadi. Athira terpaksa menjadi partner in crimenya.

                            ***

Tengku Adrian menghempas punggungnya diatas kerusi. Kasar. Kejadian tadi terlayar di mindanya berkali-kali. Hilang macho kalau dia jatuh tersungkur tadi.

Kalau aku dapat kau, Mia. Aku lenyek kau guna tayar lori. Biar leper. Lepas tu simpan dalam hati terus. Eh!

Ziqri pandang Tengku Adrian semacam bila sahabatnya itu menggeleng-gelengkan kepala bagai nak rak.

“Kau pahal. Tak kan baru tersandung sikit dah gila!” Sindir Ziqri.

Kembang kempis hidungnya menahan ketawa. Tengku Adrian menjeling sekilas. Dalam kepala dia ada satu rancangan yang paling jahat. Kalau berjaya, rancangan ni memang melibatkan sekuruh sekolah. Hah! 

Kau tunggulah nasib kau, Mia. Lepas ni kau tak akan dapat lari lagi dari aku!

“Kesian aku tengok kau ni, Ryan. Asyik kena je dengan si Nia tu.” Ziqri dah nak mulakan jurus membebel Shikamaru dia. “Tulah.. Kau pun sama jugak dua kali lima dengan dia. Kalau suka kan baik kalau cakap je.” Sambung Ziqri.

Dia senyum simpul bila ayat terakhirnya berjaya menarik perhatian Tengku Adrian.

“Jangan bebellah Ziq. Suka? Memang taklah!” Getus Tengku Adrian. “Nak je aku sumbat dia dalam loji.” Tengku Adrian cuba menukar topik. Wajahnya terasa berbahang. Eh aircond tak bukak ke? Apasal panas sangat ni!

“Relakslah, Ryan. Kau ni pun... Comel apa aku tengok Nia buat macam tu. Perh senyuman dia tu yang tak menahan. Aku pun hampir jatuh hati.” ujar Ziqri.

Dia menepuk bahu Tengku Adrian beberapa kali sambil tersenyum membayangkan wajah Rania. Dia tertarik dengan perangai gadis itu.  Tapi dia lagi tertarik dengan Athira. Ecewah!

  Memang tak dinafikan Rania adalah peajar yang paling cantik dekat Gabriella Edward High School ni. Cuma perangai dia brutal dan kasar sikit. Yang lain semua okey. Kalau tak masakan senior-senior yang dulu adore gila dengan Rania. Boleh dikatakan setiap hari gadis itu dapat bermacam jenis hadiah. Coklat? Teddy Bear? Bunga? Surat cinta? Semua Rania dapat. Mana dia tahu? Athiralah yang bagitahu. Heh!

Tu tak kira budak-budak lelaki kelas dia ni. Rasanya semua cemburu dengan Tengku Adrian sebab lelaki itu yang paling dekat dengan Rania. Walaupun sebagai musuh. Malahan ada juga yang confess perasaan dekat Rania. Tapi semua gadis itu tolak.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now