Bab 18

1.1K 37 2
                                    

  Budapest, Hungary

Datin Sri Anida dan suaminya sedang berehat di hadapan televisyen. Waktu petang-petang begini mereka memang selalu menghabiskan masa menonton tv sahaja.

Zhafran dan Naziem pula kemana lagi kalau tidak berjoging. Mana tau tengah-tengah berjoging sangkut dekat minah saleh seorang.

Tiba-tiba Datin Sri Anida bersuara. “Abang... Apalah baby tengah buat sekarang kan... Sayang rindulah dekat dia.”

Sudah hampir sebulan mereka empat beranak berada di Budapest, Hungary. Ini bermakna sudah sebulan jugalah Rania tinggal bersama-sama dengan keluarga Puan Sri Bella. Entah kenapa hari ini  dia tidak dapat menahan rasa rindu terhadap anak gadisnya itu.

Walhal dia selalu sahaja menghubungi Rania. Tidak cukup dengan itu, dia juga sering bervideo call dengan Puan Sri Bella. Bertanyakan tentang anaknya, Rania dan juga butiknya. Mana tahu ada apa-apa masalah. Dah menyusahkan Bella nanti.

“Emm... Mesti baby tengah tidur sekarang. Dah pukul berapa dah ni dekat sana. Dekat pukul 12 malam rasanya.” Datuk Sri Amin memandang jam dinding. Dia juga merindui Rania. Sudahlah anaknya itu manja. Tengah buat apalah agaknya anak aku ni.

“Hurmm.. Ye lah. Dah dekat sebulan kita dekat sini bang. Saya rindu dekat anak kita tu. Dah la Danish pun dah lama tak balik” ujar Datin Sri Anida sayu. Dato Sri Amin terus mengusap bahu isterinya. “Minggu depan kita balik Malaysia ye. Urusan abang dekat sini pun dah nak selesai. Nasib baik Zhaf dengan Ziem banyak tolong. Alhamdulillah...”

Datin Sri Anida memandang suaminya dengan wajah terkejut. “Seriusly? betul ni? Tak sabarnya....” dia teruja mendengar apa yang dikhabarkan oleh suaminya.

                       ****

“Aunty Nia dengan Ryan pergi dulu ye...Assalamualaikum... Babye!!” Jerit Rania dari pintu. Dia dengan Tengku Adrian sudah super lambat sekarang ni.

Usai sahaja menjamah sedikit sarapan yang dibuat oleh Puan Sri Bella. Mereka terus bergilir-gilir menyalami Puan Sri Bella. Masing-masing bergegas memakai kasut.

Tengku Adrian pantas membuka pintu dan menghidupkan enjin kereta. Macam mana dia boleh lupa yang hari ini ada aktiviti menyambung melukis mural di Gabriella Edward High School.

“ Haa.. Hati-hati bawak kereta Ryan. Jangan bawak macam dekat litar. Faham!” Jerit Puan Sri Bella pula. Dia baru tiba di muka pintu. Laju betul budak dua orang ni berlari. Nasib baik pakai baju sukan. Haih!

“Faham!...” jawab Tengku Adrian kalut. Dia dan Rania sudah masuk ke dalam kereta.

Ha baru tahu kalut. Tidur lambat lagi. Padan muka. Kutuk Tengku Adrian dalam hati.

Kereta Tengku Adrian terus keluar dari garaj. Kemudian keretanya terus meluncur laju untuk sampai ke sekolah.

Didalam kereta, masing-masing hanya mendiamkan diri saja. Rania sengaja menunjukkan protes pura-puranya Terhadap Tengku Adrian kerana malam tadi lelaki itu mengutuknya tidak cantik. Eleh pura-pura ja. Murhehehehe!

Sesekali Tengku Adrian menjeling sekilas Rania disebelahnya. merajuk pun comel!

Sampai sahaja di perkarangan sekolah, Tengku Adrian memarkirkan keretanya dihadapan dewan. Dia mematikan enjin keretanya dan melangkah keluar dari kereta.

Mereka berdua melangkah masuk kedalam dewan bersama-sama.

Dilihatnya semua pelajar yang terlibat sedang berkumpul bersama-sama kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan mempunyai seorang guru untuk mengawasi kumpulan tersebut.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now