Bab-69✓

1.6K 55 6
                                    

Bab 69

      Tepat jam dua belas empat puluh, mesyuarat dengan pengarah dan beberapa orang kakitangan Velly Eco Berhad ditamatkan.

  Tengku Adrian melepaskan nafas lega. Proposal dan beberapa cadangan yang Encik Arham kemukakan menarik perhatiannya untuk menyerahkan tander pembinaan sebuah Resort di Selangor kepada mereka. Dia pernah keberjasama dengan Eco Velly Berhad sebelum ini. Jadi dia tahu keupayaan mereka macam mana. Lagipun syarikat ini adalah syarikat terakhir yang membentangkan proposal mereka setelah lima lagi syarikat lain selesai membentangkan proposal masing-masing sejak empat hari yang lalu.

Selepas ini, dia akan menyemak semula sebelum memilih satu syarikat yang benar-benar layak. Tapi sebelum tu, Tengku Adrian curi tulang dulu setengah hari. Dasar ini orang!

“Im, Petang ni aku tak masuk. Aku cuti separuh hari. Ada apa-apa kau call aku tau nanti.” Ujar Tengku Adrian sambil menyarung jaket kulit ke tubuhnya.

“Baik, Bos. Tapi bos nak pergi mana?”

Dating!” sepatah.

Langkah kaki terus diatur ke muka pintu.

“Fuyoo.. Cayalah, bos. Kirim salam dekat awek bos yang cantik tu tau. Cakap abang Naim kirim salam.” Naim terlebih teruja pula mendengarnya.

“Abang kau.. Dah pergi rehat sana. Dah pukul satu. Bilik aku nanti kunci dulu sebelum kau turun.” selepas meninggalkan pesan. Tengku Adrian berlari anak menuju ke lif.

Tengku Adrian terus ke Pizzata Val. Beli Pepperoni pizza with extra cheese yang Rania teringin sangat tu. Kemudian dia membeli beberapa makanan sihat untuk Rania. Kang kalau dia beli fast food semua. Bukan makin sihat cinta hatinya itu. Malah bertambah sakit pula nanti.

Tengku Adrian mengetuk stereng kereta mengikut irama lagu di radio. Tak sabar nak berjumpa dengan Rania.  Sampai sanggup ambil cuti separuh hari. Padahal sejak dia bekerja. Boleh kira dengan jari berapa hari je dia cuti. Tapi sebab Cik Rania sayang. Sanggup kan.. Yang dah bekerja jangan ikut perangai gila si Tengku Adrian ni. Niaya je nanti!

Sampai di hospital. Kereta diparkir di tempat yang disediakan. Sebelum keluar. Dia mencapai beg kain berwarna biru pekat. Tak besar mana. Sekadar cukup nak satukan kotak pizza bersaiz sederhana yang dibelinya di Pizatta Val dan beberapa bungkusan makanan lain.  Senang nak bawa nanti. Lagipun dia tak nak terserempak dengan Nurse ataupun Doktor yang lalu lalang dikaki lima menuju wad Rania.

Tengku Adrian memandang beg yang dijinjit. Rania bukannya boleh sangat makan, makanan luar. Tapi apa yang dia beli ni boleh dikira healthy food juga sebenarnya. Cuma pizza Rania tu je tak berapa nak healthy sangat.

Nafas ditarik dalam-dalam lantas dihembus perlahan. Nak jadi seorang 'penyeludup' makanan for the first time. Buat dia gementar sikit. Risau  kalau nanti jadi macam kes abang-abang Rania tempoh hari. Kantoi!

Mana dia tahu? Huh! Rania awal-awal dah chat suruh dia cover-cover kalau nak bawa makanan luar masuk dalam. Sebab itulah Tengku Adrian tengah menyediakan mental dan fizikalnya sehabis baik. Dia dah fikir kemungkinan kantoi ataupun tak kantoi dalan kepala otak.

Tengku Adrian berjalan ke wad Rania. Dia buka pintu dan tutup perlahan. Nafas dihembus kasar bila dia berjaya melepasi halangan-halangan di luar tadi.

Dia memandang Rania yang sedang sedang terlena. Dan-dan senyuman lebar terbit di bibir. Rindu yang terkumpul sejak pagi tadi rasa bertebaran pergi bila melihat Rania di hadapan mata. Abang rindukan sayang..

Gatal kau, ryan!

“Ehem!”

Menoleh. Jantung macam nak gugur.  Terkejut gila tengok Naziem memandangnya tajam. Dahi lelaki itu berkerut seribu.

Serpihan Kenangan Kita!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora