Bab-4✓

1.9K 64 0
                                    

Bab-4

“Adriannnn Mikhail!!!!!!!!”

“Ba.. Huh! Tak guna betullah mat saleh celup ni! Boleh kau campak cicak mainan dekat aku. Dah la aku fobia dengan cicak. Memang nak kena kau ni!”

Bentak Rania sendirian. Mata tajam memandang Tengku Adrian yang tengah ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut. Sampai terbongkok-bongkok badannya.

Dahlah mood dia tengah baik nak kemas bilik pengawas ni. Sekali Tengku Adrian yang entah dari mana datangnya terus campak cicak mainan kearahnya. Dan yang paling best, cicak itu landing betul-betul dekat bahunya. Mana dia tak menjerit.

Boleh runtuh bangunan bilik PP ini kalau tiang yang digunakan tidak kukuh. Jeritan Rania tu boleh tahan juga. Macam petir!

well cicak kot geli plus fobia tau tak!
Nasib baik dekat bahu kalau dekat muka memang betul-betul runtuh bangunan ni agaknya.

  Masuk hari ini, sudah seminggu Rania menjadi Penolong Presiden Persatuan Pengawas. Dan seminggu jugalah kehidupannya menjadi semakin haru biru, tidak aman, tenteram, sentosa dan bahagia  kerana Tengku Adrian selalu pedajal dia. Dalam seminggu ni, hari-hari dia hadap muka Tengku Adrian. Naik muak tahu tak? Tak cukup dari dulu sampai sekarang nampak muka dia. Ini ditambah lagi, hari-hari jumpa. Hari-hari buat masalah. Hari-hari dapat masalah. Rania tak tahulah macam mana nak bertahan hidup untuk setahun ini.

Walaupun jantung selalu lari tempo?

Ah! Cik hati sengaja menduga.

Shut up!

Dia pun ada juga membalas perbuatan Tengku Adrian. Paling jahat pun dia buat minggu ni cuma bagi mamat tu minum air campur julap sikit. Itu je. Taklah teruk sangat, Kan?

Cuma si gila tu berlari ke toilet dekat dua puluh kali. Je. Lagi satu dia campak baju sukan Tengku Adrian dekat dalam kolam ikan bawah bangunan tu. Sebabnya Tengku gila tu simbah air dekat baju aku. Siot!

“Mia.. Lawak gila muka kau bila nampak cicak tu! hahahaha..”

Terbahak-bahak Tengku Adrian mentertawakan Rania sehingga matanya berair. Naik kejang perutnya kerana terlalu banyak ketawa. Lagi-lagi melihat wajah Rania yang menggeletek hatinya. Walaupun jeritan Rania yang serupa petir itu memekakkan telinga. Sebab itulah Tengku Adrian sering menggelar Rania minah petir.

“Errghh.. Dah lama hidup agaknya kau ni!” Gumam Rania sendiri. Tengku Adrian masih tergelak sakan. Perasaan geram semakin menggunung dihatinya. Dia capai batang penyapu disisi. Langkah  di atur kearah Tengku Adrian. Dalam kepala dia dah mencipta satu plan. Dia nak hempuk kepala mamat poyo tu guna penyapu lepas tu dia nak tarik-tarik rambut perang mamat tu sampai botak.

Rania menghayun penyapu ditangannya. Tetapi dia tersentak bila Tengku Adrian menggenggam erat batang penyapu itu dari mengenai tubuhnya. Senyuman tak lekang di bibir.

Jarak mereka yang terlalu dekat membuatkan Rania rasa kaku. Dia tergamam. Apatah lagi memandang sahaja wajah Adrian dari dekat. Wajah itu begitu kacak pada pandangannya ketika ini.

Nia, what's wrong with you! Don't say that kau dah falling in love with him!

Wake up, Nia.. Wake up! Ingat apa dia dah buat dekat kepala teddy bear kau!
Suara minda Rania  pula mengejutkan dirinya dari terbuai dengan keindahan wajah Tengku Adrian.

Tengku Adrian melihat Rania  hanya tercegat dihadapannya. Tiada tanda-tanda yang gadis itu hendak melawan.  Dia mencuri kesempatan dengan merenung wajah cantik itu. Ditenung lama. Kemudian bila tersedar dia malu sendiri. Hampir-hampir dia nak luahkan perasaan dia dekat gadis tu. Lalu dia menegur Gadis itu tetapi tiada sambutan.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now