Bab-13

1.3K 46 0
                                    

  Bab 13

Sementara itu, di dalam tandas Rania sudah ketawa bagai nak gila. Nasib baik tak ada orang lain.

Suara Rania sampai luar boleh didengari. Tengku Adrian hanya tersenyum simpul. Orang kalau dah sayang buat apa pun tetap sayang!

Athira masih lagi didalam tandas. Ye la tandas kan banyak pintu. Hahahaha. Takut dia hendak keluar kerana tiba-tiba ada suara orang ketawa. Sudahlah dia seorang didalam tandas itu. Nak kata Rania, Rania berada di astaka. Aduh serem gue gini!

Setelah penat barulah Rania berhenti ketawa. Senak perutnya.'padan muka! tulah gelakkan aku lagi. Sengal punya mamat poyo!'

"Thira! lamanya kau kat dalam. Berak batu ke?" jerit Rania dari luar.

Lega hati Athira sebentar. Nasib baik yang ketawa mengilai tu rakannya, Rania Miyasarra. Kalau 'invisible thing' macam mana agaknya dia nak keluar.
'Hampeh punya kawan, kau rupanya yang ketawa. Mati-mati aku ingat jembalang mana yang mengilai tadi.'
omel Athirah dalam hati."Dah siap dah. Tunggu kejap"

"Rania miyasarra! kau ke yang gelak macam apa tadi tu? tanya Athirah."Ha'ah".

"Ish aku ingat jembalang manalah tadi tau. Takut aku nak keluar. Mana tau aku keluar je terus kena sergah nanti. Tak pasal-pasal masuk hospital" bebel Athirah. Rania hanya tersengih seperti kerang wangi."Dah jom keluar!"

"Alah nanti kejap aku takutlah. Mana tau jebon tu tunggu kat luar!" berkerut dahi Athirah "Jebon?"

"Iyelah. Tadi masa aku duduk kat astaka Malaun tu sergah aku. Dah lah aku tengah main angry bird. Tak lepas-lepas pulak tu levelnya. Dia kata kalau dia lepaskan level tu aku kena tunaikan permintaan dia. 3 pulak tu. Ish! tu yang aku terus cabut tu!" jelas Rania satu persatu. Tidak satu pun yang ditinggalkannya. Athirah menggelengkan kepalanya.
'eiy! budak ni karang!'

"Tunggu sini kejap,aku pergi tengok malaun kau tu ada lagi ke tidak!" Rania hanya menganggukkan kepalanya.

Jelas riak yang sukar digambarkan pada wajahnya. Hendak kata di risau tak lah risau mana. Hendak kata dia takut adalah sikit kot. Manalah tau keluar je dari tandas terus Tengku Adrian kejar dia. Huh! memang aku lari jerit-jerit punya!

Athirah pantas menjenggukkan kepalanya. Menoleh kekiri dan kekanan. Dilihatnya Tengku Adrian memandang dia sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir menyuruh Athira tidak memberitahu Rania. Fahamlah Athira apa yang Tengku Adrian maksudkan. Dia pantas menarik kepalanya kembali. "Tak ada pun malaun kau tu kat luar. Jom!" Tipu Athira.

Rania menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Namun Athira tetap menarik Rania keluar. Sampai bila nak duduk dalam tandas ni!

Semasa mereka berdua keluar dari tandas. Tengku Adrian sudah berada ditepi tandas tersebut. "Sweetheart"

zupp...

Tanpa menoleh kearah suara yang memanggilnya pantas Rania berlari. Sambil menjerit-jerit. Takut punya pasal. Nasib baik hari ini dia pakai baju sukan. Kalau pakai kain maunya tersandung dia nanti. Sudahlah takut kena sergah tadi tak hilang-hilang lagi. Ish! Makin takut dong gue begini. Ya ampun!

Terlopong Athira dan Tengku Adrian. Athira lagi tak sangka yang Rania betul-betul melarikan diri. ' Ya Allah. Like seriously?! minah ni lari betul-betul. Laju pulak tu.'

'Mamat ni pun satulah.'
"Ish abang Adrian ni janganlah takutkan Nia macam tu. Kang dia merajuk lepas tu makin jauh baru tau!" marah Athira kepada Tengku Adrian.

"Ala janganlah. Abang Adrian sergah sikit je. Baru nak tuntut janji dah cabut dah minah petir tu."
Aduh sadis beneran yah idup gue?!

Dia pun tak menyangka yang gadis itu boleh lari jerit-jerit macam tu. Padanya dia hanya hendak menuntut janji. Tak sangka Rania boleh sampai takut macam tu. Iyalah. Cuba bayangkan kalau dah lari jerit-jerit, Tidakkah ia sudah menggabarkan tahap ketakutan yang maksimum? macam nampak hantu saja lagaknya.

Serpihan Kenangan Kita!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt