Bab-61✓

1.3K 41 1
                                    

Bab 61

      Ting!

    Satu pesanan WhatsApp diterima Rania. Smartphone di atas meja kerja segera dicapai. Lantas pesanan yang dikirim Raf dia buka.

    Nia..
Abang ada bagi Suzy pendrive..
Nanti minta dekat dia ya. For photoshoot hari selasa lepas. - Raf

Rania garu kepala. Aik! Bila pulak abang Raf hantar dekat Kak Ji?Jemarinya lincah menaip pesanan balas kepada Raf.

   Okiyy...
  Tapi bila abang Raf hantar? - Nia

   Baru kejap ni. Malas nak suruh Nia turun. Dah alang-alang nampak Suzy tadi. Tu yang bagi dia terus. Btw.. Gotta go.. Bye! - Raf

Rania terus bangun dan menuju ke meja Suzy di luar. Nak ambil pendrive yang Raf kirim tadi.

“Kak Ji.. Tadi Abang Raf ada bagi pendrive kan?”

Suzy memanggung kepala. Nampak je muka Rania baru dia teringat. Mujurlah Rania keluar bertanya. Kalau tak mesti dia lupa. Bukan sengaja cuma dia sibuk selesaikan tugasan yang Zhafran nak hari ini.

“Haaa.. Sorry Kak Ji tak sempat bagi. Busy sikit tadi.” Suzy buka laci mejanya.  Ni ha.. Nah!” dia menghulurkan pendrive berwarna biru kepada Rania.

Thanks, Kak!” Pendrive bertukar tangan.

“Ada apa-apa yang Kak Ji nak Sarra tolong ke?” Soal Rania. Kesianlah Suzy kalau kena buat kerja sorang-sorang. Padahal Rania ada untuk membantu.

Suzy menggeleng kepala seraya tersenyum. “Tak apa Sarra. Sikit je ni. Lagipun dah nak siap.”

“Tak apalah kalau macam tu. Sarra masuk dulu. Tapi kalau Kak Ji nak Sarra tolong apa-apa. Sarra boleh je..” Rania tersengih. Dia kenyit sebelah mata dekat Suzy. Suzy tergelak kecil. Alahai comel betul perangai si Sarra ni!

Suzy buat isyarat 'OK' menggunakan jarinya. Dia memandang susuk tubuh Rania sehingga hilang di sebalik pintu kayu bilik CEO ZNDR.G.E.

Selepas menutup pintu Rania terus berlari ke meja Zhafran. Dia melabuhkan punggung di kerusi empuk milik 'Tuan Besar'. Lantas Macbook jenama Apple milik abangnya di sisi meja dicapai. Dia hidupkan Macbook itu. Kemudian pendrive disambung pada lubang USB.

Dia sebenarnya tak sabar nak tengok hasil photoshootnya tempoh hari. Pakaian-pakaian yang dia peragakannya akan dilancarkan pada minggu hadapan di KL Fashion Week. Jenama pakaian daripada AZF kali ini lebih eksklusif. Hasil kolaborasinya bersama salah seorang pereka fesyel terkenal, Husni Mazlan.

Rania meneliti satu persatu gambar-gambarnya. Dari solekan diwajah sehinggalah pakaian yang diperagakan. Semuanya nampak sempurna. Ini yang dia suka kalau bekerja dengan Azhan dan Lina.

Azhan dan Lina tu macam pasangan merpati dua sejoli. Hasil solekan Lina dan gambar-gambar yang di ambil Azhan nampak sangat sempurna. Jaranglah ada cacat cela kalau bekerjasama dengan Azhan dan Lina. Berbeza dengan Fotografer dan Make up Artist yang lain. Tapi tak kisahlah sebab dia enjoy dengan kerja ni. Menyeronokkan dan masyukkk.

Cuma kadang-kadang. Adalah juga dia kena jeling dengan model yang lebih lama bertapak dalam industri fesyen ni. Tapi, Sikit pun dia tak heran. Lagi dia jeling balik adalah. Dia bukannya rugi apa-apa pun. Tak kisahlah mereka senior ataupun junior. Prinsip Rania cuma satu. Kau hormat aku. Aku hormat kau. kalau tak nak.. Then go die. Mudah kan?

Sedang enak mengelamun. Suara Tengku Adrian menyapa telinga.

Sweetheart...”

Rania pantas mendongak. Automatik sengihan telukis pada bibirnya. Punya khusyuk perasan sampai tak sedar bila lelaki itu masuk dan berdiri di depannya.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now