Bab-29✓

1K 32 0
                                    

Bab 29

Rania banyak menghabiskan masanya dirumah sejak musim cuti sekolah bermula. Aktivitinya berulang setiap hari. Melepak, bermain game dan membaca novel. Makan dan tidur pula adalah perkara wajib yang dia lakukan.

Kalau datang mood rajin dia baru dia tolong mamanya. Bukan dia tak sedar yang tahun depan dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Tapi bila dah dapat bercuti sakan dekat rumah ni. Memang dia tak lepaskan peluanglah.  Lagi-lagi bila semua abangnya ada dirumah. Memang haru biru jadinya.

Walaupun Zhafran dan Naziem tidak selalu ada. Namun Danish tetap ada untuk menemaninya. Danish kan tengah cuti!

Entah apa penyakit dia hari ni nak pulak dia turun ke dapur tolong mama dia masak makan malam. Selalunya dia hanya melepak depan TV je dengan abang-abang dia.

Tapi hari ni lain pula. Tak dan dia nak melepak dekat ruang tamu Sebab Tengku Adrian dan Tengku Farrizh ada dirumahnya. Kenalah dia menjaga batas aurat.

Dia membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Baru nampak comel! Tak bolehlah dia nak buat perangai jantan dia bila ada Tengku Farrizh. Malu beb! Kan ke Tengku Farrizh tu selalu panggil dia princess... So dia kenalah berperangai Princess Fairy Topia Mermaidia tu sikit Bersopan santun gitu. Tapi kalau dengan Si Ryan tu... Ah gasak dialah nak nampak perangai jantan aku ni!

Mereka berlima sedang bermain permainan jenga block dan uno kad. Itu lagi macam budak-budak. Siap menjerit-jerit bagai. Sudahlah masing-masing dah besar panjang. Nasib baik je diaorang tak main teng-teng. TV hanya dibiarkan terbuka. Entah cerita apa-apalah yang disiarkan.

Dia mencapai pisau. Tangannya lincah memotong bawang besar. Mama dia kata nak masak udang masak lemak cili padi. Sotong bakar air asam, Ikan siakap stim limau dan kerabu mangga. Dengar saja pun dah kecur. Adalah menu sampingan lain tapi dia pun dah lupa berapa banyak menu mama dia nak masak. Dah macam kenduri pun ada.

Disebabkan moodnya baik hari ni. Dia yang nak masak beberapa jenis lauk tu. Dah lama tak berperang dekat dapurlah katakan. Nak test power lah tu.

Seketika, kepalanya dijegulkan ke ruang tamu. Menonton TV. Dia plan-plan nak suruh papa dia pasang TV dekat dapur. Nanti senang. Sambil masak sambil tengok TV. Kan bahagia!  Jarak dapur dan ruang tamu tidak terlalu jauh. Tu yang jelas mata dia nampak someone dalam TV tu.

Sekali muka Rizq Naufal la yang muncul di kaca TV. Terus dia bangun dari dan berlari ke ruang tamu. Nak tengok muka mamat tu dengan lagi jelas punya pasal. Dahlah dia ni die hard fan mamat tu. Ceh!

“Maaa Rizq Naufal maa... Rizq Naufal!” Rania Sudah duduk berteleku depan TV. Matanya bersinar melihat kekacakan Rizq Naufal. Dia punya bongok tu sampai tak perasan yang kelima-lima lelaki itu sedang memandang dia. Kalau dia perasan pun dia kisah apa. Abang-abang dia tahu dia tu die hard fan Rizq Naufal.

“Oii.. Behave sikit eh!” tegur Danish. Tahulah ada Rizq Naufal dalam TV tu tapi tak yah ah berperangai tak sopan depan tetamu. Masih kira tetamu ke diaorang ni?

“Sibuklah abang Nish. Rizq Naufal ni! kejaplah.” Mata Rania masih melekat di kaca TV.

“Dah habis dah. Gi tolong mama sana!”  Lepas saja hilang wajah lelaki itu di kaca TV. Danish menghalau adiknya yang fanatik sangat dengan Artis tu. Rania terus bangun dan menuju kedapur semula.

Semasa dia hendak berjalan kembali ke dapur dia sempat menegur Tengku Farrizh. “Hai abang Rizh.” Rania tersenyum manis. “Hai Princess.”

Sempat dia mengenyitkan matanya kearah Tengku Farrizh. Tengku Farrizh pula bagi flying kiss pada Rania. Tak dan-dan dia pergi tangkap flying kiss tu bawak masuk dalam hati.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now