Bab-34 ✓

924 29 1
                                    

Bab 34

Rania duduk termenung diatas katil. Segala persiapan untuk percutian kali ini sudah siap sedia. Tinggal di angkut saja.

Kan best kalau Ryan ada! Tiba-tiba pulak terbit rasa rindu pada Tengku Adrian.

Rasa macam lama sungguh Tengku Adrian berada di bumi Amerika. Tup-tup dah setahun lelaki itu belajar di sana. Dan Rania sendiri dah habis sekolah.

Sudah sebulan lebih berlalu sejak dia habis SPM. Rasa macam tak percaya yang dia dah habis sekolah. Sepertinya baru semalam dia mula bersekolah di Gabriella Edward Private High School. Tup-tup dah habis sekolah. Cepat betul masa berlalu!

Secara rasminya dia bukan lagi ketua pengawas singa yang comel. Bukan aku yang kata tapi pelajar-pelajar dekat sekolah tu yang cakap!

Memang dia nikmati betul keseronokan menjadi ketua pengawas yang digeruni. Hampir-hampir dia nak jadi gila kuasa.

Bagus betul ilmu yang Tengku Adrian turunkan dekat dia. Bak kata mamat gonjeng tu. 'Ilmu gila kuasa petala sepuluh' siap quotation bagai. Tapi dia cuma belajar sekerat jalan. Lepastu surrender. Itu yang tak berapa nak gila kuasa sangat tu.

Tergelak Rania bila teringat Tengku Adrian. Mamat tu sekarang tengah sambung belajar dekat UK. Belajar dalam bidang perniagaan. Katanya nanti senanglah dia nak meneruskan legasi syarikat daddy dia tu.

Alahai rindu pulak dekat mamat gonjeng tu. Tah bilalah dia nak balik ni. Kan bagus kalau dia balik sini.  Mesti boleh pergi korea sama-sama.

Tiba-tiba wajah kacak Tengku Adrian belayar di fikirannya. Muka mat salleh celup yang handsome. Strong jaws Line. Rambut perang cair yang bersinar bila kena matahari. Dan juga anak mata berwarna Hazel dan sedikit hint hijau disekelilingnya milik Tengku Adrian. Itu tak kira dengan senyuman mahal yang lelaki itu hadiahkan. Rania tak sedar yang air liur dia dah meleleh. Amboi fikir anak teruna orang sampai meleleh 'ayaq lioq'! Tak senonohlah kau Rania Miyasarra...

Dia akui yang kini hubunganmya dengan Tengku Adrian sangat akrab. Dah lebih sangat-sangat dah. Seperti orang bercinta pun ada. Macam ada something gitu.

Mana taknya sebelum lelaki itu berangkat ke luar negara. Dia dah meluahkan perasaannya pada Rania. Berbunga riang jugalah hati. Namun dia simpan kemas perasaan sendiri. Hanya Tengku Adrian yang meluahkan perasaan. Dia harap sampai masanya nanti dia sendiri yang akan luahkan perasaannya pula pada Tengku Adrian. Ah! Ryan kau buat aku makin sayang dekat kau. Tapi aku akan luahkan perasaan ini bila tiba masanya. Kan ke aku ada cakap lagi sepuluh tahun kita kahwin. Hikhik!

Walaupun jarang berjumpa namun mereka masih berhubung melalui WhatsApp, Facetime dan sebagainya. Rania rasa macam nak suruh mama dia pergi pinangkan Tengku Adrian secepat mungkin je. Rela hati sungguh.

Dulu bukan main lagi. Tak nak kena kahwin paksa sampai berpura-pura pengsan. Kan dah menggelabah mama dia. Sampai sekarang trauma nak sebut perkataan kahwin paksa tu dekat Rania. Tergelak bila difikirkan balik kenangan dulu. Macam tak percaya semuanya hanya tinggal kenangan indah yang tersemat dihati sampai bila-bila.

Tengku Adrian ada pulang beberapa bulan yang lepas. Waktu itu, Pergerakan mereka berdua memang seperti belangkas. Tidak berenggang langsung. Ah... Rindunya dengan kenangan lalu.

Dahlah Tengku Adrian gonjol tu kalau dah berbalas WhatsApp macam pasangan bercinta sangat.

>Aku rindu kau....<

>Love you, Sweetheart.<

>Kau jangan pandang lelaki lain eh... Masa aku tak ada! Aku bunuh lelaki tu nanti. <

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now