Bab-39✓

960 33 0
                                    

Bab 39
◆◆◆◆

5 Tahun Kemudian...

Akhirnya penerbangan yang memakan masa lebih kurang 16 jam sampai juga ke destinasi yang di tuju.

Langkah diatur segera turun dari kapal terbang. Tubuh yang penat diregangkan. Penat!

Naik kebas punggung bila duduk lama-lama dalam kapal terbang.  Duduk dekat kelas bisness pun panas punggung doh. Kau apa tahu! Tiga empat kali juga dia bangun ke tandas.

Setelah mengambil bagasi, Dia bersama para penumpang lain masuk ke balai ketibaan. Bagasi di sisinya ditarik mengikut langkah kaki.

Dia membetulkan shades yang molorot ke batang hidung. Ditolak ke tempat asal. Tenang. Langkah diatur perlahan.

Suasana di  KLIA2 sedikit bising. Lagi-lagi di balai ketibaan. Ramai yang menyambut ketibaan para penumpang yang baru saja tiba di tanah air. Ada yang memegang kertas bertulis nama, ada yang memanggil nama dan ada juga yang sudah berpeluk sakan. Mungkin melepaskan rindu yang terbuku didalam hati setelah lama berjauhan.

Dia tercari-cari orang yang dirinduinya. Disaat pandangannya ditala ke arah kanan, dia tersenyum lebar apabila orang itu sudah melambaikan tangan kearahnya sambil menghadiahkan senyuman manis bergula.

Welcome back! My baby!” lelaki itu mendepakan kedua belah tangannya luas. Menunggu adiknya berlari kedalam dakapannya.

“Abang Zhaf..” Tak menyempat. Langkah diatur ke arah Zhafran. Rania masuk ke dalam tangan yang didepakan Zhafran. Memeluk erat batang tubuh abangnya. “I miss you sooo muchh!”

“I miss you too. Baby.” Zhafran mencium dahi Rania. Lama. Penuh kasih sayang. Dia salurkan segala rasa sayangnya kepada Rania. Sepatutnya Rania pulang tiga empat hari lepas. Tapi... Boleh pulak dia melencong ke tempat lain bersama Raf.

“Raf mana?” Zhafran tertinjau-tinjau. Mencari pengawal peribadi Rania. Lelaki itulah yang di pertanggungjawabkan oleh Dato Sri Amin untuk menemani Rania pulang ke Malaysia. Tapi dengan Si Raf sekali termakan hasutan Rania untuk singgah ke Paris, Prancis beberapa hari.

“Dia ada kat dalam lagi kut. Tak pun dah pergi toilet. Dia kata suruh kita pergi dulu. Nanti dia terus balik sebab papa bagi dia cuti. Hehehe.. ” Jelas Rania. Tersengih. Dalam fikiran tengah berfikir macam mana nak menghadap Dato seorang tu. Dahlah dia pergi culik bodyguard kesayangan papanya. Siap bawak berdating ke luar negara lagi. Haih huntungnye jadi Raf!

Zhafran menggeleng. Tahu sangat kenapa Dato Sri Amin memberi Raf cuti.

So how Paris. Did you like it?” Zhafran bertanya perjalanan Rania di Paris.

“Oui! J''aime ça. (Yes! I like it)” Seloroh Rania dalam bahasa Perancis.

“Amboi-amboi.. Baru berapa hari dekat sana terus speaking Frence!” giat Zhafran.

Hehehe. France was absolutely fantastic. I like it so much. You know I'm falling in love with Paris so much. Can we go there again. Like.. you know.. I never gone there before this. So literally I just left my heart there. So we need to go back there to collected my heart. Or else I will be heartless.” Rania menceceh laju. Terbias riak keterujaan diwajahnya saat bercerita tentang destinasi yang ditujunya. Walaupun singkat tapi dia puas hati.

Hailah Raf... Patutlah papa beri kau cuti. Kau melayan kerenah budak ni rupanya. Adehh sadis hidup kau Raf!

Dato Sri Amin beri Raf cuti pun
semuanya sebab tak nak Raf terlebih kerja. Raf pun mesti penat kerana menjaga Rania dari Korea. Sehinggakan 'diculik' sampai ke Paris beberapa hari. Hampeh punya budak berdua ni. Rania siap video call Dato Sri Amin sebab nak bagitahu dia dah melencong dengan Raf ke Paris. Sambil tu menceceh mulutnya kata itu dan ini. Dia kata dia tak pernah pergi Paris. Itu yang teringin sangat tu nak pergi kota cinta tu. Tapi mungkin Rania masih tak ingat yang sudah berkali-kali dia ke sana. Sampai ada satu kali tu dia cakap dah jemu sangat ke situ. Bukan apa. Semuanya sebab kota tu tak seperti yang digambarkan. Kalau nak tahu kena pergi sendirilah! Dengan bau hancing air kencing orang yang merata. Kes kecurian lagi aduhh tepuk dahilah kalau masih kata tempat Effel Tower tu bersih. Puih! Tak tengok sekitar lagi. Semuanya ada pro and cons. Tak boleh berat sebelah.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now