BAB-22

1.2K 37 0
                                    

Bab-22.

   Cuaca sejuk di waktu malam, ditambah lagi dengan  angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan  Tengku Adrian memeluk tubuh.

    Sesekali anak matanya melirih kearah Rania. mereka berdua melepak di balkoni masing-masing. Bersebelahan.

    Gadis itu memakai seluar treksuit dan sweater berjenama Adidas. Dia begitu khusyuk berbalas mesej dengan seseorang sehingga tidak perasan langsung yang dirinya sedang diperhatikan.

   Terbit Perasaan cemburu yang menular dalam hati Tengku Adrian. Entah dengan siapa dia mesej sampai tersengih-sengih macam tu! Fikirnya.

    Kau bukan sesiapa nak halang dia! Bisik hatinya mengingatkan.

   Tengku Adrian mengeluh perlahan. “Kau hampir buat aku kena heart attack petang tadi, Sweetheart!” Seloroh Tengku Adrian membuka bicara. Dia menyisip sedikit muncung mug yang berisi air coklat panas ditangannya.

    Rania menoleh sejenak kearah lelaki itu sebelum bibirnya meletuskan tawa kecil.

    “Tadi tu baru sikit sangat kalau nak kena sakit jantung.” Rania membongak sebentar. Jujur.

     Tengku Adrian dibalkoni sebelah sudah menunjukkan muka 'Biar betul minah ni!'

   Rania mengulum senyuman melihat wajah lelaki itu. Dia tahu Tengku Adrian mempunyai banyak soalan untuk ditanyakan kepadanya.

   “Just shoot, Ryan. I know you have many question on your proud mind about early.” Rania mengenyitkan matanya. terpempam sebentar lelaki itu.

   Rania sudah tergelak kecil. Dia suka melihat Tengku Adrian begitu. Nampak good looking gila!

   “Can I?” Tanyanya mendapatkan kepastian. Macam tau-tau je aku ada banyak soalan nak tanya. Bila lagi nak jadi busybodykan!

    “Sure... Why not? Okey! First question. Sir?”

   Tengku Adrian tergelak lagi. Dia membetulkan duduknya. “Okey! Sapa yang ajar kau bawak kereta?”

   “My lovely.... Beloved boyfriend of course!” Jawab Rania sengaja menduga. Dia sendiri tak tahu kenapa dia hendak menduga hati Tengku Adrian. Dia sendiri tahu yang lelaki itu pun bukannya menaruh hati terhadapnya. Kadang-kadang dia pun tidak tahu kenapa hatinya ini sentiasa berdebar-debar apabila bersama dengan Tengku Adrian. Cintakah Ini?

   Amboii kauuu!..

    Tapi ada kalanya hatinya mengatakan bahawa lelaki itu menaruh perasaan terhadapnya. Ke aku je yang syok sendiri. Hurmmm... Entahlah labu!

    Tengku Adrian tersentak sedikit.
“Boyfriend? Who?” Dia melihat Rania dengan pandangan yang sukar dimengerti. Jealous la tuh!
Kata hatinya mengutuk.

   Shaaattupp!

   “Yup!... My lovely big brotherlah abang Zhaf. Sapa lagi!” Rania sudah ketawa dalam hati.

    Seronok mengenakan Tengku Adrian. Dia tengok muka Tengku Adrian macam orang cemburu saja. Eh! buat apa dia nak cemburu kan?

  Tengku Adrian menghela nafas perlahan. Dia sendiri tidak sedar yang dia menahan nafasnya. Perasan lega menjalar disegenap penjuru hatinya. Tengku Adrian mendengus kecil. Rasa dipermainkan pun ada. Tapi dia lega sebab 'boyfriend' tu just abang Zhaf aje.

   “Dia ajar naik kereta apa?” Tengku Adrian menanyakan soalan lain. Soalan itulah yang bermain difikirannya sejak tadi.

   Rania terdiam sebentar. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now