Bab-68✓

1.2K 57 8
                                    

Bab 68


      Datin Sri Anida memegang tangan Rania. Sesekali tangan itu dicium lembut. Cepat bangun sayang. Mama tak sanggup tengok baby macam ni!

Mata dipejam rapat. Perasaan yang bertandang cuba diusir jauh-jauh. Dia takut. Dia risau. Pelbagai andaian yang bermain di minda sewaktu menunggu Rania sedar. Sehingga dia tak mampu hendak lena di malam hari. Rania itu adalah satu-satunya permata dalam keluarga mereka. Jadi bila Rania sakit begini. Rasa hari-hari mereka suram dan tak bersinar.

Air matanya yang mengalir pantas diseka guna hujung jari. Dato Sri Amin di sisi menepuk-nepuk bahu isterinya lembut. Dia tahu perasaan galau dihati isterinya. Dia turut merasakan perasaan yang sama.

“Jangan risau sayang. Anak kita akan sihat. Dia kuatkan. Sayang pun tahu tu. Kita doakan dia yang baik-baik ya.” ujarnya seraya mengusap kepala isterinya. Datin Sri Anida teresak. Sekali lagi dia kena berhadapan dengan perkara yang menakutkan ini. Dia tak mampu. Dia tak kuat.

“Sayang cuma nak Baby sihat macam dulu je, Abang.”

Baby akan sihat. Awak jangan risau. Macam mana anak kita nak jadi kuat kalau awak lemah macam ni? Kita kena kuat untuk dia.” Tenang Dato Sri Amin memujuk. Datin Sri Anida mengangguk lemah. Mama sayang baby sangat-sangat. Mama doa baby cepat sedar ya. Banyak mama nak cerita dengan baby. Hal Kimi tu nanti kita selesaikan.

      Di luar, Hakimi memandang gelagat orang tua Rania dengan perasaan bercampur baur.

Wajah diraup kasar. Perit diwajahnya dibiarkan sepi walaupun sesekali lebamnya rasa berdenyut.

Bukan tak ada rakan sekerja yang bertanya tentang lebam di bawahnya. Tetapi dia reka alasan bertinju dengan kawan. Macam tak masuk akal. Tapi dia lega kerana mereka tak tanya lebih lanjut.

Nafas ditarik dalam-dalam lantas dihela perlahan. Cuba menenangkan diri sendiri. Kala ini, Jiwanya berkecamuk dengan pelbagai rasa.
Rasa bersalahnya menggunung tinggi. Sebab dia Rania jadi macam tu. Sebab dia Rania terluka. Sebab dia juga Rania sakit dan tak sedarkan diri. Dan sekarang ni dia rasa sangat menyesal. Andai waktu boleh diputar kembali. Dia tak akan buat perangai bodoh layan perempuan lain waktu belajar dulu. Sehingga dia sudah terbiasa dengan semuanya sampailah sekarang.

Maafkan I, Darls!

Naziem berdiri di belakang Hakimi. Sejak tadi lagi dia perhatikan Hakimi tercegat di pintu wad Rania. Entah apa yang Hakimi fikirkan dia tak nak ambil tahu. Cuma dia tak suka Hakimi terus-terusan di situ. Kalau Rania bangun nanti, dia risau Rania mengamuk lagi.

She gave you so many changes. But you never took it seriously. You waste it like shit. So don't assume after this she will love you anymore. Even she is.. I'll never allowed it! You don't even know how many time she shred her tears because of bastard like you. Kau tak layak untuk adik aku. Kau musnahkan kepercayaan dia macam tu je. Sebab sikap tamak kaulah! Kalau kau rasa kau tak boleh move on dari ex kau. Jangan guna adik aku sebagai alasan!”

Suara Naziem jelas penuh kebencian. Namun lebih tenang. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia risau kalau tangan ini dibiarkan bebas. Ringan saja nanti melayang ke wajah Hakimi buat kali kedua. Kalau dia belasah Hakimi kali ini. Memang tak ada sesiapa yang halang. Tak pasal je mampus budak tu nanti!

Hakimi tunduk memandang lantai. Rasa menyesal menduduki carta tertinggi hatinya.

“Maafkan aku.. Aku..”

“Kalau dengan minta maaf boleh buat adik aku lupa semuanya.. Aku dah lama maafkan kau. Kalau dengan minta maaf boleh selesaikan semua masalah dekat dunia ni. Tak akan ada polis dan undang-undang. Tak akan ada yang sakit hati dan terluka. Beribu kali pun kau ucap perkataan tu. Belum tentu hati yang terluka tu boleh sembuh.” berjeda. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba menenangkan emosi yang terjentik lagi.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now