Bab-31✓

980 35 0
                                    

Bab 31

Tiga bulan kemudian...

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir pada hari ini. Sebentar lagi keputusan akan diumumkan. Saya yakin anak-anak semua pasti gementar. Jangan risau. Semoga ALLAH  permudahkan segalanya.” Ucap pengetua memulakan ucapannya.

“Anak-anak yang dikasihi sekalian.
Walau apa sekalipun keputusan anda dapat nanti jangan terlalu gembira dan jangan terlalu kecewa. Ini semua baru permulaan.

Perjalanan anda tidak terhenti di sini. Di luar sana ada kejayaan yang lebih besar menanti anda. Teruskan usaha. Jangan pernah mengalah dalam kehidupan. Sama ada yang mendapat keputusan cemerlang ataupun tidak. Yang tidak berjaya. Jangan bersedih. Yang berjaya jangan terlalu gembira.

Ingat! Apabila melangkah ke alam universiti dan pekerjaan jangan terlalu mendongak kelangit. Jangan pernah berbangga dan merendahkan orang lain. Tak semestinya yang tidak cemerlang itu tidak akan berjaya. Dan yang cemerlang itu tidak akan jatuh. Usaha dan kegigihan anda itulah yang menjadi pemangkin sebuah kejayaan.

Namun... Apalah makna sebuah kejayaan semua ini kalau anda tidak menjaga adab dan perilaku. Sejauh mana pun anda melangkah attitude is more important than anything. Seberapa pandainya anda sekalipun jika tidak menjaga tingkah laku dan adab sopan... You will NEVER be a real succesful person eventhough that time YOU ARE THE MOST SUCCESFUL PERSON!

Alam selepas ini akan lebih mencabar dan penuh pancaroba kehidupan. Kehidupan anda semua tak akan sama seperti waktu anda masih bersekolah.

Diluar nanti... Anda semua akan jumpa bermacam-macam orang. Perangai orang tak semuanya sama. Yang baik, yang buruk, manusia yang suka tikam belakang, bermuka-muka. Macam-macam.

wahai anak-anak sekalian!

Jangan menjadi seperti mereka. Tetapi jadilah yang berilmu, beriman, mempunyai prilaku yang disenangi semua orang dan tidak mengalah dengan kehidupan. Gunakan akal yang waras untuk membuat sesuatu keputusan. Jangan ikutkan amarah dihati.

Dan ingatlah satu perkara ini. Sematkan dalam hati yang paling dalam. 'BILA KITA MENGEJAR DUNIA, AKHIRAT TIDAK AKAN MENGEJAR KITA. TETAPI, APABILA KITA MRNGEJAR AKHIRAT, DUNIA AKAN TURUT MENGEJAR KITA!

Berlarilah anak-anak semua. Berlarilah di dunia yang bebas ini. Carilah rezeki yang halal. Sejahat manapun kita. JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT. KERANA SOLAT ITU MENARIK KITA SEDIKIT DEMI SEDIKIT KEARAH KEBAIKAN.

Saya doakan anak-anak yang berada dihadapan saya ini semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat. Saya dan guru-guru yang lain halalkan segala ilmu yang kami curahkan untuk anda semua. Gunakanlah ilmu itu sebaik mungkin.

Akhir kata dari saya...
Jangan pernah berputus asa. Dan jangan pernah membuang masa kerana masa itu tidak ternilai harganya. Masa tidak akan menunggu anda semua. Jadilah manusia yang berguna dibumi Allah ini. WALAU APA SEKALIPUN YANG TERJADI. JANGAN PERNAH TINGGALKAN ALLAH DALAM KEHIDUPAN. Sekian terima kasih!”  pengetua Gabriella Edward Private High School, Dato Azhar menamatkan ucapannya. Dia menerima tepukan gemuruh dari para pelajar yang mengambil keputusan SPM hari ini.

Kata-kata pengetua mereka benar-benar membakar semangat dan  memberi inspirasi kepada mereka semua. Walau apa sekalipun yang terjadi jangan pernah tinggalkan ALLAH dalam kehidupan.

Curahkan segalanya kepada ALLAH. Dia maha pemurah lagi maha penyayang!

Usai pengetua memberi ucapan. Majlis diteruskan dengan penyampaian keputusan SPM untuk pelajar yang berjaya mendapat Straight A.

Masing-masing berdebar menanti keputusan tersebut.

Tengku Adrian dan Ziqri juga tidak terlepas dari perasaan gementar yamg menghumjam diri saat ini.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now