Bab-30✓

1K 30 0
                                    

Bab 30

“Biy ohh biy!!! Ish mana dia ni!
Lagi tadi orang panggil tak nampak batang hidung pun.” Omel Rania sendirian. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Nak cari dekat mana lagi ni!

“Biy... Biy ohh Biy mana ka..”

“Biy kat sini sayang! Biy tak gi mana-mana pun. Ish sayang ni tinggal kejap pun dah rindu... Haih.... Macam mana kalau Biy tinggal lama-lama ni emm?” Tengku Adrian yang baru menapak di anak tangga terakhir bersuara manja. Siap tersenyum meleret memandang Rania.

Terlopong mulutnya mendengar bait bicara Tengku Adrian. Matanya turut membulat. Terkejut gamaknya.

“Hey sayang kenapa diam ni? Biy handsome sangat ke sampai terlopong macam ni emm? Biy kiss nanti baru tau.” Tengku Adrian bersuara sensual. Dia semakin galak mengusik. Wajahnya didekatkan kewajah Rania. pantas gadis itu menutup mulutnya dengan tangan. Dia membesarkan bebola matanya. Gila!

Mentang-mentang dekat rumah hanya tinggal dia, Tengku Adrian, Naziem dan pembantu rumah saja. Boleh pulak mamat tu nak bergurau kasar macam ni. Sengaja nak menggoda ke apa. Kalau ye pun tunggulah dah kahwin ke apa ke kan. Suara hati Rania bersuara.

Eh kau gila ke ha Rania. Apa fikir pasal kahwin pulak ni. Kau tu budak lagi. Jangan nak mengarut eh!
Kali ini mindanya membangkang apa yang kata hati Rania ucapkan. Dia rasa macam nak bagi high five dekat mindanya sebab dah tak sebulu dengan hati. Kalau tak, dia sendiri pun pening nak melayan.

Tengku Adrian ni pun satu. Sengajalah tu. Let's see what I can do then! Fikir Rania. Dia dah ketawa jahat dalam hati. Kalau lelaki itu boleh bermain kasar dia juga boleh. Sebab dia tahu reaksi Tengku Adrian akan buat perut dia mengejang. Mesti lawak punya.

1...

2...

3...

Action!

“Biy! Biy pergi mana... Lama tau sayang cari biy. Rindu....” Rania melangkah beberapa tapak menghadap Tengku Adrian. Suaranya dileretkan manja. Anak matanya bersabung dengan anak mata lelaki itu. Jelas wajahnya tampak tak bersedia dengan serangan balas dari gadis itu.

Gulp!

Air liur ditelan rasa berpasir. Tengku Adrian mati kata. Dia memandang Rania dengan pandangan terkejut. Dia hampir terbuai dengan suara halus milik Rania. Rasa macam hanya mereka berdua yang berada di ruangan itu. Sikit lagi kaki dia nak jadi jeli. Lembik-lembik gitu.

“Biyy... Hey.. Sayang... Kenapa ni? Ryan... Mia rindu...” Seru Rania lagi. Bertambah lembut. Suaranya sengaja dilunakkan. Dia melangkah beberapa tapak lagi kehadapan. Senak perut menahan ketawa. Serius dia cakap muka Tengku Adrian pucat tak berdarah.

Tengku Adrian pula semakin mengundur kebelakang sehingga belakang tubuhnya melanggar dinding.

Rania meletakkan kedua tangannya separa dengan kepala Tengku Adrian. Kiri dan kanan. Mengepung gerakan lelaki itu pada dinding.

Tengku Adrian terkaku. Tubuhnya sudah dikepung Rania. Dan sekarang ni ototnya macam tak dapat nak bergerak. Rasa macam kejang pun ada. Dia rasa macam nak cepuk diri sendiri. Kalau tengok drama pukul 7 selalunya lelaki yang buat macam tu. Ini tak dah terbalik pula. Cuma Rania yang boleh buat dia mengalah macam ni.

Tubuh Tengku Adrian yang tinggi lampai tidak menghalang Rania kerana tingginya hampir sama dengan ketinggian lelaki itu. Walaupun hanya Separas bawah telinga Tengku Adrian.

Tengku Adrian terkurung dalam permainannya sendiri. Otaknya tak dapat nak mentafsirkan apa yang sedang dilaluinya kini. Fikirannya kosong. Peluh dingin sudah terbit didahi. Silap hari bulan maunya dia pitam sebab jantungnya terlebih kuat menghentam dada.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now