Bab-33✓

971 34 0
                                    

(KEJARLAH AKHIRAT MAKA DUNIA AKAN MENGEJARMU. JIKA KAMU MENGEJAR DUNIA MAKA AKHIRAT AKAN MENINGGALKANMU... SEJAHAT MANA PUN KAMU JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT. KERANA IA AKAN MERARIKMU SEDIKIT DEMI SEDIKIT KEARAH KEBAIKAN. JAGA SOLAT!)

Bab 33

Setahun Kemudian.

Dato Sri Amin dan Datin Sri Anida berada di taman mini di luar rumah. Seronok... berdua-duaan. Yang seorang sedang berkebun yang seorang lagi sedang menikmati minum petang. Sesekali anak mata mereka bersabung. Dan sebuah kenyitan akan dihadiahkan buat isteri tercinta sehingga si isteri tersipu-sipu malu dengan perlakuan suaminya.

Disebabkan taman mini itu berada jauh sedikit daripada roundabout rumah mereka jadi kalau ada kereta yang masuk pun mereka tak perasan. Taman mini itu jauh kebelakang sedikit. Itu yang membolehkan mereka berdua bermanja-manja waktu petang-petang begini. Bukan senang nak bermanja bila keduanya sibuk menguruskan syarikat masing-masing. Lagi-lagi bila anak-anak taka da untuk mengacau. Bila dah ada peluang tu memang dimanfaatkan sepenuhnya.

Dato Sri Amin mencapai kek Red Velvet yang dibuat Rania. Dia menguyah perlahan. Menikmati keenakkan air tangan anak bongsunya.

“Yang... Mana baby?” Tanya Dato Sri Amin. Dia mencapai gelas berisi air teh suam dan dihirup perlahan.

Datin Sri Anida yang sedang membelek bunga-bunga ros kesayangannya menoleh sejenak. Langkah kakinya dihayun dan duduk di sisi suaminya. Otaknya ligat memikir sesuatu. Ah baru teringat!

“Dia pergi melepak dengan Zhafran dan Danish la tu kot. Rasanya adalah tu dekat kafe si Thira tu.” Dato Sri Amin terangguk-angguk.

“Haih! Kemana lagilah dia tu kalau tak ke sana. Bukan ada keje lain pun anak awak tu. Saya suruh kerja dekat syarikat saya tu dia tak nak! Kalau tak boleh je jadi model ke jadi designer belajar sikit-sikit ke. Ini tak. Duk melepak je dengan abang-abang dia tu dekat kafe si Thira tu. Tapi rekaan baru yang saya buat semua dia dah cekau dulu. Tak keluar dekat pasaran dia dah pakai dulu. Haih...

     Awak pun satu tak nak nasihatkan anak perempuan tunggal awak tu ke Abang sayang oii. Dah besar panjang, cantik, molek tapi...macam lelaki dah saya tengok. Kasar tau. Ditambah lagi dengan askar awak yang tiga orang tu. Bila dah bergabung... MasyaAllah... Boleh runtuh rumah ni bang. ” tak dan-dan Datin Sri Anida dah buka jurus membebel dia. Seperti bertih jagung. Suami di sebelah pun dah tercengang. Tak pasal kena tembak.

Mana taknya. Lepas Rania habis sekolah terus je dia melepak dekat rumah. Katanya nak public holiday beberapa bulan lepastu pergi sambung belajar. Disuruhnya cari kerja sambilan tak nak. Last-last dia kerja part time jadi barista dekat kafe Athira. Katanya dia cuma tolong bancuh air je. Tak ada hal lah. Gaji dapat pengalaman dapat... Cuci mata pun dapat. Ceh!

Nasib baik Rania ada skill membancuh kopi segala maknika dia tu. Entah Latte lah. Cappucino segala. Ni kalau barista setarrrbaarrkkk nampak pun jealous gamaknya.

Disuruhnya jadi model untuk jenama pakaian miliknya dia tak mahu. Takut model yang lain jealous katanya. Sebab dia cantik sangat. Kan dah masuk bakul angkat sendiri. Jadi model tak nak. Baju nak. Nasib baik anak!

“Eh awak ni Yang. Kita tanya sepatah terus kena tembak  pulak. Lepas tu kita jugak yang kena. Askar tiga orang tu pun anak awak juga tau.” Dato Sri Amin tepuk dahi. Sempat dia mengusik isterinya. Terletus gelakan besar bila mak datin tu dah buat muka cemberut. Alah merajuk pulak isteri aku ni!

“Alaaa... Buat muka pulak baby boo saya ni. Alolololo.. Cian dia.. Meh sini dekat husband awak yang handsome ni.” Makin galak Dato Sri Amin mengusik. Dia menarik isterinya kedalam dakapannya.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now