Bab 67✓

1.3K 53 10
                                    

Bab 67

       Kesesakan jalan raya pagi ini tak sedikit pun mengganggu emosi Tengku Adrian yang selalu macam perempuan tengah bulan mengambang. Entahlah, dia rasa ceria semacam je nak masuk pejabat hari ini.

Dari parkir kereta khasnya sehinggalah masuk ke lobi. Dia bernyanyi-nyanyi kecil. Bibir tu ha.. Tak payah cakaplah. Ringan je nak tersenyum manis. Kadang-kadang sampai tersengih-sengih sendiri. Tapi sekit-sikit dia cuba cover jugak. Kang tak pasal je orang cakap dia tak betul.

“Selamat pagi, Tengku.”

Morning, Tengku.”

Morning, Boss..”

“Selamat pagi boss.”

Good morning, Tengku.”

Pelbagai ucapan selamat pagi dilontarkan oleh staff-staff Mikhail Holding yang berselisih dengan Tengku Adrian. Mungkin disebabkan mood Tengku Singa tu nampak sangat naik hari ini. Ramai pula staffnya yang berani nak melontarkan ucapan selamat pagi. Dia tarik senyum kecil sambil membalas ucapan mereka. Biasa dia angguk kepala je. Ni siap hadiahkan senyuman. Mana tak kena heart attack staff-staff perempuan Mikhail Holding ni.

“Pekerja bukannya hamba. Tapi, mereka semua adalah tulang belakang syarikat ini. Yang harus dilayan sama rata. Dihargai dan dihormati. Bukan dilayan seperti robot yang tiada harga diri. Sebagai majikan kita kenalah menjaga kebajikan mereka dan menghargai mereka semua. Once in a while shower them with compliment and anything that make them happy. So their productivities will rise to. Isn't it?”

Masih terngiang-ngiang ucapan Rania tempoh hari. Kena sound setepek dengan Rania lepas Rania nampak dia marah staffnya. Insaf terus dia dari buat perangai Singa dia tu. Yang lagi buat Tengku Adrian insaf bila Rania cakap.

Janganlah asyik jadi singa je. Sesekali jadi manusia tak salah kan?” macamlah selama ni aku buat perangai singa dua puluh empat jam. Huh!

“Assalamualaikum.. Good morning Tengku..”

Satu suara halus menyapa halwa telinga. Suara yang dia tak akan pernah jemu dengar.

Tengku Adrian tunduk seraya tergelak kecil.

Apalah kau ni, Ryan. Tak kan pagi-pagi dah angau. Teruk dah kau ni. Hish! Dia bersuara bisu. Memarahi diri sendiri. Masakan baru pukul lapan empat puluh macam ni boleh dengar suara merdu milik Rania tu. Mustahillahkan cerita dia. Parah!

“Assalamualaikum, Tengku Adrian Mikhail.” diabaikan.

Rania kebam bibir. Aja dia penampar mamat ni karang. Punya excited dia datang sini sebab nak ajak mamat tu keluar breakfast. Bila panggil boleh buat pekak ke? Nak kena ni!

“HOI!” keluar suara ala jantan milik Rania. “Pekak ke?”

Nak terpelanting smartphone yang Tengku Adrian baru keluarkan dari kotnya. Mata membulat besar.

ZAPP!

Laju kepalanya menoleh mencari
arah datangnya suara itu.

Sweetheart?” dahi berkerut seribu. Seriuslah?

Good Morning....” Rania lentokkan kepala kesisi sambil melambaikan tangannya di hadapan Tengku Adrian.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now