Bab-70✓

2K 52 24
                                    

Bab 70.

  
       Hakimi menaip sesuatu pada  smartphonenya. Sesekali rambut diramas-ramas kusut. Ada kalanya dia menghela nafas berat. Kemudian, smartphone dilekapkan pada telinga kanan.

Tolonglah jawab, Darls..

Hakimi jatuhkan smartphone yang dilekapkan pada telinga ke atas katil.
Panggilannya tak berjawab langsung. Malah masuk dalam peti mel suara.
Tubuh kemudiannya dicampak pada katil. Dia baring terlentang dengan mata terpejam rapat.

Lindungi dia, Ya Allah.

Sejak dia dapat panggilan daripada Zhafran. Semua benda yang dilakukan rasa berantakan. Dia membuang keluh. Tak senang hati bila Rania tak menjawab panggilannya. Dia risaukan Rania. Entah kemana gadis itu membawa diri.

Cincin di jari manis dipandang sayu. Susah untuk dia percaya yang Rania bukan lagi tunangannya. Apa yang dia nak cakap dengan ibu dan bapanya. Pasti mereka berdua kecewa dengannya. Sudahlah ibu bapanya sangat sukakan Rania. Dan lambat laun pasti ibu bapa Rania akan berjumpa dengan orang tuanya untuk memutuskan pertunangan mereka secara baik. Itu dia pasti sangat.

Tak ada lagi ke peluang untuk I, Darls.. Rintihnya dalam hati.

Hakimi membuang pandangannya keluar tingkap. Deringan smartphone hanya dikerling sekilas sebelum dimatikan tatkala nama Zira tertera pada skrin. Dia dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan Zira. Cukuplah sampai sini saja. Dan seandainya Rania memang tak akan jadi miliknya lagi. Zira juga tak akan menjadi pilihannya. Dia dah serik dengan Zira lepas tahu Zira masih tak berubah. Dan Zira lebih pentingkan duit Hakimi daripada Hakimi sendiri. Hakimi pula rasa terlalu bodoh sebab dipermainkan oleh Zira dan kehilangan Rania.

Padanlah muka kau Kimi. Ada permata berharga. Kaca juga yang kau kutip. Sekarang tengoklah. Kau sediri yang menyesal tak sudah!  Bisik suara asing di telinganya. Seakan-akan mengetawakan dia kerana kebodohannya.
 

                          *****
   

     ALLAHUAKBAR!
     ALLAHUAKBARR!

     Rania tersedar dari lamunan yang panjang bila suara azan Isyak berkumandang dari corong radio.

Wajah diraup perlahan.

Astaghfirullahalazim!

Maseratinya dipandu perlahan dan diparkir di tepi sebuah kedai serbaneka. Kepala ditoleh kiri dan kanan. Tempat yang terlalu asing ini buatkan dia penasaran.

Smartphone di dalam tas tangan dikeluarkan. Dia nak tahu lokasinya saat ini. Sepanjang pemanduan tadi. Mindanya melayang ke tempat lain sampai dia tak tahu dia dah melencong entah ke mana.

Buka smartphone, Mata terbeliak macam nak terjatuh. Rahang awal-awal dah melurut ke lantai. holly shi... emm!

Location home screen dia tulis Ipoh, Perak.

“Ipoh, Perak!? Really?” Rania terjerit. Sumpah tak percaya dengan apa yang mata dia tengok sekarang ini.

  Jauhnya dia memandu tanpa sedar sampai ke Ipoh perginya. Entah bila dia masuk ke highway pun dia tak tahu. Apatah lagi saat dia lalu tol. Patutlah rasa macam ingat-ingat lupa. Ya Tuhan! Macam bongok pula boleh sampai sini malam-malam macam ni.

Rania pegang dada sendiri. Nafasnya rasa tersekat. Jantung pula berdetak laju. Peluh dingin merenek didahi dan dia rasa panik. Ya! panik yang teramat.

Oh! Bukan sekarang please!

Rania sedar yang dia kena panic attack. Sandar tubuh, mata dipejam serapatnya. Rentak pernafasan yang tersekat-sekat cuba dikawal sepenuhnya. Tarik nafas dalam-dalam kemudian dia tahan untuk seketika. Lantas baru dihembus perlahan. Walaupun ini bukan kali pertama dia dengan otak gilanya buat kerja gila macam ni. Tapi setiap kali itu, dia bakal diserang perasaan cemas yang teramat sehingga ada kalanya dia tak mampu bernafas normal dan black out. Itu yang dia takuti.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now