Bab-35✓

1K 30 0
                                    

Bab 35

Ketukan di pintu utama mengganggu kosentrasi Rania. Bukan sekali dua malah berkali-kali.

Rania menyangka itu hanyalah salah seorang abangnya yang terlupa hendak bawa kunci bersamanya. Kalau orang lain masakan pintu rumah yang diketuk. Bukannya menekan loceng di pintu pagar?

Bila dah berkali-kali bunyi ketukan itu menyapa telinga. Rania bangun juga. Melangkah malas ke pintu. Dia dah sediakan jurus membebel dia. Nak sembur manusia yang tak bertamadun main ketuk-ketuk pintu lepas dah lupa bawa kunci sendiri.

Tombol pintu di pulas perlahan. Dan saat itu juga mulutnya yang comel itu menlepaskan peluru berpandu.

“Ish manusia mana yang lupa bawak kunci rumah ni? Lain kali ingatlah bawak kunci sebelum keluar rumah. Tak payah suruh baby bukakkan. Dahlah semua orang tak ada!”

Ini kalau orang jahat yang datang ni memang sukalah dia orang. Bukannya apa. Rania tanpa segan silu memberitahu yang dia seorang diri di rumah. Tapi orang jahat mana main ketuk pintu segala. Dia orang pecah masuk jelah!

Kepala dipanggung memandang figura yang statik dihadapan. Kalau bebol matanya itu boleh tercabut dan melantun-lantun. Pasti sudah jauh.

“Ryan!!!” Jerit Rania. Sungguh. Dia sedang super terperanjat terkejut terkedu dan segala ter. Manusia di hadapannya ini adalah Tengku Adrian Mikail. Lelaki yang dah lama dia tak nampak. Secara fizikal lah. Kalau secara maya tu memang boleh dikatakan hari-hari dia hadap muka mamat tu. Dan yang pasti Rania memang lupa apa yang Tengku Adrian katakan dua hari lepas yang lelaki itu akan balik Malaysia. Makan semut banyak sangat ni!

Macam tak percaya pulak! Ke sebab aku rindukan dia sampai terbayang dekat depan mata? Rania tampar pipinya sendiri.  Menyedarkan dia dari mimpi. Dia berdesis tatkala rasa sakit menjalar pada pipinya. Baru dia sedar yang dia tidak bermimpi.

“Kau tak bermimpilah, Sweetheart! Its me... Ryan... You future husband!” Senyuman lebar dihadiahkan buat santapan Rania. Kedua tangannya juga turut didepakan.

Don't wanna give me some hug?” Sambungnya lagi. Tersengih dia menunggu balasan dari gadis itu.

“Kau jangan nak bawak budaya mat saleh kau tu kat sini eh. Kang tak pasal makan penampar karang.” Tangannya yang halus itu diangkat tinggi bila Tengku Adrian dengan selamba badak sumbu dia je nak main peluk-peluk anak dara orang. Baru setahun dekat sana dah nak bawa budaya barat ke sini. Choinya... Perangai!

“Alaa... Aku gurau je. Tak pe. Aku boleh bersabar. Nanti kita dah kahwin aku nak peluk kau ketat-katat. Masa tu memang tak ada chanlah kau nak lepas!” Senyuman jahat Tengku Adrian lorekkan. Dah macam dalam cerita Truth or Dare. Senyum jahat sampai ke telinga. Naik merinding jugalah bulu roma Rania bila melihatnya.

“Dalam mimpi kaulah, Ryan! Dalam mimpi!”

Mereka berdua masih berdiri di hadapan pintu. Hanya pergaduhan manja melatari ruangan itu. Tengku Adrian sikitpun tidak melangkah masuk. Dia dengar saat Rania kata dia hanya berseorangan. Tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah. Buatnya kena tangkap basah karang baru tahu. Tapi Tengku Adrian terfikir ada ke orang yang melihat sedangkan pagar rumah ini saja sudah tinggi melangit. Dilitupi dengan daun-daun menjalar yang cukup indah. Menambahkan lagi seri seni bina ala inggeris pada kediaman Rania sekeluarga.

“Tak nak ajak aku masuk ke?” mencuba nasib. Tengku Adrian berura-ura hendak buka kasut.

“Tak boleh! Tak boleh! Aku sorang kat rumah. Kau tak boleh masuk!” Cemas suara Rania. Tangan didepakan ke sisi. Menutup lalauan pada pintu. Menghalang tubuh itu melepasinya. Terpeta riak risau diwajah Rania. Berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim itu didalam rumah sangat bahaya. Lagi-lagi semua pembantunya sudah diberi cuti oleh papanya.

Serpihan Kenangan Kita!Where stories live. Discover now